Tuesday, June 12, 2012

Tangkap Bhikkhu Pengemis


Thailand - Pihak berkuasa agama Buddha menangkap seorang Phra Bhikkhu (57th) bersama seorang wanita (38th) iaitu Chi Brahm (Ma Chi yang tidak cukup rambut) dan sebuah kereta Toyota. Hasil pemeriksaan di dalam kereta terdapat sampul phapa (derma), wang tunai dan vatthu mongkul. Bhikkhu ini menjadi Bhikkhu secara sah tetapi hidup seperti Bhikkhu alacchi. Inilah yang dipanggil perompak masyarakat secara terhormat.

Mereka berdua akan memandu kereta ke tempat tertentu untuk bindabart di samping pergi minta derma daripada orang ramai. Selepas bindabart, mereka segera menyalin pakaian dan pergi berehat di tempat lain.

Mereka akan didakwa kerana "menipu orang ramai" dan "mempengaruhi orang ramai supaya percaya dan tambun (membuat pahala) dengan mereka dengan memakai pakaian Bhikkhu" dengan niat untuk menipu.

Alangkah baiknya jikalau Malaysia juga ada undang-undang begini.

Bacaan lanjut klik (Khaosod)

Bhikkhu cari makan dengan menipu begini tidak layak dipanggil Bhikkhu. Di Malaysia pun ramai. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Johor, Pinang dan sebagainya bersepah-sepah. Mereka biasa datang cari makan berpasangan. Suami pakai jubah kuning dan isteri pakai sari putih. Ada yang asalnya Bhikkhu betul dan ada yang palsu. Pengemis agama ini merosakkan imej agama Buddha.

Masalah begini boleh diatasi sepenuhnya jikalau penganut mempunyai kesedaran dan mampu membezakan Bhikkhu tulen daripada Bhikkhu palsu atau alacchi.

Persoalannya, apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membezakan Bhikkhu tulen daripada Bhikkhu palsu atau alacchi?

Lazimnya, Bhikkhu tulen dibezakan daripada Bhikkhu palsu melalui Vinaya. Bhikkhu tulen hidup mematuhi Vinaya, manakala Bhikkhu palsu melanggar Vinaya. Ini kaedah yang paling mudah dan tepat. Jika bindabart sebelah petang atau malam, sah ini Bhikkhu palsu atau alacchi. Jika makan malam, minum beer, berjudi dan simpan perempuan sah, ini bukan Bhikkhu tulen. Jika meminta orang tambun dan derma duit untuk kegunaan sendiri, sah ini pun bukan Bhikkhu tulen. Sebenarnya tidak susah untuk membezakan Bhikkhu tulen daripada Bhikkhu palsu atau alacchi.

Masalahnya, Bhikkhu yang tinggal di dalam Wat Thai juga ada yang melanggar Vinaya seperti Bhikku palsu atau alacchi. Adakah boleh mereka dikategorikan sebagai alacchi? Inilah kerumitan yang sukar dileraikan.

Tentulah tidak memberi apa-apa makna kita bersusah payah membanteras Bhikkhu palsu di jalanan sedangkan yang tinggal di dalam Wat Thai pun diragui ketulenannya kerana hidup tidak mematuhi Vinaya?




No comments: