Monday, July 29, 2013

Kita Ini Orang Atau Manusia?

Buddha berkata bukan senang untuk dilahirkan sebagai manusia. 

Kita berkata, jika susah, kenapa jumlah penduduk dunia makin meningkat setiap tahun? Sesetengah negara terpaksa mengehadkan jumlah anak kerana tak mampu menampung jumlah penduduk yang ramai. Sebenarnya, Buddha bercakap tentang manusia, manakala kita bercakap tentang orang. Dalam agama Buddha, "manusia" dengan "orang" tidak sama. Manusia ialah orang yang berhati mulia. Orang yang berhati tak mulia tidak dipanggil manusia kerana perkataan manusia berasal daripada perkataan "manu" yang bererti mulia. 

Berapa ramai orang yang berhati mulia yang layak dipanggil manusia di dunia ini? Dan adakah kita layak dipanggil manusia, atau hanya boleh dipanggil orang? Tanyalah kepada diri sendiri. 

Apakah ciri-ciri manusia? Salah satu ciri-ciri manusia ialah mempunyai "Hiri-Ottappa" iaitu perasaan malu dan takut berbuat jahat (berbuat dosa) sama ada di depan orang atau di belakang orang. Jika hanya malu atau takut berbuat jahat di depan orang, itu bukan Hiri-Ottappa. Itu pura-pura. Hiri-Ottappa mesti malu dan takut kepada orang dan kepada diri sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Oleh kerana media sosial dan gejala ikut selebriti orang masa kini dah tak tahu malu.