Saturday, October 13, 2012

Tuhan Sudah Mati: Reformasi Agama!

Tuhan sudah mati! 

Ungkapan yang diucapkan oleh Friedrich Nietzsche pada tahun 60-an yang menggegarkan dunia sehingga memaksa masyarakat dunia melihat kembali gagasan Tuhan. Di Eropah, masyarakat di beberapa buah negara membentangkan kain pemidang di kota-kota besar: 
God is dead! Perkara ini terjadi akibat manusia hilang keyakinan kepada agama ketuhanan.

Tuhan sudah mati. Tuhan tetap mati. Dan kita telah membunuhnya. Bagaimanakah kita, pembunuh dari semua pembunuh, menghibur diri kita sendiri? Yang paling suci dan paling perkasa dari semua yang pernah dimiliki dunia telah berdarah hingga mati di ujung pisau kita sendiri. Siapakah yang akan menyapukan darahnya dari kita? Dengan air apakah kita dapat menyucikan diri kita? Pesta-pesta penebusan apakah, permainan-permainan suci apakah yang perlu kita ciptakan? Bukankah kebesaran dari perbuatan ini terlalu besar bagi kita? Tidakkah seharusnya kita sendiri menjadi tuhan-tuhan semata-mata supaya layak akan hal itu?

"Tuhan sudah mati" tidak boleh ditanggapi secara harafiah, seperti dalam "Tuhan kini secara fizik sudah mati"; sebaliknya, inilah cara Nietzsche untuk mengatakan bahwa gagasan tentang Tuhan tidak lagi mampu untuk berperanan sebagai sumber dari semua aturan moral atau teleologi

Nietzsche percaya bahawa bisa ada kemungkinan-kemungkinan yang positif bagi manusia tanpa Tuhan. Melepaskan kepercayaan kepada Tuhan akan membuka jalan bagi kemampuan-kemampuan kreatif manusia untuk berkembang sepenuhnya. 

Orang kata agama yang sebenar akan melahirkan kebahagiaan dan ketenangan hati kepada manusia. Dalam dunia yang penuh cabaran - dengan sifat materialistik dan egoistik yang semakin tinggi - kebahagiaan dan ketenangan hati bukan senang didapati. Oleh itu, agama dapat membantu mencarikan kebahagiaan dan ketenangan tersebut.

Kebanyakan orang percaya bahawa duit dan material boleh membawa kebahagiaan. Satu kajian pernah dibuat di Amerika Syarikat dengan bertanya kepada orang ramai apakah yang boleh membawa kebahagiaan kepada mereka? Mereka menjawab, duit atau kekayaan. Namun, kajian lain pula mendapati apabila pendapatan bertambah, manusia menjadi semakin kaya, tetapi kebahagiaan hidup tidak pula ikut bertambah. Bahkan, ada yang menjadi semakin susah. Kesusahan dalam kekayaan. Akibat sindrom kesusahan dalam kekayaan inilah menyebabkan masyarakat di negara maju berpendapat bahawa agama mungkin mempunyai jawapan terhadap masalah ini. Oleh itu, semakin ramai manusia kembali mendekati agama yang suatu masa dahulu telah diabaikan. Agama menjadi harapan baru kepada masyarakat dunia.

Namun, persoalan baru pula timbul. Agama tidak mampu memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada manusia kerana salah satu sebabnya ialah manusia telah melekat pada tradisi, upacara dan ritual yang merupakan bahagian luaran agama. Akibatnya, teras agama yang merupakan kaedah menyuburkan dan membahagiakan kehidupan terabai. Keadaan menjadi lebih parah apabila institusi agama terpengaruh dengan konsumerisme. "Orang suci" dalam agama juga diselubungi sikap materialistik dan konsumerisme.

Sekiranya konsumerisme mampu menghapuskan kesengsaraan manusia, keperluan terhadap agama tidak menjadi keutamaan lagi. Namun, konsumerisme tidak mampu memberikan kebahagiaan, malahan menambahkan kesengsaraan hidup.

Oleh itu, agama merupakan pilihan terbaik untuk mengatasi masalah manusia pada zaman krisis ini. Setiap agama utama di dunia memerlukan pembaharuan agar bebas daripada pengaruh materialistik dan kembali kepada ajaran asal sebagimana yang termaktub dalam kitab. Dan manusia pula harus kembali kepada ketulenan ajaran agama. 








4 comments:

Anonymous said...

MANUSIA ini sendiri lupa diri sendiri.Memang susah hendak menyedarkan mereka.Diseksa pun tidak cukup akan berubah.

Anonymous said...

Sebenarnya, idea "Tuhan" dilahirkan sejak zaman purba kerana kesengsaraan kehidupan dan fenomena bumi yg sukar ditelitikan waktu zaman itu. Tapi, dhamma dan vinaya dapat memberikan ketenangan hati dan kegembiraan tanpa materialistik.

pena reformasi said...

Harap penganut agama Buddha tidak terkeliru dan tertipu oleh konsep Tuhan Pencipta Maha Kuasa.

Anonymous said...

Devata/Tuhan/God tak boleh menentukan kehidupan kita. Kita yang menentukan kehidupan kita.