Sunday, July 7, 2013

Kisah Dua Beradik Membuat Dana Tetapi Hasilnya Tidak Sama!

Pada zaman Buddha, seorang hartawan yang menyakini (sattha) agama Buddha mempunyai 2 orang anak perempuan yang baik hati. Anak perempuan yang kakak bernama Pattha, manakala yang adik bernama Supattha. Pattha seorang yang cerdik dan menyakini agama Buddha hasil asuhan ayahnya. Setelah kahwin, Pattha tinggal dengan keluarga suami. Mereka tidak dikurniakan anak. Pattha meminta suaminya pergi menjemput adik perempuannya datang tinggal bersama (kahwin) agar suaminya mempunyai anak.

Setelah si suami pergi menjemput Supattha datang tinggal bersama, Pattha berpesan kepada adiknya itu bahawa: "Adikku, Supattha, kamu mesti selalu buat dana (sedekah), mengamalkan dhamma, tidak leka, kerana kehidupan kita bukannya panjang. Sekiranya kamu berhajat mendapat harta syurga, percayalah, harta tersebut ada dalam genggaman kamu!" Supattha selalu berpesan kepada adiknya agar sentiasa berbuat baik.

Supattha, seorang yang mendengar nasihat. Oleh itu, dia tidak pernah lupa nasihat kakaknya. Walaupun pengetahuannya tidak banyak, kurang bercakap tetapi melimpah dengan sattha. Hatinya pun bersih kerana selalu mengamalkan pesanan kakaknya.

Suatu hari, dia minta orang pergi menjemput bhikkhu yang bernama Revata Thera datang makan di rumahnya. Revata Thera seorang bhikkhu Arahant. Beliau mempunyai hati yang mulia. Beliau mahu Supattha mendapat kebaikan yang besar. Beliau membawa bersama 7 orang bhikkhu Arahant yang lain supaya Supattha boleh memberi makanan kepada Sangha yang dipanggil Sanghadana. Supattha memberi Sanghadana kepada para Arahant dengan ikhlas dengan tangannya sendiri.

Manakala Pattha, si kakak juga membuat kebaikan memberi makan kepada bhikkhu.

Akhirnya kedua-dua orang pun mati dalam usia yang tua. Pattha, si kakak, dilahirkan sebagai perempuan suruhan kepada Thao Amarinthrathirat di syurga Tavatingsa@Daodeung (syurga tingkat ke-2). Manakala Supattha, si adik, di lahirkan di dalam mahligai emas di syurga Nimmanarati (syurga tingkat ke-5) sebagai Dewi yang cantik jelita. Dia melihat kembali apakah kebaikan (bun-barami) yang dibuatnya sehingga dilahirkan di syurga ini. Maka tahulah dia bahawa dia pernah memberi makanan kepada Ariya Sangha yang Arahant sebagai Sanghadana yang diketuai oleh bhikkhu Revata Thera. Dia berbuat begitu mengikut pesanan si kakaknya. Pada masa yang sama, dia tahu bahawa kakaknya kini berada di syurga Tavatingsa. Lantas dia pun turun ke Tavatingsa mencari kakaknya.

Apabila mereka berjumpa, Pattha berasa hairan melihat kecantikan wajah Dewi Supattha yang ceria dan berseri-seri yang tiada tandingannya dengan puteri di Tavatingsa. Dia bertambah hairan apabila Dewi Supattha memanggilnya kakak. Dewi Supattha menceritakan kisah mereka sewaktu menjadi manusia dahul. Supattha beritahu syurga Nimmanarati merupakan tempat kelahiran manusia yang pernah membuat kebaikan yang besar sahaja. Kebaikan biasa tidak layak dilahirkan di syurga tersebut. Dia mahu tahu kebaikan apakah yang dibuat oleh adikknya Supattha sehingga dilahirkan di syurga Nimmanarati dan siapa yang menjadi guru mengajarnya? Sedekah dan Sila apakah yang diamalkan? Bukan sembarangan orang boleh lahir di syurga ini.

Dewi Supattha memberitahu bahawa pada zaman dahulu dia telah memberi Pintapata (Bintabart) 8 tempat kepada Ariya Sangha 8 orang dengan tangan sendiri. Kerana bun itulah dia mempunyai wajah yang cantik dan berseri-seri begini.

Pattha memberitahu bahawa dia juga selalu memberi makanan kepada bhikkhu yang baik yang mengamalkan kehidupan mulia (Brahma-cariya) dengan nasi dan air dengan tangan sendiri. Setiap hari dia bangun awal pagi, masak nasi untuk diberi kepada bhikkhu yang datang pintapata (bintabart). Pemberiannya lebih banyak daripada adiknya Supattha tetapi dia dilahirkan di syurga di tingkat lebih rendah. Manakala adiknya hanya membuat dana sedikit sahaja tetapi dilahirkan di syurga tingkat lebih tinggi.

Dewi Supattha membalas bahawa dia kenal seorang bhikkhu yang beramalan baik dan mulia (Arahant) lalu menjemput dia bersama 7 orang bhikkhu lain datang makan di rumah (8 bhikkhu kesemuanya). Bhikkhu Revata Thera selaku ketua menyuruh dia memberi dana kepada Sangha (atas nama Sangha), maka dia pun ikut. Pemberian dana tersebut menjadi Sanghadana yang sempurna. Manakala dana yang diberi oleh si kakaknya adalah ditujukan kepada individu. Oleh itu, hasilnya tidak banyak.

Pattha berkata dia baru tahu bahawa Sanghadana mempunyai hasil yang banayk. Sekiranya dia dilahirkan sebagai manusia lagi, dia akan menjadi orang yang tahu tujuan peminta, tanpa rasa kedekut, akan memberi Sanghadana dan tidak akan leka mengamalkan dhamma.

Kesimpulannya, kedua-dua beradik ini rajin membuat sedekah. Si kakak membuat sedekah kepada bhikkhu secara individu. Manakala si adik membuat sedekah kepada kumpulan bhikkhu yang bertaraf Ariya Sangha.



1 comment:

Anonymous said...

Kebanyakan "Thamthan" (kalau dilihatkan secara kritik - "hadiah") masa kini bukan cuma bagi makanan, tapi sesetengah "si-botak" skrg nak duit, tanah, rumah, pompuan, pakai kereta Maybach/Rolls Royce seperti si botak kat negeri Thai yg suka pakai kapal terbang sendirian. Boleh dikatakan si-penderma juga tak tahu Thamma bila Jau Phap kena nombor 4D atau judi menang banyak-banyak - macam bisnes "profit sharing" kot. Tapi sesetengah si-botak/phrak buruk pun nak benda-benda macam ni bila dengar berita sesetengah luksit kena loteri. Inilah akibat Mahatera Samakhom yang mempunyai kuasa tapi ada masalah sendiriannya. Kalau Institusi tinggi Agama Buddha di Negeri Thai tidak direformasikan, Agama Buddha akan hilang di tanah dan negeri-negeri dalam naungan Samakhom ni.