Thursday, March 20, 2014

Ditthi

Ditthi bermaksud pandangan (view). Pandangan yang betul/benar dipanggil Samma Ditthi. Pandangan yang salah/tidak benar dipanggil Micca Ditthi. Pandangan ini berkaitan rapat dengan kepercayaan yang ditanam ke dalam jiwa seseorang sejak lahir. Oleh sebab berkaitan dengan kepercayaan, maka pandangan sangat sukar diubah. Pandangan yang salah atau Micca Ditthi berpunca daripada Avijja@Aviccha. Avijja ialah ketidaktahuan atau kejahilan iaitu tidak tahu perkara yang sebenar. Apabila tidak tahu perkara yang sebenar, seseorang akan sesat/keliru yang dipanggil Moha. Moha membawa kepada Pandangan Salah (Micca Ditthi).


Lobha, Dosa dan Moha merupakan 3 akar tunjang kepada kejahatan. Kesemua kejahatan yang dilakukan oleh manusia berpunca daripada salah satu 3 akar tunjang ini. Dalam ketiga-tiga akar kejahatan ini, MOHA paling sukar diubati kerana manusia yang Moha tidak sedar bahawa dia sedang Moda. Kerana tidak sedar, maka dia tidak terima pandangan orang lain yang betul. Dia berdegil mengatakan pandangan dia yang betul walaupun pandangan ini jelas bertentangan dengan ajaran Buddha.

Berlainan dengan Lobha dan Dosa. Manusia yang bersifat Lobha (tamak) dan Dosa (marah) biasanya sedar akan sifatnya itu. Mustahil jika seseorang tidak sedar bahawa dia seorang yang tamak atau pemarah. Mungkin yang tidak sedar ialah orang yang tamak bun sahaja.

Berbalik kepada Moha atau sesat atau keliru. Golongan ini sukar mencari penawar untuk memperbetulkan pandangan mereka. Apatah lagi apabila mereka mempunyai "mulia" tertentu yang dijadikan ikutan (idola). Apa-apa sahaja yang individu "mulia" itu buat, mereka akan ikut dan sathuk, sathuk, sathuk tanpa berfikir panjang. Individu itu buat salah, cakap kerapu pun mereka sathuk.

Apabila disuruh membaca kitab Tipitaka bagi membuat perbandingan, mereka akan berkata: "Kitab mana boleh percaya. Semua itu orang tulis keluar. Awak patut tahu Kalama Sutta!"

Betapa kuatnya ego mereka. Mereka tembak kita balik dengan mengangkat Kalama Sutta. Yang mereka percaya kepada individu "mulia" tidak pula diangkat Kalama Sutta. Inilah sikap orang yang hatinya dipenuhi Moha. Sukar ditunjukkan pencerahan.

Sebab itulah Buddha terpaksa menggunakan Itthi Patihan (kuasa luar biasa) bagi mematahkan orang yang Moha dan Micca Ditthi. Misalnya, di Maghada yang diperintah oleh Raja Bimbisara (Pimpisarn) ada Chadin 3 beradik yang bernama Uruvella Kassapa, Nathi Kassapa dan Khaya Kassapa adalah mahaguru yang mempunyai 1000 murid. Ketiga-tiga Chadin ini menganggap mereka adalah Arahatta dan cenderung kepada "bucha yan" jenis memuja api. Oleh itu masyarakat amat menghormati mereka. Mereka mempunyai pegangan yang sangat keras terhadap kepercayaan mereka.

Buddha terpaksa menggunakan Itthi Patihan @ Iddhi Patihara bagi menewaskan pegangan salah puak Chadin ini. Phra Mongganlan diberi tanggungjawab beradu kekuatan dengan Chadin. Akhirnya, setelah mengikut ajaran Buddha, mereka berjaya menjadi Arahatta yang sempurna dan diangkat sebagai antara Arahatta yang hebat oleh Buddha.

Kesimpulannya, orang yang Moha atau Micca Ditthi sukar diberikan pencarahan kerana mereka tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kegelapan!

No comments: