Wednesday, September 19, 2012

Anda Suka Buddha Yang Mana?

Anda suka Buddha yang mana? Kedengarannya seperti kebudak-budakan. Orang dewasa tentu tidak akan terlintas untuk bertanya soalan sebegini. Buddha Thailand, Sri Lanka. Myanmar, Theravada, Mahayana atau Vajrayana? Bukan ini maksud saya. Patung Buddha tidak jauh berbeza; sekadar simbolik yang dihormati kerana jasa-jasa Buddha menunjukkan jalan kebebasan manusia daripada kebelengguan hidup. Anda suka Buddha yang mana merujuk kepada gambaran Buddha yang diberikan kepada kita oleh kitab agama.

3 comments:

Anonymous said...

Seronok baca tulisan tuan. Pengajaran yang dalam untuk direnungkan. Buddha mengajar kita "lepaskan" tapi kita "makin kuat pegang".

Thai Budd said...

Kita perlu lebih ramai tokoh Sangha yang hebat tuan Pena untuk menghakis atau melawan arus idealogi majoriti golongan Sangha yang telah lama menggunakan institusi Sangha bagi mengumpul kemewahan.

Saya pernah mengikut satu program dialog agama dari saluran TV satelite Thai di mana seorang ahli panel mengusulkan satu soalan "BAGAIMANA JIKA SILA YANG DIBERIKAN OLEH SANGHA YANG DIA SENDIRI MELANGGAR SILA (atau dengan erti lain Sangha yang melanggar Dhamma vinai)". Maka disini saya ingin menlontarkan satu soalan, bagaimana agama Buddha boleh bertahan atau berkembang sekiranya di pihak yang berwajid seperti Institusi Sangha sendiri telah terpesong dari ajaran Buddha...

pena reformasi said...

Umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tentulah mustahil. Sendiri berjalan senget, mahu ajar anak berjalan lurus.

Sangha harus memperbetulkan komuniti mereka yang sekian lama tergelincir daripada landasan. Isu Sangha telah menjadi bahan diskusi d kalangan bijak pandai Siam, tetapi resolusi yang berkesan betul berjaya dilaksanakan. Puncanya kerana Sangkhatikan (pentadbir Khanak Song dari Somdet hingga kpd Chau Awat, semuanya seperti ketam.) Bhikkhu yang baik aliran Vipassana pula tersisih di luar.