Sunday, May 20, 2012

Phrom Maha Pencipta: Kepalsuan Tanpa Penghujung

Pada zaman Buddha dahulu, perkara yang diangap unggul dan istimewa ialah berbuat baik, apabila mati boleh pergi tinggal dengan Yang Maha Kuasa di syurga.  Inilah matlamat hidup manusia pada zaman tersebut iaitu "selepas mati pergi hidup dengan Yang Maha Kuasa" di syurga. Yang Maha Kuasa pada ketika itu ialah  Phra Phrom (Brahma) atau Phra Isuan (Siva). Brahmana amat yakin bahawa mereka berbuat baik demi Yang Maha Kuasa kerana manusia adalah hasil ciptaanNya. Kehidupan manusia juga ditentukanNya. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai cara diamalkan oleh golongan Brahmin agar umat manusia selepas mati boleh hidup dengan Phrom atau Isuan. Semua perbuatan difokus kepada Phra Phrom atau Isuan. Walau bagaimanapun, kepercayaan kepada Phra Phrom lebih ramai berbanding Phra Isuan.

Namun, Buddha tidak terpengaruh dengan kepercayaan tersebut. Buddha (Putera Siddharta) dilahirkan dalam keluarga yang berpegang kepada percayaan Brahmana, tetapi Baginda tidak terpengaruh dengan Yang Maha Kuasa. Ini sesuatu yang luar biasa ketika itu.

Setelah memotong rambut, menjadi samana, Baginda berguru dengan 2 resi, iaitu guru Brahmana yang terkenal masa itu. Baginda belajar sehingga 2 guru itu kehabisan ilmu, tetapi "pencarian" Baginda belum juga diketemukan. Maka Baginda membuat keputusan meninggalkan resi dan mencari secara bersendirian sehingga akhirnya Baginda menemukannya selepas 6 tahun mencari.

Seandainya Buddha terikat dengan kepercayaan Brahmana bahawa Yang Maha Kuasa adalah pencipta, penentu kehidupan manusia dan apabila mati, manusia akan kembali kepadaNya, maka Buddha tidak akan meninggalkan resi. Baginda akan terus mengabdikan diri kepada Phra Phrom sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Brahmana. Oleh sebab Baginda tidak terikat dengan kepercayaan ini, Baginda meneruskan pencarian.

Baginda mendapat Pencerahan Sempurna (Trassaru) dengan usaha Baginda sendiri. Samadhi Anapanasati merupakan kaedah yang digunakan untuk Trassaru. Apabila Trassaru, bermakna minda Baginda telah mencapai tahap kebebasan tertinggi  yang dipanggil Ceto-Vimutti. Sedangkan samana Brahmana pada masa itu hanya mencapai tahap Ceto-Samadhi. Minda tahap Ceto-Samadhi belum lagi bebas. Walaupun mampu mengingati kehidupan yang lampau tetapi ada hadnya. Manakala minda Ceto-Vimutti mampu mengingati atau mengimbas kehidupan yang lampau tanpa had atau batasan. Oleh itulah, Buddha mampu mengingati kehidupan yang lampau hingga beratus-ratus, beribu-ribu atau berpuluh-puluh ribu kehidupan terpulang kepada berapa banyak yang ingin diketahuinya tanpa batasan. (Buddha boleh mengingati masa lampau hingga  bilangan Kappa yang tidak terhitung banyaknya).

Maka tidak hairanlah apabila Buddha mengetahui bahawa dunia ini telah mengalami proses pembentukan dan kemusnahan berulang kali dalam jumlah yang tidak terbilang. Jangka masa dunia terbentuk hingga dunia termusnah bersamaan dengan 1 Kappa.

Golongan Brahmana mempercayai bahawa Phra Phrom atau Phra Isuan adalah Pencipta dan penentu kehidupan makhluk hanya mengikut kepercayaan guru-guru mereka sebelum ini. Buddha pernah pergi mencari samana Brahmana di kediaman mereka untuk bertanya tentang kepercayaan mereka. Mereka mengakui bahawa sebenarya mereka mempercayai Phra Phrom dan Phra Isuan hanya mengikut kepercayaan guru-guru mereka. Maknanya bukan melalui "pembuktian" sendiri melalui amalan seperti Buddha. Mereka percaya secara ikut-ikutan.

Oleh hal yang demikianlah apabila diminta oleh Buddha supaya mereka "membuktikan" kebenaranya kenapa mereka percaya begitu; betulkah Phra Phrom adalah Pencipta dan penentu kehidupan manusia; mereka tidak dapat menjawab dengan betul, sebaliknya mereka bertanya balik kepada Buddha. Buddha pula yang terpaksa memberikan penjelasan.

Ini penjelasan Buddha. Pada masa tertentu yang sangat lama, dunia akan musnah. Sewaktu dunia sedang mengalami proses kemusnahan, kebanyakan manusia (yang mencapai Jhana) akan dilahirkan di Apassara-Phrom (Phroma-Loka).  Makhluk tersebut (dalam bentuk Vinyan) mempunyai kuasa yang tinggi, mempunyai piti sebagai makanan, mempunyai cahaya yang terpancar-pancar, mengembara di ruang angkasa dan tinggal di dalam Mahligai yang indah dalam jangka masa yang sangat lama. Mahligai ini dinamakan Mahligai Phrom.

Pada masa yang lain yang sangat lama, dunia akan terbentuk semula. Sewaktu dunia sedang terbentuk, kebetulan ketika itu Mahligai Phrom pun kosong. Selepas masa berlalu agak lama, seorang Phrom dari alam Apassara Phrom (kerana kehabisan usia atau bun-barami) dilahirkan ke Mahligai Phrom yang kosong dan tinggal di situ seorang diri. Kerana hidup seorang diri terlalu lama, Phrom tersebut pun berasa sunyi lalu berkata dalam hati: "Oh, mintalah ada makhluk lain dilahirkan di sini juga!"

Kemudian, beberapa orang makhluk dari alam Apassara Phrom (kerana kehabisan usia atau bun-barami) dilahirkan di Mahligai Phrom yang kosong. Mereka menjadi sahabat kepada Phrom yang hidup sendirian sekian lama. Kesemua makhluk itu mempunyai kuasa yang tinggi, mempunyai piti sebagai makanan, mempunyai cahaya terpancar-pancar, mengembara ke angkasa dan tinggal di Mahligai Phrom dalam jangka masa yang tersangat lama.

Buddha menjelaskan lagi bahawa menjadi perkara biasa, di kalangan makhluk tersebut, siapa yang lahir dahulu, dia pasti berfikir begini:

"Kita jadi Phrom, jadi Maha Phrom, kita paling besar dan tiada siapa boleh menandingi kita. Kita berkuasa, kita Pencipta dan penentu segalanya. Kita merupakan bapa kepada semua makhluk yang sedang wujud dan bakal wujud. Segala makhluk adalah hasil ciptaan kita. Kenapa kita berkata begitu? Kerana kita berkata: 'Oh, mintalah ada makhluk lain dilahirkan di sini juga!' Beginilah niat hati kita. Maka makhluk lain pun dilahirkan di sini.

"Malahan makhluk yang dilahirkan kemudian pun menganggap kita sebagai Yang Mulia dan sebagai Phrom, sebagai Maha Phrom, Maha Besar yang tiada tandingannya, Maha Kuasa, Pencipta dan penentu kehidupan,  bapa kepada segala makhluk yang sedang wujud dan bakal wujud. Kenapa kami kata begitu? Kerana kami nampak Maha Phrom tersebut dilahirkan terlebih dahulu dan kami dilahirkan kemudian."

Begitulah lazimnya, di kalangan makhluk tersebut (para Phrom) makhluk yang dilahirkan dahulu mempunyai umur yang lebih panjang (lebih tua), mempunyai warna yang lebih cantik, mempunyai kedudukan yang lebih mulia. Manakala makhluk yang dilahirkan kemudian mempunyi umur yang lebih singkat, mempunyai warna yang kurang cantik, mempunyai kedudukan yang lebih rendah.

Dalam masa yang berikutnya, terdapat makhluk tersebut yang meninggalkan Mahligai Phrom kerana kehabisan usia dan bun-barami lalu dilahirkan ke dunia. (Dalam Sutta lain, kitab Tipitaka, dikisahkan bahawa manusia berasal daripada Phrom). Setelah dilahirkan ke dunia sebagai manusia, dia membuat keputusan meninggalkan rumah dan menjadi samana. Berkat usaha dan kegigihan, dia berjaya mencapai Ceto-Samadhi. Dia mampu mengingati Khandha yang pernah didiaminya pada kehidupan yang lampau. Manakala kehidupan yang lebih lama daripada itu tidak mampu diketahuinya.

Oleh sebab dia pernah dilahirkan di Mahligai Phrom, maka dia mampu mengingati semua apa yang ada di Mahligai Phrom. Bahkan apa yang dipercayai dan dilihat di Mahligai Phrom itulah dijadikan pegangannya di dunia. Oleh itu, dia pun berkata bahawa: "Siapa jadi Phrom, jadi Maha Phrom, Dialah Maha Besar yang tiada siapa dapat menandinginya. Maha Phrom adalah Maha Kuasa, Maha Pencipta, penentu kehidupan segala makhluk, bapa kepada semua makhluk yang sudah dilahirkan, sedang dilahirkan dan akan dilahirkan. Maha Phrom yang mencipta kita, adalah Maha Phrom yang kekal abadi, tidak berubah selama-lamanya. Manakala kita sebagai hasil ciptaan Maha Phrom tidak kekal, hidup sementara dan usia begitu singkat. Kelahiran dan kematian adalah perkara biasa."

Dari sinilah, manusia di dunia mengalami kekhilafan dalam kepercayaan dan kebenaran. Kerana terpengaruh dengan manusia yang pernah dilahirkan di alam Phrom, maka Maha Phrom disangka Pencipta yang mengawal dunia dan segala makhluk di dalamnya.

Begitulah penjelasan Buddha tentang perkara yang dianggap unggul dan istimewa oleh masyarakat Brahmana pada zaman tersebut. Baginda mengetahui kebenaran tersebut dengan jelas lalu tidak melekat padanya. Sebaliknya, Baginda menggunakan kaedah sendiri mencari kebenaran sehingga berjaya mencapai Pencerahan Sempurna.

(Rujukan: Kitab Tipitaka)

Jelaslah kepada kita bahawa kepercayaan tentang "Maha Phrom sebagai Pencipta" berpunca daripada manusia yang pernah dilahirkan di alam Phrom iaitu yang tinggal di mahligai Phrom. Oleh sebab tahap mindanya cuma Ceto-Samadhi, dia hanya mampu mengingati kehidupannya di mahligai Phrom sahaja yang menganggap Phrom yang dilahirkan dahulu sebagai Maha Phrom. Sedangkan hakikatnya, kesemua Phrom di situ berasal dari alam Apassara Phrom (Alam Phrom atau Brahma-Loka ada banyak). Buddha pula mempunyai minda Ceto-Vimutti dan mampu mengingati kesemua kehidupan, termasuk semua kehidupan alam Phrom, sebagaimana yang dikehendaki. 

8 comments:

Anonymous said...

Tulisan memberi pencerahan kepada saya tentang teori percaya kepada Tuhan. Saya telah tanya kepada beberapa orang sami tentang asal-usul dunia dan isinya tetapi tiada jawapan yang diberi. Mereka kata Buddha tidak pernah mengajar. Bila baca tulisan Tuan Pena baru saya tahu perkara ini ada dalam kitab Pratraipidok. Tetapi sami-sami tidak membaca. Terima kasih Tuan Pena.

Anonymous said...

Bila tarak baca memang tarak tau. Tapi lukis yan dan beli jual amulet pandai pulak. Tu lah, sami sami moden saman kini.

Anonymous said...

Sami RM idup dengan menipu cina makan. Kasi karate baru tau.

Anonymous said...

Tulisan yang hebat terima kasih kerna beri link Kitab Topitaka bagi rujukan.

Sejak jumpa blog KSB saya baru kenal kitab suci Tipitaka. Harap KSB kekal tulisan dari kitab suci.

Anonymous said...

Blog dhamma BM terbaik salute...

Anonymous said...

Maklumat yang terbaik. Kepercayaan ketuhanan berpunca dari kesilapan juga keangkuhan phra phrom yang ingat dia paling besar dan pencipta.Kesilapan di bawa ke dunia dan tersebar ke merata tempat Barat dan Timur hingga hari ini.

Anonymous said...

sawasdee

Syabas teruskan usaha murni.saya lebih byk belajar dr blog ini. Terima kasih atas usaha gigih tuan pena.Sadhu sadhu

pena reformasi said...

Terima kasih kerana terus membaca KSB. Dhammadana saya tak akan ke mana tanpa para pembaca.

Kita sama-sama belajar dan berbesar hati saya sekiranya dapat kita berkongsi Dhamma.