Sunday, July 29, 2012

Sejarah Wan Phra

Wan Phra (วันพระ)

Pada zaman Buddha, para samana atau nakhbuard dari agama (kepercayaan) lain akan berkumpul memberi khutbah agama kepada masyarakat mengikut kepercayaan masing-masing pada hari 8 kham, hari 15 kham atau hari 14 kham pada setiap bulan. Masyarakat pula akan membersihkan diri, berpegang pada Sila sebelum pergi mendengar khutbah. Mereka melakukan perkara ini sejak sekian lama sebagai satu kelaziman dalam kepercayaan masing-masing.

Raja Bimbisara, Raja Magadha ketika itu berasa aktiviti tersebut amat baik dan Sangha agama Buddha wajar berbuat begitu juga bagi menambahkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap agama Buddha. Baginda lalu mempersembahkan perkara tersebut kepada Buddha. Buddha membenarkan. 

Perjumpaan Sangha yang dibenarkan Buddha berkembang dari satu tahap ke satu tahap. Dari perjumpaan pertama yang hanya datang duduk diam, kemudian mula memberi khutbah dhamma. Selepas itu, dibenarkan suat Patimokkha iaitu "menghitung kembali" setiap Vinaya yang diamalkan Sangha. Selain itu, bhikkhu yang melanggar Vinaya juga dibenarkan "membuat pengakuan salah" di hadapan Sangha agar kesalahan itu dapat "dibersihkan". Perkara ini dilakukan setiap hari Uposatha (Thai: Ubosot) iaitu hari 8 kham, hari 14 kham atau hari 15 kham setiap bulan seperti kepercayaan lain.

Hari Ubosot, iaitu hari 8 kham, 14 kham atau 15 kham setiap bulan (satu bulan ada 4 hari iaitu bulan naik dan bulan turun) merupakan hari penting bagi aktiviti Sangha. Sebab itulah masyarakat Thai panggil wan phra.  Kepentingan wan phra ialah:

1. Sangha akan berjumpa dan berkumpul beramai-ramai. Ini akan menjalinkan perpaduan di kalangan Sangha. Sangha yang jauh boleh didekatkan. Sangha yang dekat boleh dieratkan. Perpaduan Sangha merupakan kunci kepada keutuhan agama Buddha.

2. Sangha membaca Patimokkha untuk "menghitung kembali" setiap Vinaya yang menjadi amalan wajib Sangha. Ini penting agar Vinaya sentiasa dihafal dan diingati. Bhikkhu yang melakukan kesalahan Vinaya dibenarkan membuat pengakuan terbuka supaya bhikkhu tersebut dapat dinasihati dan tidak mengulangi kesalah yang sama pada masa hadapan. Amalan ini dapat mengukuhkan Sangha. 

3. Pada hari penting ini penganut juga mengambil peluang mendengar dhamma, membuat dana, menjaga Sila dan melakukan Samadhi pavana. Penganut mempunyai rutin lain yang harus dibuat. Bukan mudah untuk melakukan aktiviti agama setiap hari. Oleh itu, wan phra dipilih sebagai hari melakukan aktiviti agama pada setiap bulan. Aktiviti yang bertentangan dengan Sila, misalnya menyembelih haiwan atau aktiviti perburuan akan dihindari sama sekali. Jika hari lain tidak boleh menjaga Sila, sekurang-kurangnya boleh dijaga pada wan phra. 


Aktiviti suat Patimokkha (turun ubosot), mendengar dhamma, membuat dana dan sebagainya pada wan phra dilakukan mengikut tradisi kepercayaan lain yang terdahulu. Ini menunjukkan bahawa mengadaptasi aktiviti yang baik daripada agama lain tidak menjadi kesalahan selagi aktiviti tersebut tidak bercanggah dengan peraturan agama Buddha.

Contohnya, aktiviti menziarahi orang sakit di rumah atau di hospital, memberi semangat dan harapan kepada mereka selalu dilakukan oleh samana agama lain di negara kita. Perbuatan begini sangat baik kerana dari segi psikologi ia dapat meringankan beban pesakit. Dahulu, Ketua Bhikkhu atau bhikkhu biasa di kampung kita juga ada melakukan aktiviti menziarahi orang tua, orang uzur dan sebagainya. Orang Thai (kaum Buddhis) yang sakit biasanya apabila dapat melihat kedatangan bhikkhu, mereka berasa amat berbangga dan gembira. Dari segi pikologi, ini dapat meringankan kesakitan mereka. Namun, sekarang aktiviti begini amat kurang, malah langsung tiada di kampung tertentu, kecuali keluarga pesakit yang pergi menjemput bhikkhu datang.

Pergi menjemput bhikkhu datang dengan bhikkhu datang sendiri atas kesedaran moral memberi impak psikologi yang berbeza. 





10 comments:

Anonymous said...

Tidak boleh praktis Sila hari biasa, cuba praktis pada wan phrak pun bagus. Andainya boleh jaga Sila Ubosot lagi bagus.

Anonymous said...

Phra sekarang mana ada long bot lagi, jarang benar sebab ramai phra muda tak tahu suat patimok.

Anonymous said...

Kenapa hendak menyata phra sahaja,lupa ker kita kepada diri kita sendiri. Agama buddha bukan untuk phra ,tapi untuk kita semua.

Anonymous said...

Kg Semerak tradisi phra berkunjung dan memberi sih kepada org tua yg tak dpt pergi ke wat kerna uzur masih ada lagi dan berharap ia berterusan.

Anonymous said...

Setiap orang antara kita ada tanggungjawab masing-masing kepada agama.Kita mesti bukan sekadar komen tapi lakukan kerja amal masing-masing.
Komen menjatuhkan maruah sesiapa tidak guna,kita mesti beramal mengikut agama buddha.

Thai Buddh said...

Setuju dengan Anon Aug 1, 8.38pm, semua kaum Buddhis bertanggungjawap masingx2 dan mengikut amalan agama Buddha.

Persoalanya sekarang ini, adakah amalan yang kita dibuat mengikut ajaran agama Buddha atau sekadar ikutan apa yang diamalkan oleh tok nenek kita dahulu...

Anonymous said...

KITA SEMUA MESTI BAIKI ATAU TOKOK TAMBAH SECARA SEDERHANA. TENGOK MACAM MANA AGAMA BUDDHA SAMPAI HINGGA HARI INI.KITA JANGAN MEMPERLEKEHKAN DATUK NENEK KITA.SADHU3

pena reformasi said...

Ubah suai secara berhemah tetapi masih dalam bingkai dhamma vinai tidak mengapa. Tokok tambah keterlaluan bagi memenuhi kilesa manusia bakal memudaratkan agama.

Thai Budd said...

Bukan hendak memperlekeh amalan dato nenek kita, cuma jika sesuatu amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Buddha, sepatutnya dikurangkan atau diperbetulkan.

pena reformasi said...

Khon Thai kita terlalu pentingkan "kulit" daripada "teras".