Sunday, July 7, 2013

Sanghadana Yang Betul

"Tambun Sangkhathan" @ Sanghadana sesuatu yang sangat penting kepada penganut agama Buddha. Membuat Sanghadana dikatakan mendapat bun-kusol yang tinggi yang tidak terhitungkan. Namun, sebelum membuat Sanghadana, kita mesti tahu terlebih dahulu cara-cara yang betul agar pemberian kita menepati ciri-ciri Sanghadana yang sebenar.

1. Mesti memberi makanan yang boleh dimakan oleh bhikkhu (phra) pada masa tersebut. Mesti diberi sebelum tengah hari. Manakala makanan atau minuman (atau keperluan lain) bertin-tin atau berkotak-kotak hanya "pengiring" sahaja. Masa duduk memberi Sanghadana, jangan jauh sangat daripada bhikkhu, jika boleh jangan lebih daripada sedepa.

2. Phra @ bhikkhu mesti 4 orang ke atas (bhikkhu 4 orang barulah dipanggil Sangha) baru boleh terima pemberian Sanghadana. Ini kerana istilah Sanghadana bermaksud dana yang diberi kepada Sangha-merupakan bun yang tinggi melalui pemberian makanan. Oleh itu, bhikkhu 1 orang, 2 orang atau 3 orang tidak boleh menerima Sanghadana, berdosa dan merupakan satu penipuan kerana dia atau mereka bukan Sangha, sebaliknya hanya bhikkhu individu. Apabila cukup 4 bhikkhu barulah boleh jadi Sangha, kecuali Phra Arahant. Phra Arahant seorang pun boleh terima Sanghadana sebab Phra Arahant biarpun seorang tetapi diterima sebagai Sangha. Penganut agama Buddha masih ada yang tidak faham antara "Sangha" dengan "sammuti Sangha". (Pendapat lain mengatakan 1 orang bhikkhu pun boleh terima Sanghadana sebagai wakil daripada Sangha). Oleh itu, kita boleh mengambil jalan tengah. Sekiranya terdapat ramai bhikkhu, kita buat Sanghadana kepada 4 orang bhikkhu atau lebih. Sekiranya tiada bhikkhu, seorang pun memadai sebagai wakil daripada Sangha.

3. Apabila kita membuat Sanghadana, kita mesti berniat memberi dana kepada Sangha iaitu Sodaban, Sakadagami, Anagami dan Arahant (golongan Ariya). Biarpun bhikkhu yang terima dana kita bukan golongan Ariya, bahkan bhikkhu yang tidak bermoral, dana kita tetap jadi Sanghadana sekiranya niat kita untuk memberi kepada Ariya Sangha. Sebaliknya, jikalau niat kita hanya memberi dana kepada barisan bhikkhu yang duduk di depan kita sahaja, sekiranya barisan bhikkhu tersebut bukan Ariya, maka dana kita tidak akan jadi Sanghadana. Oleh itu, bagi menjamin dana kita jadi Sanghadana, kita mesti faham maksud Sangha yang sebenar yang mempunyai ciri "supati panno" dengan bhikkhu biasa yang hanya "sammuti Sangha" sahaja. Malangnya apabila saya menemubual beberapa orang yang selalu pergi wat membuat Sanghadana, mereka tidak boleh membezakan antara Sangha dengan sammuti Sangha

4. Bhikkhu mesti membuat Apalok@Upalok Sangkhathan (อปโลกน์สังฆทาน ) selepas bhikkhu terima Sangkhathan. Bhikkhu kedua yang membuat Apalok Sangkhathan (iaitu kesepakatan Sangha bagi membahagikan makanan yang diterima sesama mereka sehinggalah kepada orang biasa). Jika bhikkhu tidak membuat Apalok, semua makanan adalah hak Sangha sahaja, orang biasa (kharawat) tidak boleh makan sama sekali. Walaupun bhikkhu tertentu (termasuk ketua sami) suruh makan, tetapi tidak boleh dimakan kerana suruhan itu berbentuk individu bhikkhu, bukan daripada Sangha (yang hanya boleh dilakukan melalui Apalok). Sekiranya sesiapa makan makanan tersebut, apabila mati akan dilahirkan sebagai Peta@Pret selama 91 kappa. Perkara ini harus diberikan perhatian yang serius oleh kaum Buddhis.

(Sesetengah wat ada buat Apalok, sesetengahnya tiada. Lazimnya, wat hutan (wat vipassana) berpendapat Apalok tidak perlu kerana Sanghadana yang dibuat di wat-wat biasa hanya pitthikam (ritual agama) sahaja. Oleh itu, bagi mereka upacara Sanghadana seperti yang kita buat (baca Imanik mayan bante...) tidak perlu sama sekali. Apabila kita memberi makanan kepada bhikkhu dengan niat memberi Sanghadana (tanpa membaca Imanik sekalipun), sudah jadi Sanghdana dengan sempurna. Oleh itu, Apalok pun tidak diperlukan.)



คำกล่าวถวายสังฆทาน

อิมานิ มยํ ภนฺเต ภตฺตานิ สปริวารานิ ภิกขุสงฺฆสฺส โอโณชยาม
สาธุ โน ภนฺเต ภิกฺขุ สังโฆ อิมานิ ภตฺตานิ สปริวารานิ ปฏิคฺคณฺหาตุ
อมฺหากํ ทีฆรตฺตํ หิตาย สุขายฯ

กล่าวคำแปล

ข้าแต่พระสงฆ์ผู้เจริญ ข้าพเจ้าทั้งหลาย ขอน้อมถวาย ซึ่งภัตตาหาร กับของที่เป็นบริวารทั้งหลายเหล่านี้แด่พระสงฆ์ ขอพระสงฆ์ จงรับ ซึ่งภัตตาหาร กับของที่เป็นบริวารทั้งหลายเหล่านี้
เพื่อประโยชน์ เพื่อความสุข แก่ข้าพเจ้าทั้งหลาย สิ้นกาลนานเทอญ.
..........................................
คำอปโลกน์สังฆทาน

ยัคเฆ ภันเต สังโฆ ชานาตุ อะยัง ปะฐะมะ ภาโค มะหาเถรัสสะ ปาปุณาติ อะวะเสสา ภาคา อัมหากัง ปาปุณาติ











No comments: