Sunday, November 25, 2012

Anatta; Bukan Diri Kita, Bukan Milik Kita!

Pada suatu masa, Buddha tinggal di Chetawan Vihara, berdekatan Kota Savatthi. Buddha berkata kepada semua bhikkhu bahawa mata tidak kekal. Apa-apa yang tidak kekal (avicca) adalah sengsara (dukka), apa-apa yang sensara ialah bukan diri (anatta).

"Cakkhu (mata) tak kekal. Apa-apa yang tak kekal adalah dukkha. Apa-apa yang dukkha adalah anatta. Perkara tersebut harus dilihat dengan kebijaksanaan mengikut kebenarannya bahawa perkara tersebut bukan milik kita, bukan kita, bukan diri kita.

"Telinga tak kekal (anicca), hidung tak kekal, lidah tak kekal, tubuh tak kekal, hati tak kekal. Apa-apa yang tak kekal adalah dukkha. Apa-apa yang dukkha adalah anatta. Perkara tersebut harus dilihat dengan kebijaksanaan mengikut kebenarannya bahawa perkara tersebut bukan milik kita, bukan kita, bukan diri kita.

"Oh, bhikkhu, pengikut yang mulia setelah mendengar (penjelasan Buddha), setelah melihat kebenaran sebegini, pasti bosan terhadap mata (perasaan yang lahir dari mata), bosan terhadap telinga, bosan terhadap hidung, bosan terhadap lidah, bosan terhadap tubuh, bosan terhadap hati. Setelah bosan, maka kemahuan pun terlerai. Setelah kemahuan terlerai, minda pun bebas. Setelah minda bebas, maka lahir pengetahuan yang mampu mengetahui bahawa minda telah bebas, mengetahui dengan jelas bahawa kehidupan ini telah berakhir, kehidupan mulia (brahma-cariya) telah tamat dan tugasan pun telah selesai.  Tugasan lain untuk jadi begini tiada lagi."



(Sumber: Tipitaka Thai)

No comments: