Friday, December 28, 2012

Buddha Pernah Jadi Maha Phrom, Maha Kuasa

Orang India pada zaman sebelum Buddha percaya bahawa Maha Phrom ialah Tuhan pencipta segala alam. Kehidupan makhluk ditentukan oleh Maha Phrom. Akan tetapi, kepercayaan yang meresap ke tulang sum-sum masyarakat India berubah selepas kelahiran Buddha. Buddha dengan tegas menafikan bahawa Maha Phrom ialah pencipta segala alam. Maha Phrom tidak menentukan kehidupan manusia. Sebaliknya, manusialah yang menentukan nasib sendiri.

Mengapakah Buddha berkata begitu? Pertama, Buddha mendapat Trassaru dan mengetahui semua apa yang hendak diketahui. Kedua, Buddha pernah dilahirkan sebagai Maha Phrom.

Buddha berkata Baginda pernah menyuburkan Metta Pavana sepanjang 7 tahun lalu tidak dilahirkan sebagai manusia selama 7 sangvatta-vivattakap (สังวัฏฏวิวัฏฏกัป ). (Ini merupakan tempoh yang merujuk kepada proses kemusnahan, kehancuran dan pembentukan cakerawala).

Sewaktu cakerawala sedang dalam proses kemusnahan, Buddha dilahirkan di dunia Phrom (Brahma-Loka;Thai: Phroma-loka) yang bernama Apassara. Sewaktu cakerawala sedang mengalami proses pembentukan semula (kemajuan), Buddha memasuki Mahligai Phrom yang kosong. Buddha menjadi Maha Phrom, Maha Besar yang tiada siapa-siapa dapat menandinginya. Buddha mampu melihat kehidupan yang lalu, kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang dengan jelas. Buddha mampu mengetahui apa yang hendak diketahui. Buddha dapat mengawal minda dengan baik.

(Sutta ini harus difahami dengan baik. Dalam post yang lalu pernah disiarkan tentang "Phrom dan proses pembentukan dunia". Phrom yang tinggal di Mahligai Phrom yang kosong inilah yang dianggap sebagai Tuhan Maha Pencipta oleh manusia. Phrom ini mempunyai usia yang sangat lama hingga tidak terhitung. Buddha menjadi Phrom dan tinggal di sini sepanjang 7 sangvatta-vivattakap, iaitu bersamaan dengan 7 kali cakerawala mengalami proses kemusnahan dan pembentukan semula. Betapa panjangnya usia Maha Phrom hingga 7 kali dunia musnah dan terbentuk semula tetapi Maha Phrom belum mati. Kerana usia yang terlalu panjang inilah Maha Phrom ingat dia tidak mati, sebaliknya kekal abadi.)

Buddha juga pernah menjadi Devata, Thao Sakka sebanyak 36 kali, pernah menjadi Maharaja yang sempurna dengan dhamma, pernah menjadi Dhammaraja yang hebat dan bermacam-macam kebesaran lain. Buddha juga mempunyai kuasa dan kehebatan yang sangat luar biasa. Semuanya berpunca daripada hasil Karma 3 perkara iaitu Dana (sedekah) Dama (memaksa diri agar tidak melakukan kejahatan) dan Sanyama (mengawal diri atau menjaga moraliti @ Sila).


(Rujukan: Kitab Tipitaka Thai)

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah agama Buddha tak perlu berebut Tuhan dengan sesiapa.

Anonymous said...

memang pun.Buddha dilahirkan ken cakrawala baru atau istana Phrom atau hari ini kita panggil galaksi yg baru.heran juga aku macamana Buddha yg langsung tak ada telescope hubble dapat tahu akan kelahiran dan kemusnahan Alam semesta kelahiran makhluk Bernama Maha Phrom yang menguasai galaxy atau phrom.