Saturday, January 19, 2013

Yakkha Mendalami Dhamma


Yak atau Yakkha digambarkan sebagai makhluk "bukan manusia" tetapi sejenis gergasi yang besar dan garang. Apabila marah Yak akan keluarkan taring yang menakutkan. Kita hanya melihat Yak di dalam wayang atau patung batu di dalam wat, sedangkan Yak yang sebenar bagaimana kita tidak tahu. Atau ada sesiapa pernah terserempak dengan Yak? Dalam kitab Tipitaka, terdapat banyak tempat yang mengisahkan Yak menghadap Buddha Yang Suci. Dalam sebuah sutta, iaitu Alavaka Sutta, dikisahkan Yak yang bernama Alavaka menghadap Buddha dengan angkuh dan bertanya soalan dhamma dengan sombong sekali. Peristiwa ini berlaku di negeri Alavi. Kisah ringkasnya adalah seperti berikut:

Pada suatu masa, Buddha tinggal di tempat Alavaka Yak di negeri Alavi.

Alavaka Yak menghadap Buddha di kediaman Baginda.

Alavaka Yak: (nada menghalau): "Tuan Samana, tolong keluar!"

Buddha: "Baiklah!" Baginda pun keluar.

Alavaka Yak: "Tuan Samana, tolong masuk!"

Buddha: "Baiklah!" Baginda pun masuk.

Alavaka Yak: "Tuan Samana, tolong keluar!"

Buddha: "Baiklah!" Baginda pun keluar.

Alavaka Yak: "Tuan Samana, tolong masuk!"

Buddha: "Baiklah!" Baginda pun masuk!

Sebanyak 3 kali Alavaka Yak menyuruh Buddha keluar dan masuk dari kediaman. Buddha mematuhinya dengan baik.

Masuk kali ke-4

Alavaka Yak: "Tuan Samana, tolong keluar!"

Buddha: "Kita tak akan keluar. Tuan mahu buat apa,  buatlah!"

Alavaka Yak: "Kita mahu tanya soalan kepada Tuan. Jika Tuan tak boleh jawab, kita akan kucar-kacirkan minda Tuan, atau koyakkan hati Tuan atau kita pegang kaki Tuan lempar ke seberang sana Sungai Gangga!"

Buddha: "Kita belum nampak sebarang orang di dunia, di syurga, di alam Brahma-Loka atau di kalangan Brahmana yang mampu kucar-kacirkan minda kita, koyakkan hati kita atau pegang kaki kita kemudian lempar ke seberang Sungai Gangga. Persilakan tuan bertanya soalan!"

Alavaka Yak: "Apakah harta yang jadi kebanggaan manusia di dunia? Apakah yang apabila diamalkan manusia akan membawa kebahagiaan? Apakah rasa yang paling istimewa daripada segala rasa? Bagaimanakah kehidupan yang dianggap mulia oleh para bijaksana?"

Buddha: "Saddha (Thai: Sattha) adalah harta yang paling mulia bagi manusia di dunia. Dhamma yang diamalkan dengan baik akan membawa kebahagiaan. Sacca (kebenaran, kejujuran dan keikhlasan) adalah rasa yang paling istimewa darpada segala rasa. Kehidupan yang bersulamkan kebijaksanaan dianggap paling mulia oleh para bijaksana."

Alavaka Yak: "Bagaimana mahu menyeberangi sungai? Bagaimana mahu menyeberangi lautan? Bagaimana mahu melepasi kesengsaraan (dukkha)? Bagaimana mahu mensucikan minda?

Buddha: "Menyeberangi sungai dengan Saddha. Menyeberangi lautan dengan tidak lalai/leka (ada Sati (kesedaran) dalam segala gerak-geri). Melepasi kesengsaraan dengan kegigihan. Mensucikan minda dengan kebijaksanaan (panya)."

Alavaka Yak: "Bagaimana orang mendapat panya (panna)? Bagaimana mahu cari harta? Bagaimana orang mendapat nama? Bagaimana mahu mengikat persahabatan? Orang yang meninggalkan dunia ini, menuju dunia hadapan, bagaimana cara supaya tidak kesedihan?

Buddha: "Individu yang mempercayai dhamma Phra Arahant demi Nibbana, mendengarnya dengan baik pasti mendapat panya. Individu yang yang tidak leka (sentiasa ada Sati), mengawal minda, bertindak sesuai dengan keadaan, tidak melepaskan tanggungjawab dan tekun pasti dapat mencari harta. Orang akan mendapat nama kerana kebenaran, keikhlasan dan kejujuran. Pemberi pasti mampu mengikat persahabatan. Mereka yang hidup berkeluarga yang mempunyai saddha dan 4 dhamma (sacca, dhamma, diti, caga @ สัจจะ, ธรรมะ, ธิติ, จาคะ), apabila meninggalkan dunia ini tidak akan kesedihan. Sila Tuan bertanya kepada Samana Brahmana, apakah yang lebih hebat daripada sacca, damak, caga dan khanti (สัจจะ, ทมะ, จาคะ, ขันติ).

Alavaka Yak: "Kenapa saya mahu bertanya Samana Brahmana kerana saya telah dapat faedah untuk kehidupan akan datang. Buddha datang ke negeri Alavi demi faedah saya. Bermula hari ini, saya telah tahu dana yang diberi kepada siapa mendapat hasil yang banyak. Saya akan mengembara dari daerah ke daerah sambil menghormati Buddha dan Dhamma yang merupakan dhamma yang baik!"



(Rujukan: Tipitaka Thai)


(Rujukan: wikipedia ยักษ์)

No comments: