Tuesday, May 22, 2012

Maha Prathed 4:Panduan Membuat Keputusan

Selain Kalama Sutta, penganut agama Buddha juga menggunakan Maha Prathed 4 bagi merungkai kekeliruan tentang sesuatu perkara. Kedua-dua Dhamma ini dijadikan panduan bagi membuat keputusan tentang sesuatu yang kurang jelas.

Dalam Vinaya Pitaka, Buddha membenarkan Maha Prathed 4. Pada waktu tersebut, para Bhikkhu berasa tidak senang dengan sesetengah Vinaya. Mereka berasa keliru perkara yang dibenarkan dan perkara yang tidak dibenarkan lalu mengajukan masalah itu kepada Buddha.

Benda yang berupa Kappiya dan Akappiya. (Kappiya bermaksud wajar, misalnya keperluan asas 4 jenis iaitu kediaman, makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Akappiya bermaksud tidak wajar, misalnya emas, duit, padi dan lain-lain tidak wajar kepada Bhikkhu.

1. Benda (perkara) yang Baginda tidak pernah melarang bahawa benda ini tidak wajar, sekiranya benda itu selaras dengan benda yang tidak wajar, tetapi bercanggah dengan benda yang wajar, maka benda itu tidak wajar kepada Bhikkhu semua.

2. Benda (perkara) yang Baginda tidak pernah melarang bahawa benda ini tidak wajar, sekiranya benda itu selaras dengan benda yang wajar, tetapi bercanggah dengan benda yang tidak wajar, maka benda itu wajar kepada Bhikkhu semua.

3. Benda (perkara) yang Baginda tidak pernah membenarkan bahawa benda ini wajar, sekiranya benda itu selaras dengan benda yang tidak wajar, tetapi bercanggah dengan benda yang wajar, maka benda itu tidak wajar kepada Bhikkhu semua.

4. Benda (perkara) yang Baginda tidak pernah membenarkan bahawa benda ini wajar, sekiranya benda itu selaras dengan benda yang wajar, tetapi bercanggah dengan benda yang tidak wajar, maka benda itu wajar kepada Bhikkhu semua.

(Rujukan: Tipitaka)

No comments: