Friday, November 9, 2012

4 Perkara Yang Mulia

Buddha mengatakan terdapat 4 perkara yang paling mulia atau paling unggul. Paling mulia atau paling unggul kerana lebih baik, lebih hebat dan lebih berfaedah daripada perkara lain. Antaranya ialah:

1. Buddha

Buddha merupakan indidivu paling mulia berbanding individu lain di dunia. Tiada mana-mana individu yang setanding dengan Buddha. Bahkan Buddha lebih mulia daripada Brahma dan Devata. Siapa yang menyakini Buddha, orang itu dikatakan menyakini perkara yang mulia. Oleh itu, hasil yang mulia pasti akan diterima oleh orang tersebut kerana menyakini perkara yang mulia. 


2. Ariya Magga 8

Dalam segala Sankhata-dhamma, Buddha mengatakan bahawa Ariya Magga 8 dhamma paling mulia. Siapa yang menyakini Ariya Magga, orang itu dikatakan menyakini dhamma yang mulia. Oleh itu, hasil yang mulia pasti akan diterima oleh orang tersebut kerana menyakini perkara yang mulia.


3. Vi-raga - bebas daripada nafsu deria @ Kamaguna

Dalam segala Sankhata-dhamma dan Asankhata-dhamma, Buddha mengatakan bahawa Vi-raga dhamma paling mulia. Vi-raga merupakan dhamma yang menghancurkan kemabukan; memusnahkankan kehausan; menamatkan kesedihan; memutuskan Vatta Samsara; menghapuskan nafsu; meleraikan kemahuan; memadam dan Nibbana. 

Siapa yang menyakini Vi-raga dikatakan menyakini perkara yang mulia. Oleh itu, hasil yang mulia akan diterima oleh orang tersebut. 

Vi-raga dikategori ke dalam Sankhata-dhamma dan Asankhata-dhamma kerana ia merangkumi Nibbana. Asankhata-dhamma ialah Nibbana. 

(Makluman: Vi-raga mendukong beberapa maksud)


4. Ariya Sangha 

Ariya Sangha ialah 8 jenis individu:

(1) Sotapatti Magga (Thai: Sodapatti Mark)

(2) Sotapatti Phala (Thai: Sodapatti Phon)

(3) Sakadagami Magga 

(4) Sakadagami Phala 

(5) Anagami Magga 

(6) Anagami Phala

(7) Arahatta Magga

(8) Arahatta Phala

Ariya Sangha yang terdiri daripada 4 pasangan dan 8 individu merupakan golongan yang paling mulia. Golongan inilah yang dikatakan Buddha sebagai wajar diberi penghormatan, diberi sambutan dan merupakan sawah pahala yang tiada tandingannya. Siapa yang menyakini Ariya Sangha dikatakan menyakini perkara yang mulia. Oleh itu, hasil yang mulia akan diterima oleh orang tersebut. 

(Makluman: Bhikkhu yang belum mencapai tahap Sotapatti Magga tidak dikategori ke dalam Ariya Sangha.)

Inilah 4 perkara yang mulia yang diperjelaskan Buddha dalam sebuah sutta (ปสาทสูตร). Apabila dikatakan mulia oleh Buddha, pasti membawa kebaikan kepada orang yang menyakininya. Malangnya kita hanya menyakini secara ikut-ikutan tetapi tidak menyakini secara amalan. 

Kita sebenarnya kenal Buddha pada tahap Sila (moral) sahaja. Tahap lebih tinggi kita tidak kenal. Buddha mempunyai Metta Ceto Vimutthi iaitu kasih sayang tanpa sempadan tetapi kita tidak kenal. Magga 8 dan Vi-raga yang merupakan 2 dhamma yang mulia pun kita belum faham sepenuhnya. Kita lebih faham perkara-perkara lain yang remeh-temeh yang tidak diajar oleh Buddha.

Begitu juga dengan Sangha. Ramai daripada kita belum dapat membezakan antara Bhikkhu, Sangha dan Ariya Sangha. Kita main pukul rata sahaja. Asalkan berjubah kuning, bagi kita itulah golongan mulia. Sedangkan golongan mulia yang dikatakan oleh Buddha ialah Ariya Sangha. Ariya Sangha mesti sekurang-kurangnya Sotapatti Magga atau individu yang sedang mengamalkan Sotapatti. 

Individu macam mana yang dikatakan sedang mengamalkan Sotapatti? Individu yang sedang berusaha menghapuskan Samyojana 10 (Thai; Sangyot 10). 

Kesimpulannya, untuk mendapat hasil yang mulia (hasil yang baik) kita mesti menyakini perkara yang mulia. Menyakini di sini bermaksud mengamalkan dengan betul. Empat perkara mulia datang daripada Tri-Ratana atau Buddha, Dhamma dan Sangha. 

(Rujukan Tipitaka Thai)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau thambun kepada bhikkhu bukan ariya juga dapat pahala thambun kepada ariya song kerana bila thambun juga says tahu bhikkhu tersebut kuat rokok, mungkin minum arak, dan kadang kala pakai pakaian org biasa naik bas pi KL. Tapi niat ialah thambun kepada ariya song, bukan bhante/ luang phor/ luang phi/ por than tu je.

pena reformasi said...

Hasil tambun bergantung pada 3 perkara iaitu (1) material, (2) pemberi dan (3) penerima. Material diperolehi dengan cara yang bermoral, pemberi ikhlas dan penerima suci adalah paling baik. Niat yang ikhlas tetapi 2 perkara lagi "tidak baik" hasil bun pun kurang.