Sunday, January 20, 2013

Asattham 10: Bhikkhu Jahat Umpama Burung Gagak!


Asattham 10 ialah dhamma yang tidak baik.

Dalam sebuah Sutta, Buddha mengatakan bahawa burung gagak mempunyai 10 tabiat buruk yang bersamaan dengan Asattham 10, iaitu:

1. menghapuskan kebaikan

2. muka tebal

3. berkemahuan besar @ nafsu besar

4. kuat makan

5. pemarah @ bersifat kasar

6. tiada belas kasihan

7. lemah longlai

8. sentiasa menjerit

9. leka atau lalai

10. menyimpan atau mengumpul (harta).

Bhikkhu yang tidak baik juga mempunyai tabiat buruk Asattham 10 seperti di atas. Jadi, apabila kita nampak bhikkhu mempunyai 10 tabiat buruk di atas, sedarlah kita bahawa itu bukan bhikkhu yang baik. Bahikkhu yang buruk sikapnya tidak layak dikategori ke dalam Sangha. Sangha adalah sawah pahala bagi penganut agama Buddha. Bhikkhu tidak baik tidak layak jadi sawah pahala.

Attha Katha memberi huraian seperti berikut:

1. suka menghapuskan kebaikan, budi atau jasa orang. Walaupun dipegang tangan (untuk menunjukkan kebaikan) dia akan menepis.  Bahkan dia akan berak di atas kepala.

2. tidak tahu malu.

3. bernafsu besar atau dipenuhi dengan kebencian.

(4. kuat makan)

5. pemarah dan bersifat kasar.

6. tiada belasa kasihan @ tiada sifat Karuna. tidak membantu orang lain yang dalam kesusahan.

7. tiada kekuatan dan lemah longsai.

8. sambil terbang, sambil menjerit.

(9. lalai atau leka. tiada Sati dalam setiap gerak-geri.)

10. suka mengumpul atau menyimpan.





No comments: