Friday, September 21, 2012

Tanam Sekarang, Tuai Hasil Sekarang!

 ว.วชิรเมธี  

"ทุกข์กระทบ ธรรมกระเทือน" 

ขอเจริญพรผู้สนใจธรรมะทุกๆ ท่าน ช่วงนี้สุขภาพของประเทศไทยไม่ค่อยดี สุขภาพของพ่อก็ไม่ค่อยดี เพราะฉะนั้นก็เลยตั้งใจธรรมบรรยายในวันนี้ว่า ทุกข์กระทบ ธรรมกระเทือน ก็จะชวนท่านทั้งหลายมาสำรวจว่า ทุกข์มันเกิดขึ้นที่ไหน ที่ใจใช่ไหม ถ้าสมมุติว่าประเทศมันยุ่งเหยิง ความทุกข์ของประเทศเกิดขึ้นที่ไหน เกิดขึ้นที่ไหน ที่คน คนนั้นศูนย์รวมความทุกข์มันอยู่ที่ไหน มันก็อยู่ที่ใจ เพราะฉะนั้นทุกข์ของคน ทุกข์ของประเทศ ถึงที่สุดแล้ว 

เหมือนที่พระพุทธเจ้าพูด เกิดที่ใจ เกิดที่ใจ ดับที่ไหน ทุกข์ในชาตินี้ จะดับชาติหน้าได้ไหม ทุกข์ที่นี่ ก็ดับมันที่นี่ คนไทยมีความเข้าใจผิดว่าปฏิบัติตามอารยมรรคชาตินี้ กะว่าหลายๆ ชาติหน้าถึงจะถึงนิพพาน ทำเหตุชาติหนึ่งแล้วไปเอาผลอีกชาติหนึ่ง จริงๆ พระพุทธเจ้าท่านเน้นว่าทำเหตุชาติไหน ก็เอามันชาตินั้น.


บางครั้งธรรมะนี่ไม่จำเป็นต้องมาจากปากของพระก็ได้ มาจากปากของผู้ที่รู้ธรรมะแต่ไม่ได้บวช ได้ไหม ก็ได้. ดังนั้นถ้าเราเข้าใจแล้วเราจะเห็นว่า คนทุกข์ก็มีอยู่ทั่วไป วิธีดับทุกข์ก็มีอยู่ทั่วไป.

 (sumber: Internet)

Phra Maha Vuthichai Vachiramethi merupakan bhikkhu muda yang begitu pantas dikenali kerana penyampaian dhamma beliau yang menyengat. Dalam sesetegah perkara pendekatan beliau mirip kepada pendekatan Achan Buddhadasa Bhikkhu. Bezanya, percakapan beliau lebih berlapik yang kekadang kedengaran seperti "mengampu" kerajaan atau pihak berkuasa berbanding dengan Achan Buddhadasa Bhikkhu yang tegas dan berterus terang hingga dilabel sosialis. Mungkin latar belakang yang berbeza. Maha V. Vachirmethi berasal dari utara yang sememangnya lebih lembut sifatnya berbanding Buddhadasa Bhikkhu, orang selatan yang terkenal dengan ketegasan.

Saya sendiri kagum dengan kebolehan Maha V. Vachiramethi tetapi bukan dalam semua perkara. Dhamma beliau masih "kurang matang" berbanding dhamma Buddhasa Bhikkhu. Mungkin pengalaman yang memisahkannya. Mungkin juga kerana masih melekat pada Loka Dhamma 8.

Di atas saya turunkan petikan ceramah Maha V. Vachiramethi. Terjemahannya lebih kurang begini:

"Seperti yang dikatakan Buddha, lahir di hati, padam di mana? Bolehkah dukkha pada kehidupan sekarang akan padam pada kehidupan akan datang? Dukkha di sini mesti dipadamkan di sini. Orang Thai tersalah faham bahawa mengamalkan Ariya Magga pada kehidupan sekarang akan mencapai Nirvana pada beberapa kehidupan akan datang; berusaha dalam kehidupan sekarang kemudian pergi terima hasil pada kehidupan lain. Sebenarnya Buddha menekankan bahawa berusaha (menanam) pada kehidupan mana, akan terima hasil (buah) pada kehidupan tersebut. Adakalanya dhamma tidak semestinya datang daripada mulut bhikkhu. Adakah dhamma boleh datang daripada mulut orang yang tahu dhamma yang bukan bhikkhu? Boleh. Sekiranya kita faham, kita akan nampak bahawa orang yang menghadapi dukkha ada di mana-mana, dan kaedah memadamkan dukkha juga ada di mana-mana."

Inti ajaran Buddha ialah: Tanam pada kehidupan sekarang, akan dapat menuai hasil pada kehidupan sekarang juga!

Malangnya, kita tersalah faham. Kita tanam pada kehidupan sekarang, tetapi berharap akan menuai pada kehidupan akan datang; mungkin puluhan, ratus atau ribuan kehidupan akan datang. Inilah kesilapan besar yang menjadi punca kita ketinggalan.

Orang lain - jiran kita - tanam sekarang, menuai hasil sekarang juga. Mereka telah sepuluh kali menuai hasil tetapi kita belum lagi. Asyik tanam tidak habis-habis. Kita mengharapkan hasil pada kehidupan akan datang. Sebab itu kita ketinggalan dan semakin ketinggalan. Orang berusaha untuk terima hasil sekarang. kita berusaha untuk terima hasil pada kehidupan lain.

Falsafah kita dalam perihal agama mempengaruhi kehidupan kita. Falsafah kita, bukan falsafah Buddha. Falsafah Buddha ialah "tanam sekarang, terima hasil sekarang". Akan tetapi falsafah kita "tanam sekarang, terima hasil selepas mati." Semuanya kita tolak ke zaman selepas mati seolah-oleh kita yakin benar bahawa kita akan hidup lagi selepas mati. Kita lebih pentingkan "akhirat" yang entah di mana dan bila daripada dunia
hari ini dan sekarang ini. Pelik sungguh. Kita hidup di dunia, tetapi lebih mementingkan kehidupan selepas meninggalkan dunia. Pergi wat berbuat kebajikan, berbuat pahala, semuanya fokus pada kehidupan selepas mati.

Masa hidup kita fokus pada kehidupan selepas mati. Selepas mati pun kita fokus pada kehidupan selepas mati. Lihatlah apabila orang pergi tambun di wat mereka akan minta dilahirkan di syurga yang entah di mana. Apabila orang mati, sanak saudara pun jemput bhikkhu datang baca Kusala juga fokus pada kehidupan akan datang. Sedangkan Kusala ditujukan kepada yang masih hidup sebagai pengajaran. Oleh sebab kedangkalan, kita ingat Kusala untuk orang mati.

Bagi tujuan "tanam sekarang untuk dapat hasil sekarang", selain Sila 5, Samadhi Pavana, kita mesti mengamalkan dhamma yang dipanggil Mongkul 38. Dhamma ini merupakan jalan kemajuan kepada kaum Buddhis. Mongkul bererti maju atau makmur. Jadi, Mongkul 38 ialah jalan kemajuan atau memakmuran bagi kita.

Buddha menekankan kepada kita supaya kita berusaha pada kehidupan sekarang dan terima hasil pada kehidupan sekarang juga. Sekiranya kita mengamalkan dhamma Buddha ini, barulah kita dapat bersaing dengan orang lain. Dalam semua perbuatan kita - termasuk perihal tambun tamtan - mesti mengutamakan jenis yang memberi hasil pada kehidupan sekarang. Semakin cepat, semakin baik. Kita bekerja hari ini mahu terima gaji bulan ini. Mustahil ada orang bekerja hari ini minta dibayar gaji pada tahun hadapan.

Tokoh-tokoh yang berjaya semuanya mengamalkan falsafah "bekerja hari ini, dapat hasil hari ini." Tauke Genting, Tauke Astro, Tauke TOTO, Tauke Air Asia dan lain-lain semuanya berpegang pada falsafah tersebut di atas. Jika tidak percaya, pergi tanya mereka, selepas "sembahyang" mereka mohon apa?

Berusaha hari ini mesti mengharapkan hasil hari ini. Ini ajaran Buddha yang sebenar.

Perkara kedua yang menarik perhatian saya ialah: Dhamma tidak semestinya daripada mulut bhikkhu. Mulut orang biasa yang bukan bhikkhu pun boleh memberi dhamma. Di Thailand terdapat pensyarah agama yang terdiri daripada orang biasa. Namun, masyarakat kita kurang "terima" dhamma daripada orang biasa. Tidak dapat "pahala". Mesti mendengar dhamma desana daripada phra bhikkhu baru dapat pahala, baru dapat pergi syurga. Inilah falsafah orang kita. Sebenarnya kita tidak tahu bahawa terdapat banyak kitab Tipitaka versi khas untuk masyarakat dihasilkan oleh orang biasa. Kitab Tipitaka versi online juga hasil usaha orang biasa. Banyak buku dhamma, CD dhamma yang dihasilkan orang biasa. Di Barat ratusan murid Dalai Lama yang merupakan orang biasa menghasilkan karya dhamma.

Dhamma ialah "sumber alam semulajadi" yang diketemukan oleh Buddha, kemudian diajarkan kepada manusia. Maka menjadi tanggungjawab umat manusia - sama ada bhikkhu atau orang biasa -menyebarluaskan "sumber alam semulajadi" tersebut. Yang penting sumbernya harus betul dan benar.


















4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Pena Reformasi kerana menyiarkan Dhamma yang sangat berguna. Sadhux3

Anonymous said...

Inilah dhamma yg bagus. Sathuk !

Anonymous said...

Dhamma yang berpijak di dunia realiti!

Anonymous said...

Sajian rohaniah yang hebat. Terima kasih Tuan Pena. Sathuk x 3.