Saturday, July 14, 2012

Peralatkan Agama Cari Makan


Saya telefon nombor tertera. Seorang wanita jawab: "Mahu jumpa Guru?" Dia bercakap Melayu lohgat utara. Untuk kepastian, saya bertanya tentang alamatnya. Dia beritahu alamat seperti tertera. Apabila saya minta butir-butir lebih perinci, dia terus putuskan talian dan tidak mahu jawab panggilan saya lagi.

Lihatlah betapa malangnya agama kesayangan kita dieksploitasi dan dijadikan alat cari makan manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Saya jumpa poster seumpama ini bukan sekali, tetapi telah banyak kali. Saya rasa anda pun pernah jumpanya.

Bagi mereka yang tidak tahu tentu percaya bahawa ini benar-benar melibatkan agama Buddha. Sedangkan pada hakikatnya penipuan belaka. Masalahnya yang rosak ialah imej agama Buddha.Tilik nasib dan memberi nombor ramalan dilarang keras oleh Buddha tetapi perkara inilah yang suka sangat dilibatkan dengan agama Baginda.

Adakah kita selaku penganut akan berdiam dir dan membiarkannya begini tanpa melakukan apa-apa?




6 comments:

Anonymous said...

Banyak juga sindiket-sindiket Cina yg bawa por than dari Thailand cari untuk cari makan kat sini. Ade juga tok than gelaran Chau Khun pernah dijemput ke kedai...ya bukan wat, tapi kedai jenis jual beli amulet sambil cari makan dengan tuan punyu kedai beberapa hari sahaja.
Tampal keping emas, tiup atas kepala...dapat angpau. Senang je.

pena reformasi said...

Inilah masalahnya kerana Tok Than yang bergelar Chau Khun membuat teladan tidak baik (tampal keping emas) "long nak na thong" kepada orang.

Anonymous said...

Puak cari makan dengan sewa rumah guna nama agama satu hal. Puak duduk dalam wat cari makan tilik nasib bagi nombor ekor, buang sial, jual tangkai azimat, sakyan, makin tambah. Apa nak jadi dengan agama kita.

Anonymous said...

Tuan Pena, hari tu saya pergi sebuah wat terdengar sekumpulan phra song duduk sembang pasai blog tuan. Mereka kata dhamma tuan boleh tahan tapi blog tuan sangat bahaya kerana berani dedah keburukan phra song. Phor than yang tua beri nasihat supaya phra song duduk baik-baik bagi tak ditulis dalam blog. Syabas blog tuan ada kesan baiknya. Sathuk.

pena reformasi said...

Biasalah, ada puji dan ada keji berpasangan.

Anonymous said...

Kalau tak nak kerja, pi buart. Mahu duit bersara, pi buart juga. Mahu duit poket, tilik nasib atau buat tangkai azimat. Mana ada satu wat terutamanya wat-wat lembah pantai yg tiada faciliti mandi bunga, kaunter jual azimat, doo duang, dan kotak kotak derma duit semerata tempat?