Wednesday, May 9, 2012

Sami Langgan Seks Kanak-Kanak





Ini bukan Somdej, bukan Phra Kru, cuma sami biasa di sebuah wat di sekitar Bangkok. Sami ini ditangkap kerana membeli seks kanak-kanak perempuan yang berusia di bawah 15 tahun. Kanak-kanak malang ini dijual oleh ibunya sendiri kepada sami iblis ini. Wanita yang juga ibu iblis itu turut ditangkap. 

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas (2011) dan dipaparkan di sini sebagai pengajaran kepada kaum Buddhis yang begitu hormat kepada Sangha. Paparan ini bukan bertujuan mengaibkan Bhikkhu atau menjatuhkan maruah Sangha, tetapi sebagai renungan kita semua. 

Sejak kebelakangan ini pelbagai perkara buruk berlaku di kalangan Sangha, misalnya membunuh, merogol, minum arak, ketagih dadah, jual dadah, guy dan sebagainya. Perlakuan buruk Sangha sedikit sebanyak telah menyebabkan orang hilang hormat kepada Sangha. Satu kajian yang pernah dilakukan oleh sebuah universiti di Thailand, orang awam Buddhis yang tidak masuk wat salah satu sebabnya ialah "hilang kepercayaan dan keyakinan (Sattha)" terhadap Sangha. Jumlah mereka ini semakin bertambah setiap tahun. Bagaimana pun, mereka masih yakin dengan Buddha dan Dhamma. 

Dan sami dalam gambar di bawah pula ditangkap kerana mabuk arak dalam kutti di sebuah Samnak Song. Orang kampung buat laporan kepada polis. 


 
 
 
 
 
 
 






2 comments:

Anonymous said...

Saya pun hilang yakin dengan sesetengah Sangha. Kawan saya pernah alami detik hitam. Dia dibawa ibunya ke sebuah wat bagi dimandikan kononnya terkena buatan orang. Masa mandi sami pegang buah dada dia. Dia tak beritahu ibunya kerana takut dan tak mahu cerita jadi panjang.

Bukan semua sami boleh percaya.

Anonymous said...

Blog yang menarik. Penyampaian dharma bersama kritikan agama.