Saturday, January 12, 2013

Mempersembahkan Barang kepada Sangha dan Bhikkhu: Apakah Bezanya?

Nang Pacabodi Gotami, ibu saudara Buddha telah menenun kain yang berkualiti tinggi untuk dipersembahkan kepada Buddha. Namun, Buddha tidak terima. Nang Pacabodi memberi kepada bhikku lain, tetapi tiada yang sudi menerimanya. Akhirnya, beliau memberi kepada seorang bhikkhu baru yang bernama Achita. Nang Pacabodi kecewa dan sedih kerana bersusah payah menenun kain untuk dipersembahkan kepada Buddha, tetapi terpaksa diberi kepada bhikkhu baru.

Buddha melontar bart (batil) ke langit, tetapi tiada seorang bhikkhu pun yang dapat mencarinya. Bahkan Phra Mongganlana yang dikatakan paling hebat kuasanya di kalangan bhikkhu pun tidak dapat mencarinya. Sebaliknya, bhikkhu yang beranama Achita menghulurkan tangan, bart buddha jatuh ke tapak tangannya. Buddha pun berkata, bhikkhu baru yang bernama Achita ini pada masa akan datang akan menjadi Buddha yang bernama Phra Sri Ariyamettriya. Nang Pacabodi pun saddha terhadap bhikkhu Achita.

Kisah bhikkhu Achita ini terdapat dalam Pathom Somphotikatha (ปฐมสมโพธิกถา) yang entah dikutip dari mana. Dalam Kitab Tipitaka dan Attha Katha langsung tidak ada kisah ini. Kitab Tipitaka dan Attha Katha terdapat dalam ทักขิณาวิภังคสูตร และ อรรถกถา yang secara ringkasnya begini.

Nang Pacabodi, ibu saudara Buddha telah menenun kain berkualiti tinggi untuk dipersembahkan kepada Buddha tetapi Buddha tidak terima. Sebaliknya, Buddha minta Nang Pacabodi mempersembahkannya kepada Sangha. Mempersembahkan barang kepada Sangha (Sangha ialah kumpulan bhikkhu lebih daripada 4 orang atau dipanggil Persaudaraan Bhikku) mendapat pahala lebih tinggi daripada mempersembahkan barang khusus kepada Buddha.

Buddha tidak terima persembahan kain tenunan daripada Nang Pacabodi, sebaliknya menyuruh beliau mempersembahkan kepada Sangha kerana hasil pahala lebih tinggi. Buddha menegaskan bahawa mempersembahkan sesuatu kepada "kumpulan bhikkhu" lebih baik daripada mempersembahkan kepada seorang "individu bhikkhu" termasuk Buddha sendiri. Daripada sini kita tahu bahawa Buddha amat mengutamakan "kepentingan bersama" daripada kepentingan individu. Sekiranya kain tenunan dipersembahkan kepada Buddha, maka hanya Buddha sahaja yang boleh memakainya. Sebaliknya apabila dipersembahkan kepada Sangha, mana-mana bhikku yang memerlukan kain boleh memakainya kerana Sangha mewakili semua bhikkhu. Mempersembahkan kepada Sangha dipanggil Sanghadana.

Di sini kita kaum Buddhis harus tahu bahawa memberi sesuatu kepada Sangha (atas nama Sangha) lebih baik daripada memberi kepada mana-mana individu bhikkhu. Pahalanya lebih besar. Ini dijamin oleh Buddha sendiri. Oleh itu, apabila hendak memberi sesuatu kepada bhikkhu, harus diberi atas nama Sangha. Jika diberi atas nama bhikkhu, pahalanya tidak sebanyak diberi atas nama Sangha. Dan jikalau kita memberi Sanghadana tetapi (dalam hati) ditujukan kepada bhikkhu tertentu, saudara mara atau sahabat handai, pemberian kita sebenarnya terpesong. Kita melafazkan pemberian atas nama Sangha (Sanghadana) tetapi dituju kepada individu tertentu, adalah terpesong daripada ajaran Buddha.

Contoh, jikalau kita pergi sesebuah wat, berjumpa Ketua Bhikkhu. Kita teringin memberi barang. Kita seharusnya memberi atas nama Sangha supaya semua bhikkhu yang ada di wat tersebut boleh menggunakannya. Jikalau kita memberi atas nama Ketua Bhikkhu tersebut, hanya Ketua Bhikkhu yang berhak ke atas barang itu. Sekiranya bhikkhu lain mahu menggunakannya harus meminta keizinan daripada Ketua Bhikkhu terlebih dahulu. Bagaimana sekiranya Ketua Bhikkhu jenis kedekut dan suka simpan daripada memberi kepada bhikkhu lain menggunakannya? Barang pemberian kita akan jadi barang muzium.

Kesimpulannya, memberi barang keperluan, makanan atau minuman atas nama Sangha lebih banyak pahala -  tiada terhitung banyaknya - berbanding memberi secara khusus kepada seorang bhikkhu.







4 comments:

Anonymous said...

Itulah tradisi kaum Thai. Apabila tham than atau memberi sanghathan, beri kepada Bhikkhu yg saudara mara kita sahaja. Bahpun, huluk kepada Jao awat shj. Bhikkhu yg dijemput dari kampung lain atau negeri lain tidak dipedulikan. Kadang-kala kesian saya nampak phra seorang tu yg tidak didekati seorang pun. Sanghathan tu saya hulurkan kepadanya atas nama Sangha.

pena reformasi said...

Kita buat Sangkhatan@Sanghadana tapi dituju kepada bhikkhu tertentu saja, itu kira sudah terpesong. Sangkhatan bermakna beri kepada "semua bhikkhu". Jika kaedah dan niat salah, bagaimana kita mahu terima hasil yang betul?

Anonymous said...

Kalau thambun duit ringgit yg sepatutnya digunakan oleh wat tapi dimasukkan dalam poket, adakah itu kesalahan parajika?

pena reformasi said...

Mengambil duit atau barang berharga yang bukan hak sendiri adalah mencuri, hukumnya Parajik.