การติดต่องานเกี่ยวกับ "วัด"
การสร้างวัดในพระพุทธศาสนา  ตามมาตรา  ๓๑  แห่งพระราชบัญญัติคณะสงฆ์  พ.ศ. ๒๕๐๕ แก้ไขเพิ่มเติมโดยพระราชบัญญัติคณะสงฆ์  (ฉบับที่ ๒)  พ.ศ. ๒๕๓๕  บัญญัติว่า “วัดมีสองอย่าง (๑) วัดที่ได้รับพระราชทานวิสุงคามสีมา (๒)  สำนักสงฆ์ ...........” และมาตรา ๓๒  บัญญัติว่า “การสร้าง  การตั้ง  การรวม  การย้าย  การยุบเลิกวัด  และการขอรับพระราชทานวิสุงคามสีมา  ให้เป็นไปตามวิธีการที่กำหนดในกฎกระทรวง ..............”  ดังนั้น  การจะสร้างวัดขึ้นในพระพุทธศาสนาให้ถูกต้องเป็นวัดโดยสมบูรณ์  มีเขตวิสุงคามสีมาที่ได้รับพระราชทานเพื่อพระสงฆ์กระทำสังฆกรรมได้ตามพระธรรมวินัย  จะต้องดำเนินการให้เป็นไปตามหลักเกณฑ์  ขั้นตอน  และวิธีการที่กำหนดในกฎกระทรวง  ฉบับที่ ๑ (พ.ศ. ๒๕๐๗)ออกตามความในพระราชบัญญัติคณะสงฆ์ พ.ศ. ๒๕๐๕  หมวด ๑ การสร้างวัด หมวด ๒ การตั้งวัด และหมวด  ๖  การขอรับพระราชทานวิสุงคามสีมา
๑. หลักเกณฑ์การขออนุญาตสร้างวัด
๑.๑ ต้องมีที่ดินที่จะใช้สร้างวัดซึ่งต้องติดต่อเป็นผืนเดียวกัน  เนื้อที่ไม่น้อยกว่า ๖ ไร่ (ไม่มีข้อยกเว้น)  โดยเจ้าของกรรมสิทธิ์ที่ดินตามกฎหมายทำหนังสือสัญญาตกลงยกที่ดินให้สร้างวัด ไว้กับนายอำเภอ  และเจ้าพนักงานที่ดินอำเภอ  แสดงความประสงค์จะยกที่ดินให้เพื่อใช้สร้างวัด
      กรณีที่ดินที่จะให้สร้างวัดเป็นที่ดินของทางราชการ  ต้องผ่านขั้นตอนการขอใช้ที่ดินจนถึงส่วนราชการผู้ดูแลรักษาที่ดินนั้น  ออกหนังสืออนุญาตให้ใช้ประโยชน์ในที่ดินเพื่อสร้างวัดก่อน  แล้วจึงจะใช้ หนังสืออนุญาตให้ใช้ที่ดินดังกล่าวแทนเอกสารแสดงสิทธิในที่ดิน ประกอบเรื่องเสนอขออนุญาตสร้างวัด  ตั้งวัด ได้โดยอนุโลม
๑.๒ ต้องเป็นสถานที่ที่เหมาะสมสำหรับเป็นที่พำนักอาศัยของพระภิกษุสงฆ์
๑.๓ ตั้งอยู่ห่างจากวัดอื่นไม่น้อยกว่า ๒ กิโลเมตร  เว้นแต่จะมีเหตุจำเป็น
๑.๔ มีประชาชนที่จะได้รับประโยชน์และให้การสนับสนุนเมื่อได้ตั้งเป็นวัดแล้วในรัศมี  ๒  กิโลเมตร  เฉลี่ยวัดละไม่น้อยกว่า  ๑.๐๐๐  คน เว้นแต่จะมีเหตุจำเป็น
๑.๕ เจ้าคณะอำเภอ  นายอำเภอ  เจ้าคณะอำเภอ  และผู้ว่าราชการจังหวัด  พิจารณาเห็นสมควรให้สร้างวัด
๒. เอกสารหลักฐานประกอบการขออนุญาตสร้างวัด
๒.๑ คำขออนุญาตสร้างวัด
๒.๒ สำเนาบัตรประจำตัวประชาชน และสำเนาทะเบียนบ้านของผู้ขออนุญาต
๒.๓ กรณีขอสร้างวัดในที่ดินของเอกชน  ต้องแนบเอกสารหลักฐาน  ดังนี้
      - สำเนาเอกสารแสดงกรรมสิทธิ์หรือสิทธิครอบครองที่ดินที่จะยกให้สร้างวัด
      - หนังสือสัญญาตกลงยกที่ดินให้สร้างวัด
      - สำเนาบัตรประจำตัวประชาชน  สำเนาทะเบียนบ้านของผู้ยกที่ดินให้สร้างวัด  กรณีผู้ยกที่ดินให้สร้างวัดมีคู่สมรส  ต้องแนบหนังสือยินยอมพร้อมด้วยสำเนาทะเบียนสมรส  สำเนาบัตรประจำตัวประชาชน และสำเนาทะเบียนบ้านของคู่สมรส กรณีหม้ายเนื่องจากหย่า  ต้องแนบหนังสือสำคัญการหย่ากรณีคู่สมรสเสียชีวิตต้องแนบสำเนาทะเบียนสมรส และใบมรณะบัตรของคู่สมรส
 ๒.๔ กรณีขอสร้างวัดในที่ดินของทางราชการ ต้องแนบหนังสืออนุญาตให้ใช้ประโยชน์ในที่ดินเพื่อสร้างวัด  และเอกสารประกอบที่ส่วนราชการผู้ดูแลรักษาที่ดินนั้นออกให้
๒.๕ แผนที่ตั้งวัด
๒.๖ แผนผังอาคารสิ่งปลูกสร้าง
๓. ขั้นตอนดำเนินการขออนุญาตสร้างวัด
๓.๑ ผู้ขออนุญาตสร้างวัดยื่นคำขออนุญาตสร้างวัด (ศถ.๑) ต่อนายอำเภอท้องที่ที่จะสร้างวัด  ตามแบบที่สำนักงานพระพุทธศาสนาแห่งชาติกำหนด พร้อมเอกสารหลักฐานประกอบเรื่อง
๓.๒ นายอำเภอนำปรึกษาเจ้าคณะอำเภอ  แล้วเสนอเรื่องและความเห็นไปยังผู้ว่าราชการจังหวัด
๓.๓ ผู้ว่าราชการจังหวัดนำปรึกษาเจ้าคณะจังหวัด  แล้วเสนอเรื่องและความเห็นไปยังสำนักงานพระพุทธศาสนาแห่งชาติ
๓.๔ สำนักงานพระพุทธศาสนาแห่งชาติพิจารณาเห็นสมควรให้สร้างวัดได้  ให้รายงานนายกรัฐมนตรี (รองนายกรัฐมนตรีที่ได้รับมอบหมายให้กำกับดูแล) เพื่อพิจารณาให้ความเห็นชอบก่อนนำเสนอมหาเถรสมาคม
๓.๕ เมื่อมหาเถรสมาคมเห็นชอบแล้ว  ให้สำนักงานพระพุทธศาสนาแห่งชาติออกหนังสืออนุญาต ให้สร้างวัด
รวบรวมเรียบเรียงโดย
ว่าที่ ร.ต.หญิง สิรภัทร อาวอร่ามรัศมิ์
นักวิชาการศาสนาชำนาญการ
ปรับปรุงข้อมูลล่าสุด วันที่ ๒๓ มิถุนายน ๒๕๕๔


Di atas ialah prosedur dan syarat-syarat membina sesebuah wat atau samnakh Song yang diguna pakai di Thailand. Kita di Malaysia harus menggunakan prosedur dan syarat-syarat ini sebagai panduan apabila mahu membina wat atau Samnakh Song kerana Khanak Song Malaysia masih tertakluk kepada Maha Thera Samakhom di Thailand (Persatuan Sangha Thailand). 

Prosedur penting apabila hendak membina wat, pemilik tanah mesti memohon dan mendapat kelulusan  daripada Pegawai Daerah, Kerajaan Negeri, Ketua Bhikkhu Negeri, Perdana Menteri dan akhirnya Maha Thera Samakhom. Setelah mendapat kelulusan Maha Thera Samakhom, barulah boleh membina wat. Tanah yang hendak dibina wat mesti ditukar status daripada tanah persendirian kepada tanah wat.

Malangnya kita di Malaysia sering mengabaikan prosedur di atas, terutama wat atau Samnakh Song yang dibina baru. Kita mengambil jalan mudah. Kita tidak berfikir bahawa sesebuah wat yang dibuna tidak ikut prosedur atau kelulusan daripada pihak yang berkuasa, wat tersebut akan jadi wat "haram" yang tidak boleh dijadikan tempat Sangkhakam kepada Sangha. Bahkan kita masih tidak dapat membezakan antara Wat dan Samnakh Song. Wat mesti dibina di atas tanah keluasan tidak kurang 6 ekar. Jika tanahnya sempit, hanya boleh bina Samnakh Song. Namun, kita main tibai sahaja. Asalkan kepalanya tok sami, kita ikut mestkipun salah. 

Kaedah kita amat mudah. Seorang tok sami yang ada duit beli tanah atas nama sendiri, kemudian bina kediaman sami, suruh mana-mana sami datang duduk dan isytihar jadi sebuah wat. Kemudian minta masyarakat pergi tambun, anjurkan perayaan Hari Wesak, Kathina, Sonngkran dan Loy Krathong dan sebagainaya, maka jadilah sebuah wat yang sempurna bagi kita. Masyarakat pula buta agama. Pakat-pakat pergi tambun tanpa pakai otak sama ada tempat yang dipaggil "wat" atau "Samnakh Song" itu sah atau tidak ikut undang-undang dan hukum agama Buddha. 

Syarat pertama, tapak atau tanah yang mahu dibina wat tidak boleh menjadi milik persendirian. Maksudnya tanah wat tidak boleh atas nama seseorang, tidak kira sami atau bukan sami. Tanah mesti ditukar status kepada tanah hak milik awam atas nama Khanak Song atau Maha Thera Samakhom. Jika tanah masih nama tok sami, itu bukan wat, tetapi Rumah Tok Sami Sdn. Bhd. Kaum Buddhis harus sedar perkara ini agar tidak tertipu. 

Istilah wat juga sering disalah guna. Seperti dinyatakan di atas, wat mesti dibina di atas tanah dengan keluasan 6 ekar. Sekiranya tidak sampai 6 ekar, hanya layak dibina Samnakh Song. Sedihnya, di tempat kita, tanah sekangkang beruk pun dikatakan wat. Siapa yang kata? Tok sami. Tok sami sengaja mengelirukan masyarakat atau tidak dapat membezakan wat dengan Samnakh Song, entahlah. Takkan bodoh sangat hingga tak dapat bezakan wat dan Samnakh Song!

Sekiranya niat tok sami ikhlas mahu beli tanah dan bina wat atau Samnakh Song, dia mesti tukar status tanah kepada hak milik awam @ Khanak Song. Jika tidak, tok sami tersebut tidak ikhlas dan berniat menipu masyarakat.

Tanah persendirian akan mengundang ribut pada kemudian hari. Seandainya tok sami mati, apa akan terjadi dengan Samnakh Song tersebut? Adik beradik atau pewarisnya tidak menuntut hak ke atas tanah tersebut? Siapa boleh beri jaminan? Tok sami sudah mati. Undang-undang Malaysia membolehkan pewaris menuntut hak biarpun tempat itu ialah Samnakh Song. Di Thailand yang ada undang-undang jelas berkaitan "harta Sangha" pun harus ikut prosedur apabila mahu membina wat atau Samnakh Song supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Kita di Malaysia yang tiada undang-undang berkaitan "harta Sangha" mengambil jalan mudah. Memang kita jenis tak takut bala. 

"Harta Sangha" ialah harta yang diperolehi sewaktu jadi bhikkhu apabila bhikkhu tersebut mati atau meninggalkan alam bhikkhu, Khanak Song (Persatuan Sangha) berhak menuntut harta tersebut. Di Malaysia, harta Sangha selalunya jatuh kepada saudara mara si mati. Inilah sebabnya kenapa apabila membina Samnakh Song, tanah mesti ditukar status daripada milik individu atau persendirian kepada milik awam atau Khanak Song.

Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Samnakh Song yang dibina oleh seorang sami. Sekarang sami tersebut telah mati. Samnakh Song tersebut jatuh kepada hak milik adik beradik dia. Sekarang Samnakh Song tersebut disewa kepada sami lain untuk dijadikan Samnakh Song yang baru. Duit sewa dikatakan dihabiskan di Genting Highlands kerana pemiliknya kaki judi.  Bayangkan, sami terpaksa sewa Samnakh Song (lama) untuk dijadikan Sambakh Song baru. Seandainya, sami yang mati tukar status tanah kepada hak milik Sangha, perkara memalukan agama begini tidak akan berlaku. Ini sekadar contoh.

Di Malaysia sekarang masih banyak Samnakh Song (Theravada Thai) yang dibina di atas tanah milik individu (sami dan bukan sami) dan sesetengahnya dijadikan tempat cari makan. Keadaan ini amat memalukan kaum Buddhis Thai kerana kaum lain tiada hal begini. Kaum lain membina pusat ibadat di atas tanah hak milik bersama atau persatuan agama. Tiada mana-mana individu yang berhak ke atas tanah tersebut, melainkan dengan persetujuan persatuan berkenaan. Kaum Thai @ Siam seharusnya sedar akan hal ini dan tidak jadi sasaran penipuan terhormat individu tertentu. 

Mengikut syarat-syarat di atas, tanah persendirian mesti ditukar hak milik dahulu barulah kelulusan membina wat atau Samnakh Song dikeluarkan. Di Malaysia Samnakh Song dibina di atas tanah individu atau persendirian. Maka jadilah Samnakh Song "haram" yang hanya masyarakat yang buta dan jahil agama sahaja yang akan pergi tambun

Niat yang suci dan ikhlas sahaja mahu membina Samnakh Song tidak mencukupi selagi prosedur dan syarat-syaratnya tidak diikuti dengan betul. Wat atau Samnakh Song yang tidak ikut prosedur, tidak memenuhi syarat dan gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa yang bertanggungjawab (termasuk Khanak Song), wat atau Samnakh Song tersebut adalah tidak sah. 

Kesimpulannya, membina wat atau Samnakh Song adalah baik untuk pengembangan agama Buddha tetapi mesti ikut cara yang betul. Jika tidak, bukan paala yang dapat, tetapi dosa. Kisah-kisah hitam yang lepas harus dijadikan iktibar oleh penganut agama Buddha.