Sunday, December 8, 2013

Buddha Dahaga Air: Karma Lampau Memberi Hasil!

Kisah Buddha dahaga air.

Selepas makan hidangan istimewa iaitu "sukorn" daripada Chuntha, Buddha sakit tenat. Namun, buddha masih menggagahkan diri meneruskan perjalanan ke Negeri Kusinara bersama Phra Anon dan ratusan bhikkhu. Dalam perjalalan, Buddha dahaga air lalu berhenti di bawah pokok di tepi sebatang sungai yang kecil dan cetek. Buddha memerintah kepada Phra Anon supaya pergi mengambil air di sungai. Ini merupakan kali pertama dan kali terakhir Buddha minta minum air dalam perjalalan. Lazimnya Buddha akan minum setelah tiba di destinasi. Mungkin kerana penyakit yang dihadapi Baginda menyebabkan Baginda dahaga.

Phra Anon beritahu air sungai sangat keruh kerana baru sahaja dilalui oleh 500 buah kereta lembu. Phra Anon mohon Buddha meneruskan perjalanan kerana di hadapan terdapat sebatang sungai yang besar yang airnya jernih. Buddha tidak pedulikan permohonan Phra Anon. Baginda tetap suruh Phra Anon pergi ambil air di sungai. Phra Anon pun pergi. Phra Anon terperanjat kerana air sungai yang keruh tiba-tiba menjadi jernih. Beliau pun mengambil air untuk diminum oleh Buddha.

Buddha menjelaskan kenapa air di sungai menjadi keruh pada waktu Baginda dahaga hingga Baginda tidak dapat minum air. Selepas seketika (3 kali suruh Phra Anon pergi ambil) barulah air jernih. Ini berpunca daripada Karma lampau semasa Baginda dilahirkan sebagai peniaga kereta lembu. Sewaktu membawa 500 keretak lembu pergi berniaga di sebuah negeri. Baginda minta pengikut pasang penutup mulut lembu kerana takut lembu-lembu tersebut minum air di sungai-sungai kecil yang mungkin tidak bersih. Air yang kotor boleh memudaratkan kesihatan lembu. Tunggu tiba di sungai besar terlebih dahulu barulah lembu-lembu itu diberikan minum air. Lembu kedahagaan dalam perjalanan. Karma tersebut telah memberi balasan. Baginda sukar mendapat air dalam masa kedahagaan pada saat-saat hampir Parinibbana.

Manakala punca yang menyebabkan air yang keruh tiba-tiba menjadi jernih juga kerana Karma lampau. Sewaktu Baginda dilahirkan sebagai peniaga kereta lembu juga Baginda pernah melalui kawasan pedalaman yang tiada air. Bekalan air kehabisan dalam perjalanan.

Para peniaga yang bersama-sama Baginda kedahagaan hingga keletihan dan habis tenaga. Pada zaman dahulu orang pergi berniaga berkumpulan. Mereka berusaha mencari sumber air tetapi tiada dapat. ramai yang berputus asa. Namun, Baginda tetap kuat semangat mencari sumber air. Baginda terjumpa serumpun rumput tumbuh menghijau. Baginda minta orang ramai menggali di rumpun rumput tersebut dan membuang batu-batu di sekitarnya. Apabila digali turun, terdapat mata air dan terbentuk sebuah perigi yang dipenuhi air. Orang ramai yang lalu lalang di kawasan pedalaman itu dapat minum dan mandi di perigi tersebut.

Karma inilah yang menyebabkan air sungai yang keruh menjadi jernih.

No comments: