Monday, July 30, 2012

Semakin Belajar, Semakin Tidak Tahu

Buddhadasa Bhikkhu pernah berkata: "Semakin belajar agama Buddha, semakin tidak tahu agama Buddha." Ini kerana pendidikan agama Buddha (kelas/sekolah/universiti Dhamma) semakin teruk, membuatkan orang ghairah dengan pengetahuan, ghairah dengan kelazatan pengetahua, ghairah dengan penaakulan mengikut disiplin falsafah, ilmu logik dan sebagainya. 


Agama Buddha yang tulen, tidak dimaksudkan pengetahuan, tetapi dimaksudkan dhamma tulen yang berupaya memusnahkan kemelekatan (clinging). Oleh itu, semakin belajar Kitab Tipitaka, semakin seronok hingga orang dahulu pernah mengumpamakan Kitab Tipitaka seperti devi syurya yang cantik jelita yang boleh mengikat hati pelajar. 


Kenyataan Buddhadasa ini telah mengejutkan banyak pihak, terutama pihak yang menggubal silibus, pihak yang mencipta sistem pembelajaran, pihak yang mengajar dan para pelajar sekalian. 


Daripada pengalaman saya amat setuju dengan pandangan beliau. Sistem pendidikan agama Buddha yang kita belajar di kelas atau sekolah Dhamma di kampung kita sangat teruk, ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi. Sistem lapuk ini hanya mampu melahirkan pelajar yang ilmu pengetahuan agamanya begitu daif. Mereka cuma hafal istilah-istilah dan ingat makna-maknanya tetapi tidak faham dhamma tulen. Pemikirannya bukan sahaja tidak berkembang, bahkan kaku dan beku. Dan yang lebih teruk, mereka tidak pandai mengaplikasikan ke dalam kehidupan harian. Kita mengharapkan mereka membawa pembaharuan dalam agama dengan membawa masyarakat menyelami dhamma tulen dengan meninggalkan ritual yang lapuk. Namun, apa yang mereka mampu lakukan ialah hanyut ikut arus seperti ikan mati di sungai.

พุทธทาส อาตมาพอใจที่ได้พบข้อเท็จจริง ท่านผู้ฟังทั้งหลายลองพิจารณาดู ข้อเท็จจริงที่เกี่ยวกับพุทธบริษัทชาวไทยนั้นเป็นอย่างไรในกรณีที่เกี่ยวกับการศึกษาและการรู้พุทธศาสนา ข้อที่อาตมาว่า ยิ่งศึกษาพุทธศาสนายิ่งไม่รู้พระพุทธศาสนานั้น หมายความว่า มันยิ่งทำให้เลอะ และหลงใหลในความรู้ ในรสอร่อยของความรู้ ในความนึกความคิดของการใช้เหตุผลตามหลักปรัชญา ตรรกวิทยา หรืออะไรๆ มากขึ้น
พระพุทธศาสนาที่แท้นั้นเรามิได้หมายถึงความรู้ แต่เราหมายถึงตัวธรรมะแท้ที่ทำลายความยึดมั่นถือมั่น ยิ่งศึกษาพระไตรปิฎกก็ยิ่งสนุก จนคนโบราณยุคหนึ่งเรียกพระไตรปิฎกว่านางฟ้า (วาณี) ทั้งสวยอะไรสารพัดอย่าง เป็นที่ลุ่มหลงของนักศึกษาสามารถที่จะผูกรัดจิตใจของนักศึกษานี้ ให้มัวเมาในนางฟ้านี้ได้ อาตมาได้เคยประสบมาแล้ว
.............................................


        ข้อที่ว่าให้ดูที่ตัวทุกข์หรือโลกหรือชีวิตตน เขามีความหมายเฉพาะ พระพุทธเจ้าท่านตรัสคำว่า โลกกับคำว่า ทุกข์ นี้แทนกัน หมายถึงปัญหาต่างๆ ที่มันเกิดเป็นทุกข์ขึ้นมา ตัวโลกแท้ๆ นั้นมันไม่เป็นทุกข์เป็นสุข แต่ทว่าเมื่อใดมีความยึดมั่นถือมั่นในโลกในลักษณะว่ามีตัวเราหรือของเราแล้ว โลกนี้จะเป็นทุกข์ขึ้นมาทันที โลกนี้จะหมายถึงอะไรๆ ก็ได้ หมายถึงทุกสิ่งทุกอย่าง หมายถึงเกียรติยศชื่อเสียง ทรัพย์สมบัติ บุตรภรรยา ในวงแคบๆ อย่างนี้ก็ได้ ยึดมั่นเมื่อไรก็มีความทุกข์เมื่อนั้น ไม่ยึดมั่นเมื่อไรไม่มีความทุกข์เมื่อนั้น แต่ไปเรียนในเวลาอื่นไม่ได้นอกจากเรียนเอาเวลาที่มีความทุกข์เท่านั้น มันต้องใช้เวลามีความทุกข์นั่นแหละเป็นวินาทีทอง เป็นนาทีเพชร ที่วิเศษสุดที่จะศึกษาพระพุทธศาสนา 
................................................................



8 comments:

Anonymous said...

Belajar nakhtham kelas A bila Yure datang ikut Yure. Bila Dhammakai datang ikut Dhammakai. Masa Luang Pho Khun top pergi tanam tangkai kat lengan. Bila jumpa tukang tilik nasib hulur tangan tanya bila boleh kaya. Produk nakhtham kita. Kikikik.

Anonymous said...

Ada juga tok than yang baik dan berpengetahuan tinggi. Tapi tok sami yg jenis mengejar taraf than chau koon dan Somdet lebih ramai dan disukai orang kerana tok-tok ni mempunyai PR yg baik dan mulut manis. Tok than yg jenis mengejar jhana dan panna orang tak suka kerana tak ada nombor dan amulet bagi.

pena reformasi said...

Betul masih ada tok than yang baik dan kaya ilmu dhamma tapi low profile kerana tak mahu "layan" kehendak masyarakat. Saya suka dengan tok than begini.

Anonymous said...

INI CARA MASING-MASING UNTUK KEKALKAN DAN KUKUHKAN AGAMA BUDDHA. JADI USAH MERENDAHKAN CARA MEREKA MENGEKAL AGAMA BUDDHA. JIKA SESIAPA PANDAI DAN CERDIK TUNJUK CARA MEREKA. KITA SEMUA BERSATU UNTUK MEMANJANGKAN UMUR AGAMA BUDDHA.SADHU3

Anonymous said...

cara apa pun boleh tapi mesti ikut dhamma dan vinai. Bila tak ikut jadi rosak agama.

Anonymous said...

Ambo tak heran bila org Siam pergi Dhammakai sebab wat tempat kita tak ada perkembangan pelajaran dhamma. Sami melekat dgn sasana pitthi.

Anonymous said...

sawade tuan pena

Dari pemerhatian saya nakhtham di negara kita jauh ketinggalan dan generasi yg dilahirkan pun tak berapa berkualiti. Harap jika ada yg arif pasal nakhtham sila semak dan selidik semula sylabus yg diajar.

sadhu sadhu

pena reformasi said...

Ada sahabat saya, seorang bhikkhu masuk periksa Nakhtham Aik beberapa kali di Sanam Luang, Bangkok tak lepas. Dia balik ambil periksa Naktham di Kelantan, sekali saja sudah lulus. Dia kata Naktham Aik di Kelantan lebih senang daripada Naktham Tri di Thailand.

Betul sekali, silibus naktham kita ketinggalan zaman. Kajian oleh sebuah universiti di Thailand, Naktham kurang berkualiti kerana gagal mengeluarkan pelajar bermoral.