Sunday, June 24, 2012

Dhamma Chedi: Manuskrip Lama Dari Lembah Bamiyan

Thailand "menjemput" datang manuskrip agama Buddha yang tertua di dunia.



Pada tahun 2010 kerajaan Thailand meminjam "Dhamma Chedi" iaitu manuskrip agama Buddha yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia melebihi 2000 tahun daripada kerajaan Norway. Upacara "menjemput" datang Dhamma Chedi ini dilakukan secara besar-besaran dan penuh dengan adat istiadat.

Manuskrip bernilai tinggi ini disimpan di Thailand selama 3 bulan, iaitu dari November 2010 - Februari 2011 untuk tatapan kaum Buddhis. Ramai kaum Buddhis mengambil peluang "memberi penghormatan" kepada manuskrip tertua tersebut. Manuskrip yang disimpan di Universiti Oslo, Norway merupakan "induk" kepada Kitab Tipitaka yang ada sekarang.


Istilah "Dhamma Chedi" merupakan simbol yang merujuk kepada ajaran Buddha sebelum Parinibbana. Istilah ini kemungkinan berpunca daripada pertanyaan Phra Anon kepada Buddha bahawa selepas Buddha mangkat, siapakah yang bakal dilantik mengetuai agama Buddha menggantikan Baginda. Buddha berkata pengganti Baginda ialah Dhamma. Dari sinilah, selepas kemangkatan Buddha, para pengikut mula mencatatkan Dhamma dalam daun kayu, kulit kayu, kulit haiwan, di permukaan batu, di menara batu dan sebagainya. Catatan-catanan ini dipanggil Dhamma Chedi.



 
Sejarah Manuskrip





Sewaktu tercetuskan perang Taliban, ramai penduduk Afghanistan yang melarikan diri daripada peperangan telah bersembunyi di dalam gua di Lembah Bamiyan. Mereka menjumpai banyak tempayan di dalam gua. Apabila dibuka, didapati terdapat manuskrip lama - ada yang dalam kepingan yang sempurna dan ada yang telah rosak dan berkeping-keping kecil. Apabila terpaksa melarikan diri semula, penduduk membawa keluar bersama mereka manuskrip tersebut. Perkara ini berlaku berulang kali. Lembah Bamiyan merupakan jalan sutera antara China, India, Timur Tengah dan Eropah.

Manuskrip lama itu telah bertukar tangan beberapa kali dari Afghanistan ke Pakisan kerana takut dimusnahkan oleh Taliban. Manuskrip pertama jatuh ke tangan Schøyen Collection, Norway yang dibeli daripada penjual barang lama di kota London pada tahun 1996. Profesor Jens Braavik dari Universiti Oslo bertanggungjawab meneliti dan mengkaji manuskrip ini. Hasil kajian mendapati bahawa manuskrip lama ini ditulis sejak lebih 2000 tahun dahulu yang merupakan manuskrip tertua di dunia. Pada era awal kemangkatan Buddha, Afghanistan pernah menjadi pusat pendidikan agama Buddha. Mungkin pada zaman inilah manuskrip ditulis. 

Dari tahun 1997-2000 kerja-kerja membawa keluar manuskrip dari Lembah Bamiyan dilakukan. Kerja-kerja mengumpul dan menyusun manuskrip dilakukan dengan teliti oleh pihak arkeologi Norway. Manuskrip ditulis dalam daun lontar, kulit kayu dan kulit haiwan. Terdapat 5000 keping yang masih sempurna dan 7000 keping (ada yang mengatakan 8000 keping) yang telah rosak menjadi serpihan-serpihan kecil.

Tahun 2001, Patung Buddha Bamiyan (klik untuk bacaan wikipedia bahasa Indonesia) diletupkan yang mengambil masa 6 hari. Pembinaannya mengambil masa 100 tahun, tetapi memusanhkannya cuma 6 hari. Anicca. 


Dan kerajaan Taliban yang angkuh dan menolak toleransi agama itu pun akhirnya ranap dari bumi Afghanistan oleh kuasa Amerika Syarikat dan sekutunya. Karma segera yang tidak perlu menunggu mati. Walau apapun, sejarah baru tercatat bahawa Afghanistan pernah menjdi pusat kegemilangan agama Buddha pada zaman lampau. Patung Buddha dan manuskrip lama adalah buktinya. 


(Klik di sini untuk bacaan bahasa Inggeris)

Daripada manuskrip ini, dua perkara yang berbeza antara Thailand dan Norway dapat kita lihat. Norway melihat manuskrip tua ini sebagai sumber ilmu dan diletakkan di Universiti Oslo untuk kajian lanjut oleh sesiapa yang berminat. Thailand pula "menjemput" datang dengan upacara besar-besaran kerana melihat manuskrip tua ini sebagai benda yang saksit, suci dan harus dipuja. Orang ramai diberi peluang untuk memberi "penghormatan" kepada manuskrip ini.

Sudut pandangan kaum Buddhis Thailand (termasuk kita) beginilah yang menjadi punca kepada kemunduran pemikiran terhadap Dhamma. Benda yang sepatutnya dilakukan kajian lanjut telah dijadikan benda suci dan saksit yang harus dipuja dan disembah. Kitab Tipitaka misalnya, disimpan di dalam almari emas yang berkunci di wat-wat Buddha sebagai tatapan dan simbol Dhamma semata-mata. Sesiapa yang ingin membaca ditegah kerana takut rosak. Mentaliti begini sepatutnya tiada pada kaum Buddhis yang diajarkan agar mementingkan kebijaksanaan.

6 comments:

RickyFlaming said...

Great Findings

Anonymous said...

Hala Phra Puttha Sasana warga Thai semakin mendekati ciri-ciri agama Buddha Mahayana dan Tantrik dimana maksud dan detik detik dhamma winai tidak penting lagi. Manakala, upacara lebih penting. Inilah, arah Puttha Sasana Thai.

pena reformasi said...

Saya setuju dengan saudara bahawa masyarakat Thai makin jauh drp ajaran Buddha kerana mengutamakan upacara dan ritual.

Anonymous said...

Buddha meninggalkan warisan kebijaksanaan kepada kita tapi kita tukar kepada agama ritual.

Anonymous said...

Setiap masyarakat ada kepercayaan ritualnya sendiri. Ini kepercayaan individu saya sahaja, mungkin orang lain tidak. Misalnya, orang Melayu ada puja pantai, main teri dll, orang India dan Cina pun sama. Orang Asli lagi kuat kepercayaan ritual mereka. Pada pendapat saya, dalam kalangan orang Siam, sama ada di malaysia atau di Thailand sendiri mereka telah campur adukkan antara ajaran Buddha dengan upacara puja ritual masyarakat setempat. Perkara ini menjadi teruk apabila tiada pihak yang memantau, maka ianya semakin berkembang dan berdominan sehingga tegal dalam masyarat Siam. Itu saja, apa pendapat anda? Mungkin blog seperti KSB ini akan dapat membantu menyedarkan generasi Siam baru, dan diharap suatu masa nanti kita akan dapat berfikir serta memisahkan dalam pemikiran kaum kita, apa itu ajaran agama, dan apa itu ritual yg dianuti dan diajari oleh nenek moyang kita dari dulu lagi. Sila komen pendapat saya. Kalau saya salah, maka saya minta maaf pada masyarakat Siam semua. TQ

pena reformasi said...

Saya setuju dengan saudara Anon 1.57pm bahawa semua kaum ada ritual masing-masing. Ritual boleh diamalkan asalkan tidak memesongkan kepercayaan agama. Kita mesti berusaha memisahkan ritual daripada agama.