Wednesday, November 28, 2012

Buddha Meninggalkan 6 Benda Sanjungan Masyarakat

Orang kaya dan kekayaan merupakan dua perkara yang sangat disanjungi masyarakat hari ini. Orang miskin haya dipandang sebelah mata. Orang baik pun tidak berapa dipandang lagi. Walaupun manusia selalu berkata bahawa dia mahu jadi orang baik, namun apabila jumpa dengan orang baik, masyarakat kurang memberi penghargaan. Sebaliknya, orang kaya yang diberi pujian dan sanjungan. Orang kaya bererti orang banyak duit. Duit tidak boleh membeli segala-galanya, kata pujangga, tetapi tanpa duit kehidupan manusia pasti menjadi sukar. Orang baik hanya ada Sila dan moral yang tidak laku sesen pun. Jika tidak percaya, pergilah kedai runcit, minta beli gula dengan Sila atau moral. Hah, jika boleh, nasib baik sangatlah hari itu.

Asalkan kaya, meskipun kekayaan tersebut diperolehi dengan cara yang tidak bermoral pasti akan disanjung masyarakat. Saya pergi sebuah wat dan terlihat keratan akhbar "seorang kaya" tertampal di white board. Saya bertanya kepada seorang sami. Dia berkata: "Itulah datuk yang menderma RM150,000 kepada wat baru-baru ini. Dia orang baik!"

Saya terdiam. Dalam hati berkata: "Dialah tauke besar yang bergiat dalam aktiviti haram yang paling terkenal di Kuala Lumpur!"

Dia jadi "orang baik" kerana menderma duit yang diperolehi secara haram kepada wat?

Apakah benda yang menjadi sanjungan masyarakat pada zaman Buddha? Adakah sama dengan benda yang menjadi sanjungan masyarakat hari ini? Secara umumnya sama. Iaitu benda yang melambangkan kekayaan merupakan benda sanjungan orang sejak zaman dahulu hingga zaman sekarang. Pada zaman Buddha, benda yang menjadi sanjungan terbahagi kepada 6 jenis, iaitu:

1. Anak dan isteri.
2. Hamba lelaki dan hamba wanita.
3. Kambing dan biri-biri.
4. Ayam dan babi.
5. Gajah, lembu, kuda dan kaldai.
6. Emas dan perak.

Orang yang mempunyai cukup lengkap 6 benda ini sangat disanjungi masyarakat. Inilah benda yang menjadi ukuran taraf hidup seseorang dalam masyarakat. Anak yang baik, isteri yang setia, hamba yang ramai, haiwan peliharaan yang banyak dan emas dan perak berkoyan-koyan akan menjadi sanjungan dan penghormatan masyarakat. Keluasa orang kaya (setthi) sangat disanjungi dan dihormati kerana mempunyai 6 benda ini.

Namun, 6 benda yang menjadi sanjungan masyarakat inilah yang mendorong Putera Siddharta meninggalkan istana dan menjadi seorang samana (pertapa). Kenapa? Kerana benda-benda yang menjadi sanjungan masyarakat sebenarnya penghalang kepada manusia yang ingin mencari kebahagiaan sejati.

Buddha berkata, sendiri pun ada kelahiran, tetapi masih mencari benda yang ada kelahiran; sendiri pun ada ketuaan, tetapi masih mencari benda yang ada ketuaan; sendiri pun ada kesakitan, tetapi masih mencari benda yang ada kesakitan; sendiri pun ada kematian, tetapi masih mencari benda yang ada kematian; sendiri pun ada kesedihan, tetapi masih mencari benda yang ada kesedihan; sendiri pun ada kemurungan, tetapi masih mencari benda yang ada kemurungan.

Enam benda yang menjadi sanjungan masyarakat itulah benda yang mempunyai kelahiran, ketuaan, kesakitan, kematian, kesedihan dan kemurungan. Manusia dunia sedang melekat dan ketagih dengan benda-benda ini hingga mendorong mereka mencarinya setiap masa. Selagi manusia mencari benda-benda yang mempunyai kelahiran, ketuaan, kesakitan, kematian, kesedihan dan kemurungan, selagi itulah manusia tidak akan jumpa dengan kebahagiaan yang sejati, kebahagiaan yang kekal abadi.

Buddha meninggalkan rumah kerana mahu meninggalkan benda-benda ini untuk mencari benda lain yang tiada kelahiran, ketuaan, kesakitan, kematian, kesedihan dan kemurungan yang mampu membawa kebahagiaan sejati.

Maka sebab itulah, sesiapa yang mahu mengikuti jejak Buddha secara langsung mesti meninggalkan 6 benda di atas. Sangha merupakan golongan yang berikrar mahu mengikuti jejak Buddha secara langsung. Sebab itulah mereka terpaksa meninggalkan 6 benda tersebut dengan muktamad. Jikalau tidak meninggalkan 6 benda tersebut, bermakna mereka tidak ikut jejak Buddha, melainkan sekadar berpura-pura.

Buddha berjaya mencari kebahagiaan yang abadi yang bebas daripada kelahiran, ketuaan, kesakitan, kematian, kesedihan dan kemurungan iaitu Nibbana. Suatu yang diluar jangkaan. Selepas mencapai Pencerahan Sempurna (Trassaru), Buddha mendapat "sanjungan" yang luar biasa daripada masyarakat hingga mengalahkan sanjungan terhadap 6 benda di atas.


(Sumber: Tipitaka Thai)

1 comment:

Anonymous said...

Memang susah melupakan No. 1 dan No. 6
Lepas Buart phra, juga nak isteri dan anak-anak datang jenguk kat wat.
Nak duit poket, kenak letak nama atas "roster" sembur air mon yg disukai kaum Cina. Macam mana jaga Barami ?