Thursday, May 10, 2012

Hiburan Berkualiti Tinggi

Boleh beritahu apakah faktor yang berjaya menarik Bhikkhu, Ubasok, Ubasika dan kanak-kanak masuk wat sebegini ramai? Jawapannya ialah Dhamma Buddha.

Begitu banyak tarikan yang terdapat dalam Dhamma yang boleh menarik orang muda mahu pun orang tua masuk wat sekiranya bijak menggunakannya. Dhamma Buddha merupakan hiburan rohaniah yang tiada bandingannya di muka bumi ini. Tiada hiburan lain yang lebih menghiburkan hati lebih daripda Dhamma Buddha. Kerana jahil, kaum Buddhis tidak nampak hiburan berkualiti tinggi dan kekal abadi tersebut lalu mencari hiburan murahan yang bersifat sementara lagi membawa musibah.

Cubalah risik-risik hiburan berkualiti tinggi ini daripada Maha Google. Hiburan Buddha ini tidak memerlukan tiket kerana dipersembahkan secara percuma.
















5 comments:

Anonymous said...

Wat Phra Dhammakai menganjurkan upacara Buard Phrak beramai-ramai setiap tahun. Apakah beza Buard sekali dengan Buard banyak kali. Ada orang pergi Buard Phrak setiap tahun di Wat Phra Dhammakai. Apa pendapat Tuan Pena?

Anonymous said...

Saya kagum modus operandi oleh Dhammakai tarik ratusan ribu orrang masuk wat setiap tahun. Sangha Malaysia begitu lemah dalam hal ini. Kenapa Dhammakai boleh Sangha kita tidak boleh. Adakah didikan agama Sangha kita dengan Dhammakai tidak sama.

Anonymous said...

Konsert apa kat Wat Dhammakai orang ramai penuh wat? Phor Than gila konsert wajib pergi risik tahun depan jemput datang wat kita.

pena reformasi said...

Buard phra atau Banpacha bermaksud berhenti, meninggalkan atau pergi dari kehidupan yang tidak baik (duniawi) untuk menjalani kehidupan yang mulia (lokuttara) iaitu melalui amalan Brommachan/Brahma cariya.

Oleh itu yang penting amalan. Upacara buard phra tidak penting. Tapi ramai orang Siam yang menganggap upacara lebih penting. Maka dari situ wjudlah buard 3 hari, 7 hari, 3 bulan dll. Selepas keluar dari phra(la sikkha) perangai tak ubah sebab buard ikut tradisi, bukan nak mengamalkan kehidupan mulia.

Anonymous said...

Ada juga mereka yg buard untuk mempelajari dan mengamalkan kehidupan Brahmmacariya. Selepas lasikha mereka terus mengamalkannya sekurang-kurangnya sila 5 jika berbanding dengan sebelum buard. Saya percaya saudara Pena adalah salah seorang darinya.

Apa yang saya dapat perhatikan upacara buard phra beramai-ramai anjuran Wat Pra Dhammakai adalah salah satu cara untuk menggalakkan dan menarik lebih ramai penganut Buddha mengamalkan ajaran Buddha. Contohnya program buard satu bulan yang mereka adakan, 15 hari adalah untuk training sebelum buard. 15 hari lagi buard. Ini bagi program jangka pendek. Ianya sangat berjaya kerana itu ia diadakan berkali-kali. Selepas tempoh ada juga yg tidak mahu lasikha dan meneruskan kehidupan sebagai bhikku. Ada juga yg lasikha dulu kemudian join balik dalam program yg seterusnya kerana mempunyai komitmen di luar(saperti masalah keluarga dan tugas). Bagi yg nak tahu lebih lanjut kena join program ini. Memang ia berbeza dgn yg 'tradisi' di kampung kita.