Monday, June 3, 2013

Segala Benda adalah Panas!



Suatu masa, Buddha berehat di daerah Kayasisa, di tepi Sungai Gaya bersama 1000 bhikkhu. Buddha berkata kepada para bhikkhu bahawa "segala benda" (สิ่งทั้งปวง) adalah benda panas. Apakah yang dikatakan segala benda yang merupakan benda panas itu? 

Cakkhu, Rupa, Cakkhu Vinyan, Cakkhu Samphas adalah benda panas. Malahan Sukkha-vedana, Dukkha-vedana dan Adukkha-m-asukkha vedana (Upekkha) yang lahir kerana Cakkhu-Samphas menjadi puncanya adalah benda panas. Panas kerana apa? Panas kerana api iaitu Raga, Dosa dan Moha. Panas kerana Jati, Jara, Morana (dan soka, parideva, dukkha, domanassa dan upayasa.). 

Hati, Dhammaramana, Mano Vinyan, Mano Samphas adalah panas. Malah, Sukkha-vedana, Dukkha-vedana atau Adukkha-m-asukkha vedana (Upekkha) yang lahir kerana Mano Samphas menjadi puncanya adalah benda panas. Panas kerana apa? Panas kerana api iaitu Raga, Dosa dan Moha. Panas kerana Jati, Jara, Morana (dan soka, parideva, dukkha, domanassa dan upayasa).

Ariya Savaka yang telah mendengar dan melihat (kebenaran) begini akan berasa bosan terhadap Cakkhu, Rupa, Cakkhu Vinyan, Cakkhu Samphas, Sukkha-vedana, Dukkha-vedana atau Adukkha-m-asukkha vedana yang lahir kerana Cakkhu Samphas menjadi puncanya; akan berasa bosan terhadap hati, Dhammaramana, Mano Vinyan, Mano Samphas, Sukkha-vedana, Dukkha-vedana atau Adukkha-m-asukkha vedana yang lahir kerana Mano Samphas menjadi puncanya.

Setelah berasa bosan, kemahuan nafsu pun terlerai. Setelah kemahuan nafsu terlerai, minda pun bebas. Apabila minda bebas, maka pengetahuan terang pun muncul. Maka ketahuilah dengan jelas bahawa Jati sudah berakhir. Brahma-cariya pun tamat. Tugasan yang perlu dibuat pun selesai. Tugasan lain (untuk pembebasan minda) sudah tiada. 

Setelah Buddha selesai menerangkan Dhamma di atas, 1000 bhikkhu tersebut mat gembira dan bangga mendengarnya. Dan kesemua mereka telah bebas mindanya daripada Asava kerana tiada Upadana lagi. 



Apabila kita baca Sutta ini, maka tahulah kita bahawa membebaskan minda daripada Asava (Kilesa) bukan perkara susah bagi bhikkhu pada zaman Buddha. Hanya mendengar khutbah Buddha dengan tekun, mereka telah mencapai Arahant. Namun, bukan semuanya begitu. Masih ramai yang tidak Arahant meskipun berulang kali mendengar khutbah Buddha. Ini berpunca daripada "keyakinan, daya usaha dan ketekunan" seseorang yang berbeza. Mereka yang mempunyai keyakinan, daya usaha dan ketekunan yang kuat mudah mencapai pembebasan minda. 

1 comment:

Anonymous said...

Ngan wat/konsert wat juga panas...."hot, hot, hot...."