Wednesday, July 25, 2012

Sambuddha-Jayanthi 2600 Tahun: Apa Keistimewaanya?

Buddha-jayanthi atau Sambuddha Jayanthi dianggap hari yang penting bagi Theravada. Hari ini ada kaitan lansung dengan Hari Wesak. Buddha-jayanti bermaksud "ulang tahu" (anniversary) kelahiran agama Buddha atau ulang tahun kemenangan Baginda Buddha. Kelahiran agama Buddha dikira bermula dari Hari Wesak di mana Buddha mencapai Trassaru (Pencerahan Sempurna). Istilah Buddha-jayanthi digunakan di Thailand, Sri Lanka dan Myanmar. 

Pada tahun 2012 (BE 2555) merupakan ulang tahun ke 2600 Buddha mencapai Trassaru (The Celebration of 2,600 Years of the Buddha’s Enlightenment). Tahun BE (Buddhist Era) dikira dari hari Buddha parinibbana. Selepas mencapai Trassaru, Buddha menyebarkan ajaran selama 45 tahun. Maka, 2555 + 45 = 2600. 

Biasanya setiap 50 atau 100 tahun perayaan ulang tahun agama Buddha akan disambut secara besar-besaran di beberapa negara Theravada. Pada tahun BE 2500 Thailand pernah mengadakan perayaan ulang tahun Parinibbana secara besar-besaran. 

Jikalau kita mahu meraikan Buddha-jayanthi ke 2600 tahun, kita sewajarnya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Buddha-Dhamma. Kita cuba renung kembali ke zaman Buddha.

Selepas Trassaru, Buddha seperti kebuntuan untuk menyebarkan Dhamma yang diperolehinya kerana Dhamma tersebut terlalu rumit. Maha Brahma lalu datang memohon kepada Buddha supaya menyampaikan Dhamma tersebut kerana masih ada manusia yang mampu memahaminya. Maka individu pertama yang terlintas di fikiran Buddha ialah 2 Maha Resi yang pernah menjadi guru Baginda. Malangnya kedua-dua Maharesi itu sudah meninggal dunia. Buddha teringat pula kepada Pancavakkhi (Kondanya, Vappa, Bhaddiya, Mahanama dan Assaji).

Oleh itu, apabila kita meraikan Buddha-jayanthi, kita mesti fokus pada Dhamma iaitu penyebaran Dhamma kepada masyarakat kerana ini yang dilakukan Buddha selepas Trassaru. Sekiranya mahu sohor, boleh sahaja jemput Bhikkhu berwibawa menyampaikan Dhamma selama 7 hari 7 malam, atau 3 malam di setiap wat, atau boleh juga diadakan ceramah Dhamma di stadium bola sepak, atau duduk Vipassana, atau apa-apa sahaja yang berkaitan "menyebarkan Buddha-Dhamma" kepada masyarakat. Mampukah kita? 

Selepas Trassaru, Buddha tidak pernah terfikir untuk pergi minta-minta daripada masyarakat, minta duit dengan sesiapa, minta modal bina kediaman, bina bangunan, minta bantuan bina tempat mengajar Dhamma dan sebagainya daripada masyarakat. Jikalau Buddha mahu, Buddha akan mendapat lebih daripada yang dikehendakinya. Ayahanda Buddha seorang raja yang kaya. Harta bertimbun-timbun. Akan tetapi Buddha menolak semua kekayaan. Buddha cuma mahu makhluk melepasi kesengsaraan hidup. Buddha amat kesian melihat manusia hidup menderita.

Oleh sebab itulah, selepas Trassaru, Buddha terus menyampaikan Dhamma. Kita yang meraikan Buddha-jayanthi sewajarnya mengikut jejak Buddha. Malangnya apa yang kita lakukan bercanggah dengan langkah Buddha. Buddha melangkah ke kanan, kita melangkah ke kiri. Kita meraikan hari kebesaran ulang tahun Trassaru Buddha tetapi melakukan perkara yang tidak disuruh Buddha. 

Kita (baca: pihak wat Buddha) mengambil kesempatan "mencari duit masuk wat" dengan menumpang nama Buddha. Pelbagai alasan dan tujuan diberikan. Namun, hakikatnya kita "meminta" daripada masyarakat. Sedangkan Buddha "memberi" kepada masyarakat. Dua perkara yang berbeza bagai langit dan bumi. Buddha memberi dan kita meminta. 

Seandainya anda ialah Buddha, adakah anda berasa terhina? Anda memberi bantuan kepada masyarakat. Manakala ada individu tertentu menggunakan nama anda untuk meminta bantuan daripada masyarakat. Apakah perasaan anda?

Buddha-jayanti; ulang tahun berkaitan dengan Buddha. Kita selaku penganut sepatutnya menyambut atau meraikannya dengan penuh kesedaran untuk kebaikan agama kita, bukannya mengambil kesempatan meminta daripada masyarakat. 












6 comments:

Anonymous said...

Tepat sekali tuan pena. Lihatlah hari visakha bucha di wat tempatan. lilin/api - RM 10, pit thong luang por thuat/phra prom - Rm 10. lihat kiri, pusing kana - minta duit lagi.

Anonymous said...

Kalau pit thonng baik apasai tak sami tak buat sendiri. Lain kali bawa patung buddha dari rumah minta tok sami pit thong RM10 sekeping depa mau tak?

Anonymous said...

Orang Siam dilahir untuk ditipu. Pergi wat ditipu sami. Masuk politik ditipu YB. Masuk FB ditipu kaki putar belit.

Anonymous said...

Tima kasih datuk berikan info berguna.

Anonymous said...

Blog KTB banyak memberi/ menyebarkan Buddha-Dhamma yang sangat berguna. Teruskan usaha murni ANDA..sathukx3

pena reformasi said...

Terima kasih kerana masih setia bersama KTB.