Thursday, July 12, 2012

Than Chau Khun Dan 3 Kelompok Teratai: Khas Kepada Pengkritik KTB


Petikan daripada Facebook

Aim Vanicda
sawatdee semua...terlintas disini satu blog yg ditulis ttg Konsert sempena Hari Wesak di Wat Kg Balai...adekah sesiape di sini dah baca?? Adekah betul yg penulis blog itu...curious...
May 10 at 1:18am near Kuala Lumpur
  • 6 people like this.
    • Chai Aqua Ape nm blog tu
    • Arthur Wong link kan blog tu kat sini
    • Aim Vanicda Blog komuniti Siam baru- pesta sempena wesak ade menyebut2 ttg than chau kun tu yg x brp sedap hati
      May 10 at 6:33pm via mobile · 1
    • Arthur Wong oic blog tu
    • Aim Vanicda ini anata ayat yg ditulis ttg isu konsert di kg balai:
      Khanak Song (Majlis Sangha) dan Than Chau Khun pun satu hal. Buta hati atau apa entahlah. Buta mata tentu tidak. Namun, kenapa tidak meberi nasihat kepada "anak murid" agar membuat sesuatu yang betul. Jika ketagih sangat mahu tengok penyanyi Thailand, buatlah hari lain selain Hari Wesak. Atau Khanak Song dan Than Chau Khun sendiri pun suka? Mahu menggunakan "ubekkha" mesti bertempat. Tidak boleh "ubekkha" dengan perkara yang merosakkan imej agama sendiri.

      Khanak Song dan Bhikkhu tidak boleh berfikir seperti anak-anak muda. Anak-anak muda hanya tahu berhibur hati dengan hiburan sahaja. Bhikkhu tidak boleh begitu. Bhikkhu mesti menjadi contoh teladan kepada anak-anak muda dan masyarakat. Perkara salah diperbetulkan. Perkara yang betul diperbanyakkan. Ini tidak. Bhikkhu menjadi kepala membawa masyarakat ke Abaiyamuk dan Dugati Neraka.
    • Shin Huey Ong bapo p aim?
      jd isu hot n spicy pl....
    • Aim Vanicda Kna msk blog tu bca Huey.
    • Shin Huey Ong kay mn p?
    • Soom Bon Burnz pho than dah pergi tegur dah.... siap keluarkn arahan lg.... "thau teuk nan..tor2 pai mai tong au ma lew... jut teuk"
      May 20 at 8:21am via mobile · 2
    • Aim Vanicda Mmg org yg tulis tu x knl por than kite tulis mcm2 tu yg x boleh terima. Huey blog komuniti Siam baru tajuk pesta sempena wesak
    • Shin Huey Ong pho than mmg x suka pn bnda mcm ni!!!
      org lain yg x knal je pho thAn je yg ckp kok se!
    • Soom Bon Burnz btolll... dia xth citer sebenar g tulis mcm ni... try pakat tls komen dlm blog dia tu ramai2.... blog tu mmg bnyk salah tuh jgn caye sngt... burn ada bca gak sikit " kifa bljr dok bua 4 lau noh, dia ckp dlm 2 ada 3 lau.. tafsiran pon salah" byangkn lah bnda senang mcm ni pon dia th x hbs apatah lg nk mengkritik org.... mmg teruk blog tuh...
    • Aim Vanicda P mls nk ckp byk takut org tu p knl aje..... ให้บาปกรรมตามสนอง
    • Soom Bon Burnz btoll....
    • Aim Vanicda pos than kite low profile klu org luar mmg tak thu majlis birthday pun por than klu boleh buat scr biasa2 aje...smkn ckp mkn marah...hehe


Seorang kawan memperkenalkan group facebook sebuah wat. Penulis menjenguknya. Rupa-rupanya ada luahan kekecewaan terhadap blog Komuniti Thai Baru (dulu KSB). Dua perkara yang menjadi fokus, iaitu (1) tentang Than Chau Khun dan (2) tentang teratai 3 kelompok. Penulis terpanggil untuk memperbetulkan tanggapan mereka.

Mereka menjadi baran kerana KTB mengatakan sesuatu yang tidak enak tentang Than Chau Khun dalam posting Konsert Sempena Hari Wesak. Memang KTB akui amatlah tidak enak didengar oleh para belia kerana usia mereka terlalu muda untuk mengenal orang yang lebih tua.

Mereka berkata penulis blog tidak kenal Than Chau Khun dengan baik. Jika kenal, masakan penulis mengata orang baik-baik seperti Than Chau Khun dengan kata-kata yang tidak enak. Betulkah begitu? Siapa sebenarnya yang tidak kenal siapa?

Ini baru teguran ringan. Sekiranya teguran berat, anda akan terbeliak biji mata. Penulis kenal, malah sangat kenal Than Chau Khun dengan baik. Kenal sejak Than Kru Deng masih hidup. Kalian tidak tahu apa yang penulis tahu kerana kalian belum lahir. Walau apapun, penulis faham sekiranya kalian berasa sakit hati sebab Than Chau Khun berdarah daging dengan kalian. Penulis juga kecewa dengan sikap Than Chau Khun yang dihormati dan disanjungi penulis tetapi bersikap dingin dengan perkara yang menghina agama. Penulis mengharapkan Than Chau Khun akan bertegas dan tidak bertolak ansur dengan perkara yang merosakkan maruah agama Buddha. Namun, realitinya tidak begitu.

Untuk pengetahuan kalian, dahulu sebuah wat pernah menganjurkan konsert sempena Hari Wesak tetapi setelah ditegur oleh Than Chau Khun dahulu (Than Chau Khun Bangsek), konsert begitu tidak diadakan lagi.  Harap Than Chau Khun sekarang akan lebih tegas lagi.


Kalian tahukah apa tanggungjawab Than Chau Khun bagi sesebuah negeri di bawah pentadbirannya? Than Chau Khun umpama Menteri Besar. Jikalau sesuatu berlaku di sebuah negeri, Than Chau Khun harus bertanggungjawab. Kita orang Thai mungkin menganggap mengadakan hiburan pada Hari Wesak adalah perkara biasa. Tetapi kita mesti ingat, orang luar tidak menganggap begitu. Agama Buddha bukan milik kita sahaja, sebaliknya milik semua penganut yang mesti dijaga kesuciannya. Than Chau Khun dilantik oleh Maha Thera Samakhom untuk mengembang dan menjaga agama Buddha.


Walau apapun, beruntunglah sekiranya Than Chau Khun telah menulis surat teguran dan larangan kepada wat berkenaan. Harap wat-wat lain akan mengambil iktibar. Ini menunjukkan bahawa teguran penulis diterima baik oleh Than Chau Khun. Syabas, penulis ucapkan dan ribuan terima kasih kepada beliau kerana berlapang dada terima teguran demi kebaikan agama Buddha. 

Seperkara lagi, kalian menuduh penulis tidak tahu Dhamma; tulisan tidak boleh dipercayai, semata-mata kerana teratai 3 jenis/kelompok yang diberikan penulis. Siapakah sebenarnya buta Dhamma? Maklumlah kalian pelajar Nakh Tham yang telah dibiasakan dengan teratai 4 kelompok (Bua 4 lau). Penulis pula memberikan 3 kelompok sahaja. Jikalau penulis seorang pelajar Nakh Tham, penulis pun marah. Guru Nakh Tham ajar teratai 4 kelompok, tetapi penulis blog KTB bagi 3 kelompok sahaja. Apapun jangan cepat marah. Jangan cepat melatah apatah lagi mencemuh penulis tidak reti Dhamma. Penulis tulis berdasarkan Kitab Tipitaka (Phra Traipidok Thai). Penulis tidak tulis sembarangan tentang Dhamma. Dhamma ialah ajaran Buddha yang suci yang tidak boleh ditulis sewenang-wenangnya.

Buddha hanya memberikan 3 kelompok teratai. Guru Attha Katha cuba membandingkan dengan 4 jenis golongan orang, maka keluarlah 1 kelompok tambahan iaitu kelompok ke-4. Ini kelompok yang sesat, kelompok yang tidak berguna.

Dalam Kitab Tipitaka, Buddha memberikan contoh teratai 3 jenis dan 3 kelompok sahaja (sila rujuk di sini). Manakala dalam Attha Katha (huraian Kitab Tipitaka yang wujud kemudian) pula memberikan 4 kelompok teratai. Ini merupakan sesuatu yang mengelirukan (sila rujuk di sini). Apatah lagi diajarkan di kelas-kelas Dhamma. Dalam buku Buddhadasa Bhikkhu juga diberikan 3 kelompok teratai sahaja.


Untuk pengetahuan kalian semua, apa yang kalian belajar dalam Nakh Tham ada yang mengelirukan kerana banyak yang diambil daripada Attha Katha. Attha Katha ialah tafsiran dan huraian yang wujud kemudian. Sekiranya Dhamma dalam Attha Katha bercanggah dengan Dhamma dalam Tipitaka, Dhamma dalam Tipitaka mesti dianggap betul. Kitab Tipitaka atau juga disebut Phra Pali merupakan kata-kata daripada mulut Buddha dan para pengikut Baginda.


Kalian kata blog KTB banyak salah dan tidak boleh dipercayai. Penulis akui manusia tidak bebas daripada silap dan salah. Ini lumrah. Kita sama-sama belajar daripada kesilapan. Tolong tunjukkan kepada penulis di mana salahnya atau Dhamma yang mana salahnya. Kemukakan bukti-bukti sekali. Jangan main cakap ikut sedap. Penulis sedia membaiki. Kalian tidak boleh main hentam sahaja bahawa tulisan penulis semua salah, berdosa nanti kerana ada yang betulnya. Penulis tulis dengan merujuk kepada Kitab Tipitaka yang suci. Jika ada Dhamma yang salah tolong tunjukkan. 


Penulis faham kalian budak baru yang masih banyak perlu belajar. Penulis mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca hasil tulisan penlis. Akan tetapi sekiranya terjumpa "sesuatu yang tidak enak dan janggal dengan pengetahuan kalian" jangan cepat melatah dan melabel penulis salah. Sesuatu yang janggal dengan kita tidak semestinya salah. Apa guna penulis menulis perkara yang sedia ada dalam Nkh Tham. Adakalanya penulis menulis perkara yang "janggal" tetapi ada dalam Tipitaka bagi menambahkan pengetahuan baru kepada kalian. 


Semoga segala pujian dan tohmahan kembali kepada kalian semula dalam bentuk Karma yang baik. Sadhu, sadhu, sadhu!




4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih tuan pena.

Anonymous said...

Teruskan sebaran Dhamma KTB, jangan dok dengar budak-budak/pejalar naktham tu, mereka hanya tahu hafal teks yang diajar saja. Lagipun ada daripada mereka tu merupakan pengikut Dhammakai, terutamanya saudara mara Than Chau Khun.

Anonymous said...

Bagi ambo blog Tuan sangat bagus dari facebook yang bersepah di alam maya. Pakai nama wat tapi dhamma hancus main copy paste.

Anonymous said...

Kampung Than Chau Khun paling jenuh Dhammakai woo. Anak buah Than Chao Khun yang sorang tu kuat Dhammakai. Nasib baik ambo tak jadi TCK ambo malu.