Tuesday, May 8, 2012

Pokok Bodhi: Betulkah Pokok Suci?



Pokok Bodhi berusia lebih 200 tahun tumbang menimpa kedai makan. Dua orang cedera. Malapetaka ini berlaku di Wat Saphan, Chainat, Thailand. (Sumber:Khaosod). Kenapa saya tulis tentang pokok Bodhi yang tumbang? Sebab pokok ini dianggap 'istimewa' oleh kaum Buddhis.

Pokok Bodhi dianggap pokok istimewa oleh kaum Buddhis. Oleh sebab itulah, hampir setiap wat ditanam pokok ini.

Pokok Bodhi dianggap istimewa kerana di bawah pokok inilah Buddha mendapat Pencerahan Sempurna atau Trassaru; satu daripada 3 Kebesaran yang diraikan pada Hari Wesak. Bagi kaum Buddhis yang melawat Bodhgaya, India pasti tidak akan terlupa membawa balik daun Bodhi sebagai cenderamata.

Nama saintifik pokok Bodhi ialah Ficus religosa L. Nama lain ialah Sacred Fig dan pipal. Pokok ini daripada keluarga Moraceae, Genus-Ficus. Pokok ini dinamakan pokok Bodhi sempena nama Buddha. Semua pokok, tidak kira pokok apa, jika Buddha mendapat Pencerahan Sempurna di bawahnya akan dinamakan pokok Bodhi.


Bercakap tentang pokok Bodhi, mengingatkan saya kepada kisah lucu Acarn Tho Prommarangsi (Somdej Buddhacarn Toh),Wat Rakhang Kositaram, Bangkok. Sebelah Wat Rakhang terdapat sebuah keluarga Muslim. Keluarga tersebut begitu hormat dan baik dengan Acarn Toh.

Di Wat Rakhang ada pokok Bodhi yang baru ditanam. Keluarga Muslim itu pula pelihara kambing yang dilepas berkeliaran. Pada suatu hari kambing masuk ke dalam wat lalu makan daun pokok Bodhi. Acarn Toh memberitahu tuan punya kambing bahawa kambingnya datang makan daun Bodhi. Tuan kambing bertanya balik, kenapa Acarn Toh sayang sangat dengan daun Bodhi.

Acarn Toh berkata pokok Bodhi dianggap istimewa oleh kaum Buddhis kerana Buddha mencapai Trassaru di bawah pokok tersebut. Tuan kambing berkata, itu pokok Bodhi di India. Pokok Bodhi yang dimakan kambing pokok lain. Acarn Toh diam.

Pada hari yang lain budak-budak suruhan wat pergi pinjam kuali daripada keluarga Muslim. Mereka rebus daging babi. Keluarga Muslim ternampak dan menegahnya tetapi budak-budak wat tidak dengar. Dia pergi berjumpa Acarn Toh dan melaporkan perkara tersebut.

Acarn Toh bertanya, kenapa kuali tidak boleh digunakan untuk rebus daging babi? Muslim itu berkata, babi haram bagi orang Muslim. Acarn Toh bertanya lagi, siapa beritahu? Nabi. Acarn Toh berkata, jika begitu babi yang haram babi di Arab. Babi Thailand tidak sama dengan babi di Arab. Muslim itu diam.

Ini cuma sebuah kisah lucu yang berpengajaran. Walaupun Acarn Toh dan keluarga Muslim yang hidup berjiran menghadapi 'masalah besar' tetapi tidak pernah menjadi punca pergaduhan. Persahabatan mereka tetap kukuh dan akrab.

Berbalik kepada kisah pokok Bodhi. Oleh sebab pokok Bodhi ada kaitan dengan Buddha, maka ada orang panggilnya pokok Buddha. Pokok Bodhi ini dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan. Ada orang percaya pokok Bodhi pokok yang suci yang mesti dijaga sebagaimana kita jaga imej Buddha. Ada orang percaya pokok Bodhi mempunyai kuasa luar biasa. Oleh itu, tidak boleh diperlakukan perkara tidak baik, akan ditimpa malang. Ada orang percaya pokok Bodhi dijaga oleh Dewa. Ada juga yang percaya pokok Bodhi ada penunggu yang keramat. Bermacam-macam kepercayaan yang ada.

Jika benar pokok Bodhi suci kerana ada kaitan dengan Buddha, ada kuasa luar biasa dan dijaga Dewa, kenapa tumbang menimpa orang hingga cedera? Bukankah benda suci tidak akan menyusahkan orang? Bukankah benda suci hanya memberi kebaikan, bukannya malapetaka?

Pokok Bodhi hanya sebatang pokok yang tumbuh daripada biji benih, membesar dan matang seperti pokok lain. Jika ada kaitan dengan Buddha pun cuma pada fikiran orang yang mahu mempercayainya. Pokok Bodhi yang Buddha mendapat Trassaru berada di India, khabarnya sudah lama mati. Pokok Bodhi yang ada sekarang di Bodhgaya pokok yang lain. Oleh sebab pokok Bodhi ada kaitan dengan Buddha, penganut agama Buddha menganggapnya suci. Realitinya tiada pokok yang boleh dikatakan suci. Buddha yang suci, bukan pokok Bodhi.

Walau apapun kepercayaan kita, pokok Bodhi tetap pokok yang istimewa bagi penganut agama Buddha.


7 comments:

Anonymous said...

Prawat Somdet pra putthachan toh memang ada cerita berkaitan kambing kambing Si Muslim tu. Somdet Toh memang pra yg berkarisma dan berintelek tinggi. Tu lah, phrak phrak yg berkaitan beliau disanjungi oleh golongan gila amulet, boleh dikatakan macam kultus pokok bodhi yg tuan pena ceritakan tadi.

pena reformasi said...

Somdej Wat Rakhang mahal tu. Ramai Phra dibunuh oleh penyamun Somdej. Yang terbaru, tauke resort dibunuh kerana jual Somdej palsu kepada taiko.

Anonymous said...

Banyak laporan berita berkaitan penjual amulet Bangkok kena samun apatah lagi dibunuh kerana phrak phrak tersebut. Lagi dibunuh lepas meeting dengan pembeli dalam wat.

Orang takakan mati untuk dhamma, untuk Vinaya, untuk panna. Tapi akan membunuh dan dibunuh untuk benda-benda segi empat tu.

Anonymous said...

Tuan Pena yang dihormati,

Apakah pandangan Tuan tentang amulet super power yang orang Thai panggil saksit? Betulkah ada benda begini?

Anonymous said...

Tuan Pena, maaf saya ingin membetulkan jawapan muslim tersebut mengenai babi. Sebenarnya benar nabi yang kata babi haram bagi orang muslim tetapi Tuhan kami iaitu" Allah" yang memberi wahyu dan perintah kepada baginda. Firman Allah mengenai pengharaman makan babi terdapat dalam Al Quran kitab suci kami.

Kesimpulannya begini. Pengharaman makan babi adalah perintah Allah. Oleh kerana perintah Allah, maka baginda turut mengharamkannya melalui sabda baginda yang dikenali sebagai Hadis. Jadi, bukan nabi yg kata babi haram dimakan tetapi Allah yang berfirman babi haram dimakan. Jdi ada bezanya jawapan muslim trsbut yg mngatakan " nabi yg kata haram" jika tuan benar2 faham.

Dalam agama Islam. Babi dan anjing haram dimakan.tetapi tiada larangan menyentuh babi dan anjing. Bahkan dalam Quran sendiri tidak ada pengharaman menyentuh anjing dan babi. Cuma mentaliti orang Melayu yg mengatakan babi dan anjing haram disentuh. Cuma sebagai muslim kami mesti " menyamak/samak" selepas mnyentuh babi dan anjing.

Anonymous said...

Moga tuan pena faham dan diberikan pencerahan. :) - Islam itu agama yg mudah.

Tiada paksaan dalam agama Islam - surah Al Baqarah ayat 256.

Anonymous said...

Ooooo.....susah dijadikan senang.