Tuesday, August 21, 2012

Vinyan Dalam Agama Buddha


Soalan: Orang apabila mati, Vinyan (Vinnana) keluar dari tubuh dan bilakah kita akan tahu bahawa kita sudah mati?

Jawapan: Sebelum itu, kita mesti memahami perkataan Vinyan terlebih dahulu. Vinyan ialah dhammachat (terbentuk secara semulajadi) yang mampu mengetahui perasaan dan mampu berfikir sebagaimana Citta. Oleh itu, Vinyan dan Citta merupakan dua perkataan yang boleh ditukar ganti penggunaannya kerana fungsinya sama. 

Citta yang mempunyai fungsi melahirkan dipanggil Patisonthi (Patisandhi) Citta atau Patisonthi Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi melihat melalui mata dipanggil Cakkhu Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi mendengar melalui telinga dipanggil Sota Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi menghidu melalui hidung dipanggil Khana Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi merasa melalui lidah dipanggil Chewha Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi menyentuh melalui tubuh dipanggil Kaya Vinyan.

Citta yang mempunyai fungsi mengetahui perasaan (Aramana) di hati dipanggil Mano Vinyan.

Oleh itu, Citta dan Vinyan sama. Dua istilah yang boleh ditukar ganti penggunaannya. Tiada dunia Vinyan yang terpisah daripada Citta. 

Maksudnya tiada dunia Vinyan sebagaimana anggapan ramai orang. Ramai orang beranggapan bahawa makhluk dunia, khususnya manusia apabila mati, Vinyan akan keluar dari tubuh untuk mencari tempat lahir atau pergi tinggal di mana-mana satu tempat sementara menunggu kelahiran baru, iaitu menunggu masa untuk dilahirkan sebagai manusia lagi. Ini merupakan anggapan yang salah yang berpunca daripada pemahaman yang salah.

Buddha tidak pernah berkata begitu. Buddha hanya berkata apabila Citta makhluk telah padam (mati), jikalau makhluk tersebut masih ada hetu-paccaya iaitu Kilesa yang merupakan punca kelahiran, Patisonthi Citta pun akan lahir; lahir sebagai manusia, binatang, dewa, terpulang kepada Karma yang pernah dilakukan makhluk tersebut. 

Karma jahat (dosa) yang membawa kepada kelahiran, maka akan lahir di Dugati Bhumi iaitu lahir di alam neraka, petta, asura atau binatang. Sebaliknya, jikalau Karma baik (pahala) yang membawa kepada kelahiran, maka akan lahir di Sugati Bhumi iaitu lahir di alam manusia atau alam dewa (devata dan brahma). Tidak perlu menunggu masa atau pergi berehat di mana-mana satu tempat (sementara menunggu kelahiran baru) kerana apabila sahaja mati, akan terus lahir. 

Bagi manusia yang masih ada Kilesa (ada Karma) apabila mati tiada siapa yang tahu bahawa dia sedang mati sebab Citta yang sedang mati dengan Citta yang tahu telah mati adalah Citta yang tidak sama. 

Dan anda bertanya adakah orang mati ketika Vinyan keluar dari tubuh?

Istilah "Vinyan keluar dari tubuh" tiada sama sekali sebab Vinyan lahir di mana akan padam di situ, iaitu:

Lahir melalui mata akan padam di mata, lahir melalui telinga akan padam di telinga, lahir melalui hidung akan padam di hidung, lahir melalui lidah akan padam di lidah, lahir melalui tubuh akan padam di tubuh dan lahir melalui hati akan padam di hati. 

Oleh hal demikian, Vinyan tidak boleh keluar dari tubuh. Jikalau Vinyan boleh keluar dati tubuh, bermakna Vinyan tidak padam dan boleh beredar pergi. Jikalau begitu halnya, Vinyan ialah Rupa yang boleh beredar pergi ke mana-mana. Sekiranya Vinyan tidak padan dan beredar pergi ke mana-mana, maka Vinyan itu kekal abadi yang bercanggah dengan ajaran Buddha. Buddha mengajar bahawa Vinyan adalah Anicca, Dukkha dan Anatta. Bahkan tidak setakat Vinyan, semua Khanda 5 iaitu Rupa, Vedana, Sanya, Sankhara (dan Vinyan) adalah Anicca, Dukkha dan Anatta. Tiada apa-apa di dunia yang kekal abadi - tidak lahir dan tidak padam, atau lahir dan tidak padam (kecuali Nibbana).

Citta atau Vinyan merupakan Nama-Dhamma (mental) dan tiada rupa atau tubuh (fizikal), maka ia tidak boleh beredar (berapung) ke mana-mana, melainkan lahir di mana, padam di situ.

(Sumber: Tipitaka Thai)

4 comments:

Anonymous said...

Sathuk !
Ada sesetengah bhikkhu Theravada yang terpengaruh dengan konsep "Gandhabbha" yang dipinjam dari Mahayana.

Anonymous said...

Baru-baru kini dalam program televisyennya, si Dhammachayo, chao awat Wat Thamakai 'tahu' Vinyan mendiang Steve Jobs selepas mati mempunyai bola kristal dalam tubuh vinyannya. Adakah kepercayaan ini selaras dengan sutta winai, atau kepercayaan ciptaan Thamakai?

Anonymous said...

Bola kristal itu ciptaan thammakai. dalam ajaran buddha tak ada. thammakai percaya atta seperti mahayana tapi tak berani mengaku mahayana takut tak boleh cari makan. bersembunyi di sebalik theravada tapi terima konsep mahayana inilah thammakai.

thammakai sangat crdik, tambun berpuluh-puluh juta kepada Somdet sebab itu banyak kes tertutup. phra yang duduk wat tahmmakai pun selalu dapat angpau besar sebab tu sangat sanjung thammakai.

thammakai tahu sangkhom thai gila bun. thammakai "jual" bun kepada sangkhom thai. khon thai boleh bun thammakai boleh duit.

Anonymous said...

Dalam Theravada pun ada cerita tentang Gandhabbha/khonthan.