Tuesday, November 13, 2012

Cara Membalas Jasa Ibu Bapa


Jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak terhitung banyaknya. Ibu bapa membesarkan anak-anak dengan segala susah payah. Sayangnya mereka kepada anak-anak hingga sanggup berlapar daripada anak-anak tiada makan. Mereka sanggup berkorban nyawa demi anak-anak. Sebenarnya jasa ibu bapa tidak perlu dihuraikan panjang lebar kerana semua anak-anak pun tahu.

Selain memastikan anak-anak membesar dengan sihat sejahtera, ibu bapa masih mempunyai tanggungjawab lain ke atas anak-anak. Mengikut agama Buddha, sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Tipitaka, ibu bapa mempunyai 5 tanggungjawab asas lain lagi. Antaranya ialah:

1. Melarang anak-anak daripada membuat jahat (tidak jadi orang jahat).

2. Memimpin anak-anak membuat kebaikan (jadi orang baik).

3. Memberi pendidikan kepada anak-anak.

4. Mencari pasangan hidup kepada anak-anak.

5. Mewariskan harta kepada anak-anak.

Kerana besarnya jasa ibu bapa, Buddha mengatakan bahawa membalas jasa ibu bapa bukan mudah.  Buddha memberikan satu perumpamaan. Sekiranya anak meletakkan ibu bapa di atas bahunya, diberi makan dan minum, mandi, berak dan tidur di atas bahu selama 100 tahun, jasa ibu bapa belum habis dibalas.  Maksud tersiratnya bahawa membalas jaga ibu bapa dengan memberi makanan dan menjaga fizikal sahaja tidak mencukupi.

Anak-anak juga mesti memberi penjagaan rohani kepada ibu bapa. Apakah penjagaan rohani tersebut?

1. Jikalau ibu bapa tiada Sattha (Saddha) terhadap Tri-Ratna, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak mewujudkan Sattha di hati mereka. 

2. Jikalau ibu bapa jenis kedekut, anak-anak mesti mengajak ibu bapa agar membuat dana (sedekah). Dana boleh mengurangkan sifat kedekut. (Kedekut sejenis Kilesa yang menghalang manusia membuat kebajikan).

3. Jikalau ibu bapa suka melanggar Sila (moral), ibu bapa mesti berusaha agar ibu bapa berada dalam Sila. (Sila 5 pun sudah memadai. Jikalau dapat Sila 8 lagi baik).

4. Jikalau ibu bapa tiada Panya, anak-anak mesti memberi Panya kepada mereka. Hanya Panya yang mampu memberi kebahagiaan sejati. Dalam Sutta lain ditambahkan satu lagi iaitu Ditthi. Anak-anak mesti membetulkan Micca Ditthi ibu bapa. Ditthi dan Panya sangat berkaitan. Tanpa Panya, Ditthi tidak akan dapat diubah. 

Nah, tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa pun bukan ringan. Jikalau anak-anak ingin membalas jasa ibu bapa, memberi makan, minum, tidur dan kesihatan yang baik sahaja tidak cukup, tetapi mesti memberi kesedaran Dhamma kepada mereka.

Bagaimana anak-anak mahu membalas jasa ibu bapa sekiranya anak-anak pun jahil Dhamma? Inilah perkara yang kurang diberikan perhatian. 

Kenapa ibu bapa amat gembira apabila anak lelaki masuk Bhikkhu? Kerana mereka mengharapkan agar "kain kuning" dapat menarik mereka keluar daripada neraka. "Kain kuning" tersebut sekadar perumpamaan bagi menggantikan Dhamma. Dengan Dhamma sahaja anak-anak mampu memberi makanan rohani kepada ibu bapa. 


3 comments:

Anonymous said...

Membalas jasa ibu bapa sepatutnya bermula dengan ibu bapa juga. Apa phor mae buat, anak juga tengok dan ikut. Kalau bapa kaki botol, luk juga ikut minum.
Bila mak bapak mati, ngan sop buat besar besar, thambun kat wat sponser besar-besar buat apa? Nak orang kata anak ni anak bagus, tapi bila mak bapak dulu sakit nak pergi hospital, kata takde masa, naik teksi pi sendiri, jenguk mak 5 tahun sekali sahaja bila pikir nak jual kebun ibu-bapa.
Kalau taknak anak sendiri macam org tak berguna, mestilah bermula dari kita sendiri.

pena reformasi said...

Begitulah sikap manusia. Ramai yang mengabaikan ibu bapa masa hidup. Selepas mati baru sibuk tambun uthit. Silap konsep, terbalik kaedah. Anak-anak patut mengambil berat ibu bapa masa mereka hidup.

Anonymous said...

we must take care our parent because they helping us to do everything IN OUR LIFE............
I LOVE MY FAMILY SO I THINK EVERYONE LOVE THEIR PARENT.......... TQ .