Saturday, October 20, 2012

Apakah Yang Panas?

Kita selalu terdengar orang tua-tua berkata neraka itu panas. Api marak di bawah kuali yang mendidih. Orang yang berdosa akan dicampak ke dalam kuali tersebut. Gambaran yang amat menakutkan. Gambaran api neraka hampir sama dalam semua agama. Entah orang agama telah melakukan perbuatan ciplak?

Apakah yang panas mengikut Buddha?

Buddha berkata:

"Oh, Bhikkhu semua!

"Cakkhu (mata-objek visual), Cakkhu Vinyan, Cakkhu Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana(kebahagiaan), Dukkha-vedana(kedukaan), atau Adukkha-ma-sukkha vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Cakkhu Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa(kemarahan), Moha(kesesatan). Panas kerana kelahiran, tua, mati dan segala kesengsaraan!

"Sota (telinga-suara), Sota Vinyan, Sota Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana (kebahagiaan), Dukkha-vedana (kedukaan) atau Adukkha-ma-sukkha-vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Sota Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa (kemarahan), Moha (kesesatan). Panas kerana kelahiran, ketuaan, kematian dan segala kesengsaraan!

"Khana (hidung-bau), Khana Vinyan, Khana Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana (kebahagiaan), Dukkha-vedana (kedukaan) atau Adukkha-ma-sukkha-vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Khana Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa (kemarahan), Moha (kesesatan). Panas kerana kelahiran, ketuaan, kematian dan segala kesengsaraan.

"Cevha  (lidah-rasa), Cevha Vinyan, Cevha Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana (kebahagiaan), Dukkha-vedana (kedukaan) atau Adukkha-ma-sukkha-vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Cevha Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa (kemarahan), Moha (kesesatan). Panas kerana kelahiran, ketuaan, kematian dan segala kesengsaraan!

"Kaya (tubuh-sentuhan), Kaya Vinyan, Kaya Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana (kebahagiaan), Dukkha-vedana (kedukaan) atau Adukkha-ma-sukkha-vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Kaya Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa (kemarahan), Moha (kesesatan). Panas kerana kelahiran, ketuaan, kematian dan segala kesengsaraan!

"Mano (hati-fikiran), Mano Vinyan, Mano Samphas merupakan benda panas. Malahan Sukkha-vedana (kebahagiaan), Dukkha-vedana (kedukaan) atau Adukkha-ma-sukkha-vedana (tiada kebahagiaan dan kedukaan) yang lahir daripada Mano Samphas merupakan benda panas. Kenapa panas? Kita mengatakan panas kerana api Raga (kemahuan), Dosa (kemarahan), Moha (kesesatan). Panas kerana kelahiran, ketuaan, kematian dan segala kesengsaraan!"

(Apabila mata melihat objek visual akan lahir Cakkhu Vinyan. Apabila mata, objek visual dan Cakkhu Vinyan bergabung maka lahir Cakkhu Phassa. Kerana Cakkhu Phassa sebagai punca, maka lahir Vedana. Begitu juga dengan telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati).

Daripada kata-kata Buddha di atas, dapat kita rumuskan bahawa mata melihat objek adalah panas, telinga mendengar suara adalah panas, hidung menghidu bau adalah panas, lidah mengecap rasa adalah panas, tubuh menyentuh objek adalah panas, hati mengingatkan sesuatu adalah panas. Kebahagiaan pun panas. Kedukaan pun panas. Tiada kebahagiaan dan tiada kedukaan pun panas. Kenapa panas? Panas kerana api Raga, api Dosa, api Moha. Kelahiran, ketuaan dan kematian juga panas. Segala kesengsaraan juga panas. 

Kepanasan api Raga, api Dosa dan api Moha diumpamakan seperti seorang manusia di campak ke dalam sebuah kuali yang mendidih dengan api yang marak. Bayangkan betapa panasnya apabila dicampak ke dalam kuali yang mendidih, begitulah akibat yang terhasil daripada api Raga, Dosa dan Moha. 

Untuk mengelakkan api Raga, api Dosa dan api Moha membakar diri, kita mesti bijak sewaktu berlaku Phassa/Samphas. Apabila mata melihat objek (Cakkhu Phassa), misalnya melihat sejumlah wang di atas meja majikan, kita mesti bijak supaya tindakan seterusnya juga bijak. Tindakan yang bodoh bakal mengundang api (malapetaka). 

Seorang lelaki melihat wanita cantik (berlaku Cakkhu Phassa), kebijaksanaan bakal menentukan sama ada kebahagiaan atau kedukaan yang akan terjadi. Begitu juga apabila wanita melihat lelaki tampan. Phassa yang bodoh akan melahirkan Vedana yang bodoh juga. Vedana melahirkan Tanha. Manakala Tanha melahirkan Upadana, Bhava, Jati, Jara, Morana dan seterusnya Dukkha. 

Apabila kita bijak setiap kali berlaku Phassa/Samphas (kontaks) melalui mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati, maka kita tidak akan panas. Jikalau panas pun, tidak kuat hingga terbakar. Sebaliknya, apabila kita bodoh sewaktu berlaku Phassa/Samphas, maka kita akan kepanasan. 





5 comments:

Anonymous said...

Jadi phiksu bukan senang, tapi sebaliknya, kebanyakan akan kepanasan dalam konteks keharian - kelaparan, kebosanan, ketagihan dll.

pena reformasi said...

Kepanasan boleh disejukkan dengan Samadhi Vipassana.

Anonymous said...

sekadar nak minta pendapat....apa pendapat anda sekiranya seseorang bhikku membuat upacara "phluk sek" bagi sesuatu benda untuk tujuan penganut Buddha membelinya dengan tujuan untuk THAM BUM untuk WAT....hasilnya akan menjadi milik Bhikku tersebut sehinggakan beliau boleh sesuka hati menggunakan hasil tersebut selain daripada pembangunan WAT yang dijaganya???

pena reformasi said...

Pada zaman Buddha, tiada upacara "phluk sek" seperti hari ini. Phluk sek dipengaruhi tradisi Brahmana dan tradisi Thai dahulu.

Bhikkhu sepatutnya tumpu kepada pelajaran dan amalan Dhamma untuk membersihkan Kilesa di samping mengajar manusia melepaskan diri daripada Dukkha.

Namun, sekiranya untuk tujuan yang baik, misalnya mencari modal membina wat, "phluk sek phra kreung" boleh dilakukan, tetapi harus terkawal. Sekarang phluk sek ini kelihatan tidak terkawal lagi. Matlamatnya bukan untuk membina wat, tetapi untuk mengaut keuntungan diri. Wat yang sepatutnya jadi pusat mengembangkan ilmu dan kebijaksanaan sudah tukar jadi pusat "jual beli" krueng rang khong khlang.

Anonymous said...

Zaman dulu, phra geji thudong akan membuat imej-imej buddha untuk mengingati luksit-luksit mereka yg tinggal di perkampungan terpencil untuk menjaga sila apabila phra-phra ini meneruskan thudong.
Zaman kini, kalau tok than tidak menarikan tarian thewada, tidak menggunakan air mata dugong, tak suad mon sepanjang malam, tak menggunakan phrai kuman atau isian phisek, tiada orang akan membeli wattu mongkon wat itu. Gelagak kebanyakan wat-wat sekarang seperti pasar amulet. Ada orang mencerobohi wat and chedi untuk mencuri patung dan amulet lama. Runner dan pembeli borong amulet juga selalu cari Jao Awat untuk cakap bisnes. Kalau bukan kerana kebanyakan warga buddhis buta dhamma dan tamak wattu mongkon yg "power", tok than dan pedagang amulet takakan pakai Mercedes dan gemuk bulat seperti taukeh besar. Betoi tak?