Tuesday, July 24, 2012

Tok Sami Minum Bir Dan Somtam Bersama Wanita


ฉันส้มตำ - พระครูสุเมธสุตคุณ เจ้าคณะตำบลควนลัง สอบสวนพระอธิการบุญจอง (ภาพเล็ก) เจ้าอาวาสวัดควนลัง อ.หาดใหญ่ จ.สงขลา หลังถูกชาวบ้านล้อมจับขณะปิดห้องอยู่กับสีกา สองต่อสองอ้างแค่ฉันส้มตำ เมื่อ 23 ก.ค.

Penduduk Khuan Lang, Hadyai, Songkhla, tangkap Ketua Sami (gambar kecil) yang berada berdua-duaan dengan seorang wanita (39th.) di dalam bilik simpan barang di dalam Sala Rongtham. Setelah mengunci pintu bilikdan mengepung Sala Rongtham, penduduk pergi jemput Chao Khanak Tambon datang agar beliau dapat tengok dengan mata telinga sendiri. Apabila pintu bilik dibuka, memang benar tok sami berada bersama seorang wanita, bir 2 botol dan 1 tin, gelas plastik 3 biji, pulut dan somtam. Tok sami kata dia masuk bilik barang kerana mahu simpan barang Sanghadana tetapi tiba-tiba ada orang datang kunci bilik dari luar. Manakala wanita itu pula berkata Tok Sami telefon dia minta beli makanan kerana lapar. Manakala bir dibeli untuk diminum sendiri. Penduduk mendesak, kenapa mesti minum di dalam bilik barang yang sunyi dengan sami? Kedua-dua mangsa berdiam diri.


Siapalah mahu mengaku setelah buat salah.


Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mendapat kepastian.


Jikalau teringin hidup berpasangan, keluar dari sami dan kahwin. Kenapa mesti merosakkan diri dan mencemarkan institusi Sangha? Seekor kerbau membawa lumpur, semua dalam kandang terpalit. Kesian orang kampung jikalau setiap hari terpaksa sembah sami yang hanya sekadar nama.

(Sumber: Khaosod online)

4 comments:

Anonymous said...

Sepasang setan.

Anonymous said...

Besar betul chao khanak tu...agak agak dia pun sekumpulan? Huhuhu.

Anonymous said...

Phra Hadyai tau-tau sajalah. Beer, pompuan, judi semua ada.

Anonymous said...

Bukan Phra sebelah sana saja yang tahu BIR, pompun, judi...kat sini apa bezanya..