Thursday, August 2, 2012

Sejarah Vian Tian


พิธีการเวียนรอบปูชนียวัตถุหรือปูชนียสถานเพื่อเป็นการแสดงความเคารพนั้น ไทยได้รับคตินี้มาจากอินเดียพร้อมกับพระพุทธศาสนา โดยปรากฏหลักฐานการแสดงความเคารพโดยการเวียนเทียนในพระไตรปิฎก ซึ่งใช้คำว่าเวียนประทักษิณาวัตร คือเวียนขวา 3 รอบ เป็นเครื่องหมายถึงการแสดงออกซึ่งการเคารพบูชาต่อสิ่งนั้น ๆ อย่างสูงสุด
ไทยได้รับคตินิยมนี้มาและปรับประยุกต์ให้เข้ากับพื้นฐานทางวัฒนธรรมของไทยโดยนำมาใช้เป็นการแสดงความบูชาต่อพระรัตนตรัยตั้งแต่โบราณ มีหลักฐานปรากฏเป็น "ฐานประทักษิณ" สำหรับการกระทำพิธีเวียนเทียน ในโบราณสถานทางศาสนา มาตั้งแต่สมัยทวารวดี รวมทั้งปรากฏข้อความในพงศาวดารว่ามีการกระทำพิธีเวียนเทียนในวันสำคัญทางศาสนาสืบมาจนถึงปัจจุบัน.
.................................


Saya melayari internet mencari asal-usul ritual "Vian Tian" yang selalu dilakukan sempena hari kebesaran agama Buddha.

Vian Tian merujuk kepada perbuatan penganut agama Buddha (Bhikkhu dan gharawas) berjalan beramai-ramai mengeliling sebelah kanan "tempat yang penting" dalam agama Buddha seperti pokok Bodhi, Ubosot, Imej Buddha, Chedi dan sebagainya sambil membawa lilin, colok dan bunga. Perbuatan ini sebagai memperingati jasa dan kebesaran Buddha, Dhamma dan Sangha. Sewaktu berjalan, penganut disarankan menenangkan minda sambil menghayati jasa dan kebesaran Tri-Ratana. Sesetengah tempat penganut berjalan sambil menghafal Itipiso yang menggambarkan kebesaran Tri-Ratana.

Namun, saya lebih minat kepada asal-usul vian tian ini berbanding dengan upacara vian tian. Saya teringin tahu dari mana vian tian berasal. Adakah daripada ajaran Buddha secara langsung atau sekadar tradisi yang diamalkan penganut pada zaman selepas kemangkatan Buddha. Pada zaman Buddha, lazimnya penganut memuja Buddha dengan bunga-bungaan, tetapi tiada upacara berjalan mengelilingi Buddha. (Rasanya, Buddha pun pening kepala jika orang ramai berjalan mengelilingi Baginda.)

Saya menyelongkar internet mencari asal-usul vian tian. Banyak laman yang saya cari dan apa yang saya jumpa lebih kurang sama iaitu sebagaimana yang saya "copy-paste" di atas. 

Vian tian dikatakan diambil daripada tradisi India dan pernah dilakukan pada zaman Buddha. Malahan dikatakan dalam Kitab Tipitaka pun ada, tetapi disebut "Prataksina" ( ประทักษิณ ) yang bermaksud keliling kanan 3 keliling. Malangnya tiada link Tipitaka atau nama Sutta yang diberikan menyebabkan saya terpaksa mencari sendiri. Akhirnya saya jumpa satu Sutta dalam Tipitaka. (Sekiranya anda jumpa Sutta lain yang berkaitan, tolong khabarkan.)

Istilah Prataksina yang didakwa ada kaitan dengan vian tian terdapat dalam Tipitaka bahagian Jataka yang mengisahkan seorang raja bernama Kalinga dan Puruhit (penasihat raja) menziarahi pokok Maha Bodhi. Mengikut Purohit, pokok Maha Bodhi merupakan pokok istimewa yang menjadi tempat semua Buddha memadamkan kilesa (mencapai Pencerahan Sempurna). Rumput, pokok menjalar dan pokok besar mempunyai pucuk "mengeliling kanan" pokok Maha Bodhi tersebut.  (หญ้าเครือเถาไม้ใหญ่โดยรอบที่นั้นมียอดเวียนประทักษิณโพธิมณฑล แล้วตั้งอยู่เฉพาะหน้าโพธิมณฑล.)  Raja menitahkan agar membina tembok mengelilingi pokok Maha Bodhi, kemudian menitahkan pengikut mengutip bunga sejumpah 60,000 buah kereta kuda untuk memuja pokok Maha Bodhi itu. 

(Raja Kalinga ialah Phra Anon dan Purohit ialah Buddha dalam kehidupan terdahulu.)

Apabila membaca Sutta ini, rasa seperti tiada kaitan apa-apa dengan tradisi vian tian, kecuali istilah Prataksina yang bermaksud "mengeliligi kanan". Prataksina ini merujuk kepada tumbuhan yang pucuknya mengeling pokok Maha Bodhi. 

Sutta ini pula merupakan Jataka iaitu cerita berbingkai yang dicerita oleh Buddha berkenaan Phra Anon. Phra Anon pernah menanam pokok Bodhi di depan Chetawan Mahavihara (rujukan Attha-katha). Masyarakat datang ke Chetawan membawa bunga-bungaan untuk memuja Buddha tetapi Buddha telah berangkat keluar menyebabkan mereka meletakkan bunga-bungaan tersebut di depan Chetawan. Maha Setthi mengetahui hal tersebut lalu memohon kepada Phra Anon agar mengkhabarkan kepada Buddha untuk dibina tempat pujaan (Chedi) sebagai pengganti diri Buddha ketika Buddha tiada di Chetawan. Buddha mengizinkan Phra Anon menanam pokok Bodhi. Phra Anon minta Phra Monggalana pergi mengambil benih pokok Maha Bodhi di tempat Buddha trassaru dahulu. Setelah ditanam, pokok Bodhi membesar serta-merta dalam sekelip mata. 

Para bhikkhu memuji Phra Anon kerana menanam pokok Bodhi dan memujanya dengan baik. Buddha memberitahu para bhikkhu bahawa dalam kehidupan terdahulu, Phra Anon pernah memuja pokok Bodhi. Dari sinilah bermulanya kisah Raja Kalinga dan Purohit. 

Saya rasa, tradisi vian tian memang berasal dari India yang telah diubah suai dengan suasana di Thailand. Akan tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan cerita dalam Kitab Tipitaka. Vian tian ialah ritual untuk memperingati jasa dan kebesaran Tri-Ratana. Memperingati sahaja tidak cukup jika tidak mengikut jejak Buddha. Mengikut jejak Buddha bererti mengamalkan suruhan Buddha dan meninggalkan larangannya.


7 comments:

Anonymous said...

Vian-Tian mengenang jasa Buddha kepada makhluk dunia.Jasa Buddha kepada dunia memang besar dan sukar dicari.Jasa Buddha kepada manusia,dewa dan lain-lain benda hidup cukup besar.

Anonymous said...

Sangat besar jasa Buddha hingga pokok bodhi dipuja oleh dewa, raja, hewan dan tumbuhan sejak Buddha yang dahulu. Vian tian adalah simbolik penghormatan kepada Buddha Yang Maha Besar.

Anonymous said...

Macam mana hati nak tenang lilin dok bakar belakang.

Anonymous said...

Sama-sama jaga kesucian agama. Sathukx3.

Anonymous said...

AGAMA BUDDHA PENYEJUK DAN PENYUCI HATI KITA.SUDAH VIAN TIAN BALIK RUMAH HATI LAPANG DAN TENANG.

Anonymous said...

Aku pergi vian tian balik bahu melecur kena colok budak.

Anonymous said...

Kalau boleh semasa Vian Thian, hanya menyalakan lilin, manakala colok dinyalakan semasa menghormati patung Buddha. Saja bagi cadangan..untuk mengelakkan dari melecur atau baju berlubang selepas vian thian.