Sunday, May 6, 2012

Hiburan Sempena Hari Wesak: Fikir Pakai Apa?


Hari Wesak tahun ini disambut pada tanggal 5 April 2012, kecauli di Thailand pada 4 Jun kerana tahun ini kelendar Thai bulan 8 dua kali. Jadi, hari Visakha lambat sebulan berbanding negara lain.

Seperti yang kita maklum, Hari Wesak atau Visakha Puja diraikan bagi memperingati Keputeraan, KeBuddhaan dan Kemangkatan Baginda Buddha. KeBuddhaan ialah Trassaru, Enlightenment atau Pencerahan Sempurna. Dunia melalui PBB mengiktiraf Hari Wesak sebagai hari penting dunia (Hari Kemanan Dunia).

Aktiviti sempena Hari Wesak lazimnya ialah tambun takbart, membuat dana (membuat kebajikan) viantian, dengar Dhamma, bincang Dhamma, dan Samadhi-Pavana.

Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang kepentingan dan kemuliaan Hari Wesak kerana kita semua pun sudah maklum. Sila klik di sini untuk baca posting yang lepas.

Cuma saya ingin sentuh sedikit tentang pemikiran manusia yang bernama kaum Buddhis yang entah berfikir dengan apa? Berfikir pakai otak kiri atau otak kanak, atau langsung tidak pakai otak? Dunia pun tahu dan iktiraf kemuliaan Hari Wesak. Akan tetapi orang Siam kita masih berdegil. Mereka tidak jahil, cuma berdegil dan keras kepala.

Jikalau dibandingkan dengan bunga teratai, mereka ini mesti kelompok keempat. Buddha cuma memberikan 3 kelompok. 1. Teratai yang melepasi permukaan air yang akan kembang segera; 2. Teratai yang sama paras dengan permukaan air yang akan kembang esok lusa dan 3. Teratai di dasar air yang menjadi makanan ikan dan kura-kura.  Ini 3 kelompok teratai yang diberikan oleh Buddha. Kelompok yang ketiga tidak boleh diselamatkannya.

Namun, masih ada kelompok keempat iaitu kelompok yang terlepas oleh pengamatan Buddha. Kelompok keempat ini ialah kelompok yang tidak lalu makan oleh ikan dan kura-kura. Bukan langsung tidak dimakan. Ikan dan kura-kura sudah makan, sudah kunyah, tetapi diludah keluar kerana tidak lalu ditelan. Langsung tidak mengandungi sebarang zat.

Teratai kelompok ketiga masih ada guna, sekurag-kurang boleh dijadikan makanan ikan dan kura-kura. Boleh jadi dana.Teratai kelompok keempat sama sekali tidak berguna, melainkan tunggu reput dan busuk di dasar air.

Bayangkan betapa teruknya manusia Buddhis yang tergolong dalam teratai kelompok keempat. Siapakah mereka yang tergolong dalam teratai kelompok keempat ini? Mereka ialah golongan yang tidak pernah mengerti kebesaran dan kesucian Hari Wesak; bahkan menghina dan merosakkan imej dan kesucian agama Buddha. Mereka menganjurkan perkara yang bertetangan dengan ajaran Buddha sempena Hari Wesak -hari kebesaran Buddha. Mereka ini entah berfikir pakai apa?

Mereka tidak jahil ajaran Buddha. Mereka ada belajar Dhamma tetapi mungkin Dhamma jenis Micca-Dhamma. Dhamma yang sesat. Bahkan ada yang mendakwa mempelajari ajaran Buddhadasa Bhikkhu, Wat Suan Mok, Chaiya. Jika pernah pelajari ajaran Buddhadasa Bhikkhu, tidak mungkin otak jadi seperti otak Raja Syaitan (Phya Mara) yang sentiasa menyesatkan orang dengan nafsu-nafsi.

Perkara yang bertentangan dengan ajaran Buddha banyak, tetapi kali ini saya hanya mahu sentuh tentang konsert nyanyian seperti dalam gambar yang tertera di atas. Daripada poster di atas kita dapat lihat ini bukan persembahan seni yang lazim tetapi hiburan yang merangsang nafsu. Persembahan begini bertentangan dengan ajaran Buddha. "Tambun sempena Hari Wesak" dan "Puja Saririkhathat" yang disertai hiburan persembahan nyanyian gadis jelita. Orang yang faham agama Buddha tidak akan melakukan perkara begini. Tambun Hari Wesak dan Puja Saririkhathat terlalu suci untuk digandingkan dengan nyanyian gadis jelita yang seksi lagi meruntun nafsu (Kamarom).

Buddha mengajar kita agar berpegang pada Sila, mengawal indera (samruam), mengawal nafsu dan kemelekatan serta memupuk kebijaksanaan. Segala hiburan yang menyuburkan Kamaguna 5 mesti dijauhi. Kamaguna 5 ialah nafsu serakah, keseronokan atau kenikmatan melalui Panca Indera. Pendek kata perkara yang berkaitan Kama dan Kamarom (Kamaramana) mesti dielakkan, terutama pada hari kebesaran agama Buddha.

Kenapa kita mesti menganjurkan persembahan nyanyian sempena Hari Wesak sedangkan hari lain masih ada? Tidak sempurnakah sifat kesyaitanan kita jika tidak menganjurkan hiburan yang meruntun Kilesa sempena Hari Wesak yang suci? Seluruh dunia mengiktiraf Hari Wesak hari penting, tetapi penganut agama Buddha pula melakukan sebaliknya. Kalian - terutama Ketua Bhikkhu - harus sedar bahawa betapa susahnya memohon PBB mengiktiraf Hari Wesak sebagai hari penting.

Namun kerana sifat tamak kalian menyebabkan Hari Wesak tercemar kesuciannya dan terhakis kemuliaannya. Hari Wesak bukan milik kalian seorang, tetapi milik bersama semua kaum Buddhis. Hormatilah Hari Wesak. Jika tidak mahu menyambutnya tidak mengapa. Jika mahu menyambutnya, buatlah dengan cara yang betul. Bukan mengambil kesepatan menggunakan Hari Wesak untuk kepentingan diri. Jikalau tidak boleh jadi Bhikkhu atau penganut yang baik, dduklah diam-diam tidak usah mencemarkan imej agama. Nasib baik dalam agama Buddha tiada golongan pelampau, kalau tidak sudah lama syaitan bertopeng manusia ini dihantar ke "dugati neraka".

Alasan yang selalu digunakan ialah menganjurkan persembahan di dalam wat bagi menarik anak-anak muda masuk wat. Alasan yang paling bodoh. Menarik anak-anak muda masuk Wat untuk berbuat baik, bukan untuk menyuburkan Kilesa. Pergi wat tengok persembahan nyanyian dapat apa selain menghiburkan hati? Dapat Samadhi, dapat Vimutthi atau dapat Nibbana?

Tidak usahlah memandai-mandai memberi alasan sendiri. Ini soal agama. Soal agama mesti bercakap berlandaskan ajaran agama. Bercakap ikut sedap sendiri tidak berguna. Jika setakat anak-anak muda yang sesat masih boleh diterima. Akan tetapi Ketua Bhikkhu pun terur tersesat. Inilah masalah utama. Macam  mana boleh jadi Ketua Bhikkhu jikalau tidak mampu membezakan baik dan buruk, Samma Ditthi dan Micca Ditthi?

Khanak Song (Majlis Sangha) dan Than Chau Khun pun satu hal. Buta hati atau apa entahlah. Buta mata tentu tidak. Namun, kenapa tidak meberi nasihat kepada "anak murid" agar membuat sesuatu yang betul. Jika ketagih sangat mahu tengok penyanyi Thailand, buatlah hari lain selain Hari Wesak. Atau Khanak Song dan Than Chau Khun sendiri pun suka? Mahu menggunakan "ubekkha" mesti bertempat. Tidak boleh "ubekkha" dengan perkara yang merosakkan imej agama sendiri.

Khanak Song dan Bhikkhu tidak boleh berfikir seperti anak-anak muda. Anak-anak muda hanya tahu berhibur hati dengan hiburan sahaja. Bhikkhu tidak boleh begitu. Bhikkhu mesti menjadi contoh teladan kepada anak-anak muda dan masyarakat. Perkara salah diperbetulkan. Perkara yang betul diperbanyakkan.  Ini tidak. Bhikkhu menjadi kepala membawa masyarakat ke Abaiyamuk dan Dugati Neraka.

Penganut agama Buddha, khususnya orang Siam mesti bercelik mata. Kita mendakwa agama Buddha agama universal tetapi tindakan kita tidak menunjukkan sifat universal. Bangsa lain tidak akan melakukan seperti yang orang Siam lakukan.

Hari Wesak ialah hari mulia agama kita. Marilah kita bersama-sama menjaga kemuliaan hari tersebut dengan berbuat perkara-perkara yang baik. Sebaliknya, perkara-perkara yang tidak baik, yang bertentangan dengan ajaran Buddha dielakkan. Masih banyak lagi hari yang boleh kita berhibur. Peliharalah kemuliaan dan kesucian Hari Wesak.

(Artikel berkaitan Visakha dalam bahasa Thai)











58 comments:

Anonymous said...

Ketua Bhikkhu moden, untuk menarik muda mudi masuk wat, cadangan yang baik khun Pena, sekurang-kurangnya mereka masuk wat untuk berhibur dan lepas berhibur tu saya tak tahulah apa yang akan terjadi... sebab mereka masuk wat bukan nak mendalami Dhamma (jikapun ada ceramah Dhamma,mana boleh lawan dgn konsert), saja nak berhibur...terror betul ketua Bhikkhu dan ajk wat ni, saya bagi tabik..

Anonymous said...

Kat wat kg aku x ramai yg keluar "whean thean" sempena hari wesak...depa pakat pi balai...bukan balai polis,balai bomba atau lain2 balai yg sewaktu dgnnya..tapi balai tpt ada konsert....

Anonymous said...

Anak muda suka hiburan kita boleh terima tapi phra song yang buard 5-6 tahun suka hiburan lagi... Aduii kenapa tak la sikha kalu takleh tahan...

Anonymous said...

Tidak kira mana-mana penganjur dan di mana-mana wat, demi nak tarik org masuk wat, nak cari wang masuk wat la konon, mereka gagal memikirkan aktiviti apa yg harus dibuat dan apa yg tidak patut dibuat sempena dengan hari-hari kebesaran berkaitan dengan agama Buddha...Betul cakap saudara pena entah dia org fikir pakai apa. Harap-harap ramai yang akan sedar tentang perkara ini. Andai kata dia org ada niat yang baik pun jika caranya salah..tidak berguna juga.

Anonymous said...

sawasdee kah

Saya seratus peratus tidak setuju dengan persembahan konsert sempena Wesak Day. Perkara begini tak sepatutnya berlaku. Ke mana perginya suara ketua Sami setiap Wat or suara tidak boleh dikeluarkan sebab byk dpt wang hasil dr konsert. Saya amat berharap agar generasi muda dpt bezakan yg mana pahala dan yg mana
dosa. Sepatutnya sempena Wesak Day motivasi keagamaan,suart or something yg baik buat spiritual utk semua dijadikan upacara rasmi setiap tahun bukan bawa konsert dan pompuan seksi tambah dosa lebih-lebih konsert dlm wat.

Anonymous said...

Buat konsert nak test aje. Org suka dhamma atau Dara(penyanyi).Minat tak sama,cuma tidak elok pada tempat dan waktu.Tukar sikit ya ya

Pemerhati said...

Kalau LA SIKHA nak buat kerja apa, tapi kalau masih pakai CIVORN org ramai masih hormat dan bagi DANA, semuanya ditanggung free. Sesetengah drpdnya boleh pakai kereta besar dll..

pena reformasi said...

Penganut agam Buddha yang ada kesedaran seharusnya mengecam penganjuran konsert sempena Hari Wesak.

Anonymous said...

sawasdee kah Tuan Pena
Saya nak tanya kepada siapa kita nak bawa perkara dan masalah begini? Kepada Phor Than,Ketua kampung, Masyarakat, senator or siapa???????. Di Malaysia kalau masyarakat siam ada masalah yg perlu diambil tindakan spt tindakan dr pihak berkuasa utk pantau isu-isu sosial kepada siapa kita nak bawa isu ini? Apa peranan senator terhadap nasib org siam di Malaysia? Di parlimen tak pernah nampak pun senator siam membentangkan hal-hal yg berkaitan dgn masyarakat siam?. Kepada siapa kita nak salur masalah atau cadangan utk membangunkan masyarakat siam yg lebih jauh ketinggalan dlm segala aspek berbanding dgn masyarakat lain di Malaysia. Saya yakin ada dalam kalangan masyarakat siam yg cerdik pandai, memegang jwtan tinggi saya pohon agar mereka inilah yg tampil kehadapan utk memperjuangan hak org siam. Sama-samalah kita doa agar satu hari nanti ada bangsa siam berjaya menjadi salah seorg dlm kabinet kerajaan itu pun kalau diberi laluan.

Anonymous said...

Kalau ada konsert luktung pasti duit tambun lebih banyak berbanding dgn wat wat lain. Terer betul kammakan wat tu.

Anonymous said...

Than Chau Khun ada kuasa tentukan perkara ini tapi TCK pun jenis suka hiburan. Ketua masyarakat lagi teruk hari2 dok pikir pasai botoi. Senator?Bukan bidang kuasa dia.

Kaum Siam yang mesti disedarkan. Tepuk dada tanya seleea.

Anonymous said...

Sebenarnya idea mengadakan konsert untuk mendapatkan dana adalah idea senator kita sebelum jadi senator lagi.

pena reformasi said...

Baik orang yang memberi idea, orang yang menyokong atau orang yang bertanggungjawab bawa masuk persembahan hiburan ke Wat Thai sempena Hari Wesak ialah orang yang tidak hormat kesucian agama Buddha.

Orang begini tidak perlu dihormati kerana dengan agama sendiri pun mereka tidak hormat, apatah lagi dengan sesama manusia. Bahkan orang begini patut dikutuk habis-habisan supaya lain kali perkara yang sama tidak berulang.

lork pho mak said...

Kutuk habis-habisan ade ape guna nyer ? Huh, org yg comment pn bkn main guna bahasa kasar. Ni ke perangai org yg t'golong dlm kelompok buddhis yg tinggi ? Phrak(sami) pn org jgak mesti ade salah silap. Lgpn than chau khun dh tegur, last year for this consert on the wesak day. sy tak tau sama ade pihak puan n tuan ade ape x puas hati dgn hal di atas. ya, mmg nmpk x elok. Semua org ade pemandangan yg t'sendiri, jgn memperbesar hal begini. Kalau bawa coyotee masuk wat boleh la nak kutuk. Nak beri pandangan pon guna la bahasa yg menarik. Saya belia umur 20 pun pandai bertimbang rasa. Mcm mane pulak dgn puan2 dan tuan yg sering menggunakan bahasa kasar untk meluahkan perasaan. Memberi pandangan b'dasarkan alasan bukan perasaan. Yang kutuk2 tu tepuk dada tanya selera. ni zaman moden, guna la cara moden untk menarik golongan muada. Bkn maksud nak menghakiskan agama,tetapi kita perlu cuba pelbagai cara. Ohh, tuan pena. Perkataan "tak tau guna pakai apa fikir" tu tak elok kot. Yg nak ckp smpai than chau khun n phor than tu x elok, membawa padah(dosa). Cuba memperbaik diri sebelum mengata. Tidak kira d mana kita terokai, dhamma selalu d hati. Atas org yg nak fikir. Peace to all siamese. :)

Anonymous said...

Cakap baik tak dengar itu pasai orang kutuk. Nak tarik orang masuk wat kepala hotak apa kalu langgar moral agama. Wat tempat tambun dok pergi buat dosa hoburan buat apa. Cakap agama pakai ilmu agama jangan dok main ikut sedap. Ada ke agama lain buat konsert hari suci mereka. Bahlul punya orang Siam.

Lork pho mak said...

Yup, mmg tdk dapat dinafikan kelakuan ini telah bersalah di sisi agama. Jangan pikir yang negatif sahaja. Cuba fikir secara logik, kalau plan dah 70% siap mcm mana nak tarik diri. Kenapa tuan2 baru nak kutuk ? Saya tak percaya tuan tak pernah buat salah. Tuan yang komen ke-15 tu bukan maen marah. Tuan, guna bahasa nice sikit ok ? Haha. Ish. Org kuat agama to tak boleh nak kawal perasaan. Ish3. Nak tanya sikit, kalau org cakap baik dgn tUan, tuan nak balas dgn bahasa tu buatpe ? Bahasa nice g, bahasa kasar balas. What a nice person. Not mean to cari pasal gaduh. Peace to all siamese. (:

Anonymous said...

Bole tanya kalu bapak hang mati hang mau buat konsert hiburan?

Anonymous said...

Cantik punya soalan... Power sakan.

Anonymous said...

Cakap sama orang jahil buang masa. Org cakap lembu dia pusing kerbau. Orang satu dunia tambun viantian memperingati Phra Buddhacao dia sokong persembahan hiburan murahan. Ada pakai akai ke?

Anonymous said...

Itu orang panggil taksub... kalu dah taksub sangat sampai nak sentuh pun tak boleh apatah lagi nak cubit disebut sbg "sesat" lebih kurang la maksudnya = penganut sesat.

Lork pho mak said...

Lain org lain fikiran nya. Kalau bapak saya minat, ade pesanan drp beliau saya buat jugak. Nampak x elok an ? Tapi, tu la. Dah gtaw yg lain org lain fikiran. Tuan, tuan umur berapa ? Cakap tak pakai akal jer. Haha. Lagipon, kita sedang bicara pasal agama. Bukan pasal ibu bapa. Ibu bapa ibarat phrak dalam hati and family. Bukan persoalan untuk dipermainkan. Cakap sampai ibu ayah ni memeng tak sedap dgr la. Tuan/puan, org yang meletakkan diri dalam agama mcm ni ke cakap ? Tuan/puan nak cakap buleh, nak beri pandangan buleh, tapi jgn la serius sngt. Yg tuan kutuk habis-habisan tu tuan ingat tuan dah o.k sangat ke ? Cuba tuan fikir secara mendalam, perbuatan tuan yg mengata sampai ibu bapa org lain tu dah betol ? Kalau sendiri tak seberapa, jangan la terlajak. Org tua2 sini selalu menggunakan perasaan. Haiz. Kes wesak dikatakan sampai org yg saya paling hormat. Tabik kpd org2 tua di sini !! Peace to all. (: **Tuan2 puan2 sabar, jgn melampaui landasan**

Anonymous said...

Buddha bapak kepada kita semua. Hari Wesak hari kelahiran, Trassaru dan kematian Buddha. Kamu sokong konsert pada hari sempena kematian Buddha (parinipan), tapi marah bila ditanya kematian bapak kamu. Kamu tahu orang lain juga marah bila kamu mempermainkan hari Buddha sebab Buddha bapak kepada semua penganut agama Buddha. Ada faham? Atau kamu tidak anggap Buddha bapak kamu?

Lork pho mak said...

Okay. Terima kasih kerana memperjelasan kan. Tapi tuan, ayah saya takde kaitan dgn hal ni. Sila tuan menghormati org lain. Tuan cakap mcm tidak nya membuat malu diri sendiri ? Blog tempat memberi memberi pendapat bukan tempat mengkutuk atau memarahi. Tuan ni mesti tahu banyak ttg agama buddha tp tuan cakap sampai bapa org tu tak betol. Saya setakat thammaserksa eak saja tak berani lawan tuan. Kita org biasa mesti ade salah silap, seperti 1st komen saya postkan itu. Tuan salah, saya tegur. Kita bt salah, pihak lain tegur pulak. Terima kasih kerana menasihati kita. Your valuable comments kita mempertimbangkan. Tapi tuan tlg lah memperbaiki bahasa kasar yg tuan gunakan, biar org baca pon sedap hati. Bukan sudah baca ade perasaan , memarakkan lagi api marah dalam hati. Gunaan bahasa yang baik mmg ade guna nya. Skrg ape yg tuan cari kan ? Perbalahan atau pendamaian ? Kita org siam di malaysia tidak seberapa org, so, baik kita bergading bahu memajukan kaum kita drp menuding jari mencari kesalahan. Ya, mmg salah la kita bt konsert pada hari yg mulia ini. Tapi pihak tuan juga tidak sepatutnya mengata sampai phrak. Seperti yg tuan kata, buddha ayah kpd kita semua. Dan skrg tuan sedang mengutuk anak murid phrakphutthacau, bukankah salah juga mcm itu ? Nak kutuk nak tegur, o.k kita terima. Kalau sampai menghina dan mengata dgn kata yg kasar tu mmg tak dpt diterima. Ade ke phrakphutthacau ajar kita untuk menghina org lain. Kali ini dijadikan pengajaran. Saya percaya tidak kira di mane jua, takkan ade perkara yg sama akan berlaku. Tahniah dan syabas kpd pihak tuan yg dapat menjaga agama buddha kita ! Kalau xde pihak yg tegur xde juga yg tau kita telah buat salah. Kepada org2 tua yg suka b'cakap kasar. Kawal la perasaan anda. Percakapan kasar takkan memberi ape2 faedah. Maaf kalau saya dianggap budak dan cakap tidak elok. Bukang kurang ajar. Saya hanya memberi pendapat seperti pihak tuan yg sedang bertungkus lumus mengomen memberi pendapat dalam hal ini. Phrakpahutthacau pernah ajar, dern tharng sai klang merupakan jalan palong baik. Semua hal kita boleh dipandang 2 sides, negatif and positif. Selamat membalas. Peace to all. (:

Lork pho mak said...

Anonymous 21: tuan, saya bkn taksub dan bkn penganut sesat. Saya percaya 100% kpd phrakphutthacau. Yang saya berbalas komen di sini hanya ingin taw respon tuan2 dan puan2 sahaja. Not mean tu bela atau ape. Ape yg saya fikir, saya bersuara. Kan saya ada hak juga untuk berbuat demikian ? Tuan, tuan sila menghormati org lain jikalau tuan juga seeks for respect. Tq..

LUKSIT THAN PHUT said...

rumah dah siap...tp masih berbunyi pahatnya....sesiapa yg berada berdekatan atau mampu untuk mengunjungi wat yg menjadi mangsa tu....dijemput untuk bErjumpa dengan ketua sami atau AJKnya untuk penjelasan lanjut supaya dapat lebih memahami.Hari Wesak simbol kepada kedamaian....harap2 semua penganut Buddha di sini boleh berdamai:)PEACE!!!

eunice said...

Wahai penganut Budha, zaman skrg sdh berbeza. Berapa ramai anak muda skrg yg tau apa itu "Budha"' sebenarnya? Semasa buat takhbath, viantian n sembahyang pd hari wesak, berapa org yg hadir? Boleh dibilang dgn jari, itupun org Tua n kanak2. So, kalu tak buat konsert, anak2 muda tak kan masuk n kenal pun wat. Sambil2 msk tgk konsert, bolehlah buat thambun bg wat, kalau tak siapa yg boleh thambun bg baiki wat yg Dah usia 400th Ni? Konsert tu diadakan lepas siap sembahyan, KAT pukul 10dah. Org Islam cakap lepas waktu maghrib Dah. So, pikirlah secara positive sbb skrg dunia IT, semua budak2 muda bukan diajar secara kasar atau dipukull lg, tetapi secara lembut Dah~ dunia Dah berbeza n ingat Budha tidak memaksa, ajaranya amat flexible cuma penganutnya yg bnyk kan panting larang. Ingat, penyanyi tu tidal pakai seksi pun, cuma mereka cantik shj.

Dek Ban said...

Aku jangan kata hari Visakha Puja, hari lain pun aku tak setuju diadakan hiburan seksi dan seksa dalam wat. Persembahan seni seperti Menora, Nang Talung mahupun tarian tradisional lebih sesuai.

Bukankah wat tu tempat suci? Kenapa mahu dicemari dengan benda-benda tidak baik? Tidak malu orang agama lainkah?

Anonymous said...

Wat adalah tempat suci yang tak sepatutnya ada benda2 mcm ni. kita sebagai golongan cerdik pandai siam harus mencari jalan agar benda mcm ni dpt diatasi.

Anyway, im proud to know that this kind of blog is exist. found it by chance. i will keep follow! :)

Anonymous said...

AKU PENING BACA KOMEN2 SAPA NAMA TU..? LORK PHO MAK...??

Anonymous said...

Setahun ada 356 hari kenapa hari Wesakha dipilih buat konsert? Hari lain tak boleh ke?

Alasan nak tarik org muda masuk wat dgn konsert tak masuk akal. Sejak tahun 80an lagi buat konsert berapa ramai org muda masuk wat patibat dhamma?

Dulu konsert Pumpuang Duangchan di wat Balai tiket RM8. Org penuh. Khek sabotaj elektrik tapi masih dapat diteruskan.

Lepas konsert habis wat kosong. Masa jadi phra saya pernah tinggal di wat Balai. Masa tu Than Phut jadi Than. Anak muda pun tak masuk wat. Jadi alasan konsert tarik org muda masuk wat tak boleh pakai.

Lihat Wat Semerak. Ramai belia masuk wat biarpun tiada konsert hari Wesakha.

Anonymous said...

Phor Than bijak gunakan kebijaksanaan tarik orang masuk wat. Phor Than bodoh gunakan kebodohan tarik orang masuk wat.

Zaman IT ke zaman apa ke agama bukan barang dagangan.

ThaiSiam said...

Pihak wat atau AJK perlu bijak untuk merancang dan menlaksanakan program-program bagi menarik belia-belia Thai untuk masuk dan mendekati wat. Antaranya seperti pengajaran bahasa Thai, acara sukan dll, pada masa yang sama pihak Sangha perlu bijak untuk menyelitkan atau mengajar Dhamma kepada mereka.

eunice said...

Kita kena ada perubahan br ada kemajuan. Setiap benda berubah mengikut arus masa. Cth- hukum hudud dlm islam (potong tgn jika mencuri) sdh tidak sesuai diamalkan zaman skrg. So, tujuan mengadakan konsert sms wesak day ialah utk sambutan perayaan wesak bukannya utk menghina Budha. Zaman sdh berubah, setiap pemikiran pun kena lah ubah. Tuan2 n puan2, Org yg menghina wat itu samalah dgn org yg menghina Budha- dua2nya berdosa

eunice said...

Yg complain bnyk2 tu mungkin mrk ada rasa dengki sbb dpt bnyk sambutan kot. Itu atas usaha dan kebijaksaan org2 kg lah tu. Org kg lain janganlah dengki sampai gitu. Penyanyi tu tak pakai seksi pun. Semua berseluar pjg n bersetokin - kira bg hormat kat wat lah tu. Tak payah bertengking2lah, sbb kalau hati batu memang susah nak open dia org pemikiran. Hormat kat semua pothan yg ada, meraka pun manusia biasa n ada bnyk liku2 jugak...

Pemerhati said...

Khun KSB, seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan daripada kaum Buddhis Siam kita mengamalkan Sarsana Phithi, manakala Dhamma yang biasa diamalkan pula kalau diibaratkan pokok, hanya dibahagian kulitnya saja.

Perkara ini berlainan jika dibandingkan dengan kaum Budhhis di Eropah, mereka mengamal dan mendalami Dhamma daripada Kitab Tipikata. Juga kalau kita perhatikan komen @ pendapat dari kaum Buddhis dari Indonesia berkenaan agama Buddha @ Dhamma, walaupun di sana tidak banyak Phra Bhikkhu, tapi komen @ pendapat merekaan kebiasaannya merujuk kepada Kitab Tipikata.

Kesimpulannya kalau kita bandingkan kaum Buddis di Eropah dan Indonesia dengan orang Siam kita tentang fahaman dan amalan dalam Dhamma, orang Siam kita masih jauh ketinggalan.

Anonymous said...

Bercakap dengan orang buta agama sepuluh tahun pun tak habis. Mereka bercakap mahu menang dan mahu layan Kilesa sendiri sahaja. Orang berilmu bercakap menggunakan ilmu.

Jika kemaruk hiburan sangat buatlah di epan rumah, kenapa mesti buat dalam wat sempena hari wesakha. Cakap tak reti bahasa. Nak ubah ikut masa konon. Jika jahil agama diam lagi baik, tak usah menyibuk, Bagi orang tau agama cakap. Apa kaum tau tentang Kilesa, Kama, Kamarom yang ditulis dalam blog? Bukankah itu larangan Buddha? Hiburan pakai seluar panjang, seluar pendek atau tak pakai seluar bukan Kamarom ke?

Jangan dok banding dengan hukum Hudud di sini. Jika nak banding kenapa tak banding dengan Wat Thammakai, Wat Luang Phor Khun, Wat Acan Cha, Wat Phra Phayom atau Wat Luang Phor Butthadat yang tarik orang masuk wat tak perlu hiburan.

Wat Than Thit Kelantan tak perlu penyanyi orang penuh bila hari perayaan. Kalau kita suka hiburan, kemaruk penyannyi Thailand mengaku sajalah tak payah melibatkan agama.

Hiburan walau zaman mana pun bercanggah dengan amalan agama Buddha. Bacalah kitab agama sikit jika mahu cakap tentang agama. Main cakap suka hati saja buat malu bangsa lain yang baru belajar agama Buddha tapi jauh lebih bijak daripada anak-anak Siam.

pena reformasi said...

Pemerhati,

Betul kata Khun bahawa orang Eropah lebih faham agama Buddha berbanding dengan orang Siam kita. Mereka tak terikat dengan Sasana Pitthi yang merimaskan.

Malahan orang Indonesia pun lebih hebat. Lihatlah Forum agama Buddha mereka, tahap pengetahuan agama yang dihujahkan amat tinggi dan disokong Sutta dalam Tipitaka. Saya pun selalu jenguk-jenguk forum mereka.

Kita di sini main sembur sahaja, betul atau tidak mengikut ajaran Buddha tidak dipedulikan. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa berhujah agama tanpa fakta yang betul adalah tidak wajar.

Dalam agama kita tak boleh mempertahankan perkara yang salah atau menyalahi Dhamma-vinai. Soal kita mampu meninggalkannya soal lain.

Misalnya, Buddha larang umat membunuh haiwan. Jika kita bekerja dalam bidang penternakan haiwan, mungkin sukar untuk kita mengelakkan perbuatan membunuh haiwan. Namun,kita akan lebih berdosa jika kita berkata "membunuh haiwan tidak bersalah" semat-mata kerana kita masih melakukannya.

Kebenaran ajaran Buddha jangan dipertikai. Jangan kerana Kilesa yang memimbun di hati, kita cuba menegakkan benang basah, tidak baik.

eunice said...

Pak Cik n Makcik sekalian, ajaran Budha memang Ada perbezaan antara sesebuah negara. Cuba kaji balik Budha yg berasal dr Tibet dgn Budha Siam, dan barulah buat kesimpulan pasal konsert tu. Sekiranya pakcik n Makcik sekalian penganut agama Budha yg alim, tentu tau apa itu dosa. Buat konsert kat wat tu dosanya taklah seteruk dosa2 yg Makcik n pakcik buat kat blog ni. Biar sy bgtau, dosa2 Pakcin n Makcik ialah: 1-mengguna bahasa kasar, 2-menghina bikhu n ketua bikhu, 3- menghina wat. Itu pun dikira dosar besar. Sbg penganut Budha yg alim dia sepatutnya menegur org dgn baik. Nak berbahas tu gunalah IQ n EQ ya...

Rith said...

saya sebagai salah seorang masyarakat kg balai, anak didik wat balai...saya mengaku atas kesilapan yang pihak wat telah tersilap langkah..walau bagaimanapun,konsert pada hari tersebut tidaklah berunsur lucah dan masih berada dalam suasana yang sopan...dan semua upacara tentang hari wesak juga dijalankan dan ditamakan pada hari tersebut seperti VIEN TIEN..Jadi,saya berasa kita semua sebagai rakyat siam yang berkewarganegarakan negara Malaysia harus bekerjasama dalam menangani sesuatu isu dengan penuh rasa hormat dan sopan. kita tidak sepatutnya menuding jari ke salah satu pihak sahaja...sebaliknya,kita harus berusaha untuk memberi teguran kepada pihak yang tersilap langkah dengan cara perbincangan bersama..bukanya dengan cara yang dikawal penuh oleh emosi(marah)semata-mata...jika kita semua ingin maju dalam setiap perkara..saya berasa kita harus bersatu padu dan memberi nasihat atau teguran kepada yang silap supaya dapat memperbaiki kesilapan mereka. kita tidak harus memarahi dan menjatuhkan imej sesebuah wat atau seseorang bikkhu tersebut...berhentilah pertengkaran..tiada faedahnya kalau kita masih berbalah sesama rakyat siam...kita hidup di negara malaysia dengan aman dan damai sejak turun temurun, kalau hanya dengan sesuatu isu yang menyebabkan kita semua berpecah belah...anda semua rasa ia patut dan tidak memalukan??sama-sama lah kita membawa semua rakyat siam ke arah yang lebih baik dengan cara yang sopan dan tidak dikawal oleh emosi masing-masing...ingatlah kepada ajaran agama buddha yang menitikberatkan nilai kesederhanaan...bukannya marah marah marah........tiada kesudahannya...(ambillah perhimpunan yang baru sahaja berlaku (28 APRIL 2012) di negara kita ini sebagai iktibar (perbalahan sesama kaum)...sekian sahaja..(komen drpd seorang belia yang cintakan keamanan) PEACE..HEHE

Anonymous said...

Tolonglah balaci Umno dan Bersih jangan campur sini

Anonymous said...

Tak usah banding dgn Tibet ke apa ke kita Siam mesti ikut Theravat Thai.

Anonymous said...

Apa benda 28 April 2012. Dei kalau tak datang, main dengar org cerita diamlah. Kita sini sembang dhamma. Barua tak terima.

Rith said...

saya tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini...apa-apa pun..saya minta maaf sekiranya membuat anda terasa tidak puas hati...saya hanya tidak mahu melihat kaum kita berpecah belah sahaja..itu saje niat saya....huhu..:)

eunice said...

Sabarlah pakcik n Makcik . Cukuplah buat dosa dgn mencaci n marah2 org kat blog ni kalau alim sangat

Anonymous said...

sawadee khah..saya di sini ingin mewakili masyarakat siam seluruh negara Malaysia meminta supaya isu ini tidak diperbesarkan lg..yang silap dah mengaku silap kenapa yang kutuk tu tak habis2 mengutuk lg..??apa niat sebenar saudara/saudari yang mengutuk tu??sebab saya nampak bahasa yang digunakan semakin melampau..kasar..konsert yang dimaksudkan tu pun dah berlaku dan berlalu..adakah ia meninggalkan apa-apa kesan negatif selepas itu???lagipun anak-anak muda yang masuk wat tu tetap sama tak kira sebelum atau selepas dia masuk wat..dan..tak kira wat mana yang dia masuk...saya setuju dgn apa yang ditulis oleh saudara/saudari Rith di atas..kita jgn pandang remeh isu-isu perkauman...entah2 yang mengutuk tu sengaja nak memecahkan kaum eh..???kita ni kaum minoriti sahaja..jgn lah kutuk-mengutuk sesama sendiri..

ikhlas said...

sy jg tidak berniat nak memihak mana-mana pihak di atas...tp elok isu ini tdk diperbesarkan lg sekiranya ia tdk menyusahkan hidup siapa2 selepas konset tu..mari pakat2 kita menyelami Dhamma dgn penuh keikhlasan..

Anonymous said...

ini teguran atas dasar agama or kepentingan diri sendiri ha?lain mcm je bunyi.

eunice said...

Pak Cik n Mak Cik semua ni -"nang boti nang, kui boti kui" :)

ThaiSiam said...

Kita ambil yang jernih dan dan buang yang keroh,ambil pendapat/ pandangan yang membina. Perkara sudah berlalu biarkan berlalu.

Secara peribadi, saya tidak menentang jika sesuatu pertunjukan atau hiburan diadakan dalam wat sempena perasmian sesuatu bangunan, bahkan semasa meraikan harijadi ketua Bhikkhu, cuma berasa janggal kerana ianya diadakan sempena sambutan hari Wesak, walaupun alasannya untuk menarik orang ramai masuk wat. Niatnya mungkin baik, tapi amalannya yang kurang sihat.

Jika kita perhatikan disesetengah wat, tidak perlu disogokkan dengan apa-apa pertunjukkan hiburan, tapi masih ramai kaum Buddhis yang pergi ke wat untuk sembayang, mendengar ceramah/mendalami Dhamma.

Seperkara lagi, saya berpendapat, adalah tidak salah atau berdosa sekiranya kita menengur atau mengkritik seseorang Bhikkhu, termasuklah ketua Bhikkhu yang berlakuan tidak senonoh atau melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar Dhamma_Vinai.

Anonymous said...

"Apa benda 28 April 2012. Dei kalau tak datang, main dengar org cerita diamlah. Kita sini sembang dhamma. Barua tak terima."

inikah org yng nk sembang dhamma dgn org lain?behave yourself 1st please!

eunice said...

Memang boleh tegur bikhu atau ketua bikhu tp biarlah dgn bahasa yg senonoh n iklhas, bukannya mencaci atau menghina. Perkataan yg kasar ni tak baik digunakan ...

Anonymous said...

sawasdee
Saya agak terkejut dgn beberapa pendpt yg diluahkan. Nampak isu ini telah bertukar kpd pendpt yg lebih kpd emosi bkn guna intelektual. sabar saudara saudari semua jgn cemari blog ini dgn emosi anda gunakanlah blog ini sebaik-baiknya utk percambahan minda yg berguna buat semua jgn pakai hentam aje. Think before talk and write with peaceful mind so that everybody can get some benefits of your opinion and suggestion. Do not hurt anybody..............

Anonymous said...

Syabas, anda semua (yg masuk blog ini dan memberi macam2 komen)sebenarnya anda amat sayangkan ajaran Buddha, cuma amal saja yang mungkin kurang, mungkin. Sepatutnya anda tak perlu kutuk mengutuk sesama sendiri.Apa yg perlu ialah orang yg hebat mcm anda ini buart (masuk prak) dan buat perubahan dlm Phuthasarsana kearah kebaikan. itu yg dikehendaki.

Anonymous said...

Kpd Luk Phor mak,
Hg pnya pendirian pn x tetap,kejap sokong kejap x sokong. Bila ada tegur, hg da mula goyang. X pyh la nk tunjuk kononnya hg suda matang, kononnya ada idea & pendapatan bernas.

Tuan Pena,
110 % x setuju anjur konsert pd Hari Wesak. Hari wesak bkn Perayaan...

Kt sik,kedah ada Wat yg menganjur konsert artis dr Thailand sempena hari wesak.


Remaja yg prihatin.

Anonymous said...

eunice, lu agama Budak ke? Cakap macam budak. Balik pergi belajar agama Buddha dulu baru msuk komen ok.

Dari cara kamu komen kamu macam tak dapat nak bezakan kemuliaan hari wesak dengan hari lain.

Aku nak bagi contoh mudah. Hiburan tak sesuai dengan Buddha. Kita meraikan hari Buddha dengan hiburan. Ibu kita tak suka bapak mabuk. Kita meraikan Hari Ibu dengan beli arak pada bapak minum hingga muntah. Boleh ibu kita rasa gembira? Maaf ya aku bagi contoh bapak aku. Bapak orang lain tak kena mengena. kih kih kih!

Lork Pho Mak said...

Remaja yg prihatin , saya bkn nak tunjuk matang. Bukan nya jugak goyang. Mmg saya rasa konsert pada hari wesak ni salah, tp bukan nya serius sngt. Tu yg saya duk tengah2. Kalu sma2 remaja takyah nak kata matang tak matang. Sama taraf jah kita. Haha. Idea saya, tak payah suruh org menilai la. awk tu, menilai diri sendiri sebelum mengata ok ? Teguran yg pakcik & makcik di sini mmg berguna tu yg aku dgr. Bkn dgr saja, dgr dah ambil mari fikir. Kerana apa yg mereka ckp mmg betol. Tp gunaan ayat & bahasa tu, biar guna di tempat yg sesuai. Cakap hal agama tp menghina phrak. Ada ke patut ? Tq kerana tegur ya remaja yg prihatin. Blog ni mmg mendatangkan manfaat. Org siam pon nak pecah belah sebab hal ni dah rasa. 2 tahun lepas ade konsert kat belai kenapa tak tegur ? Kalau 2 tahun lepas dah tegur mesti tahun ni tiada lagi konsert pada hari wesak. Ke mana anda yang prihatin sekalian pergi ? Ke 2 tahun lepas tak lagi mengaji thamma ? Pelik

k said...

betul tu..........saya rasa supa lork pho mark juga......pelik suggh dio tu.......

Anonymous said...

Dulu pun ada orang tegur kepada Than Wat Balai tapi tak diendah sebab ditegur dalam internet. Dalam hal bina patung pun ditegur.