Sunday, March 23, 2014

Hasil Daripada Memberi Dana (Sedekah)

1. Sesiapa yang memberi dana@sedekah (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana) dengan niat apabila mati akan dapat menikmati hasil dana tersebut, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga  Catummaharajika. Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).



2. Sesiapa yang memberi dana@sedekah  (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana)dengan berfikir bahawa dana sesuatu yang baik, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Tavatimsa (Daodeung). Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).

3. Sesiapa yang memberi dana@sedekah  (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana)dengan berfikir bahawa memberi dana adalah tradisi kerana ibu bapa juga memberi dana, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Yama. Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).

4. Sesiapa yang memberi dana@sedekah  (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana) dengan berfikir bahawa kita boleh memasak makan sendiri, sedangkan Samana, Brahmana atau bhikkhu tidak boleh memasak sendiri. Oleh itu kita patut memberi dana. Apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Dusita. Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).

5. Sesiapa yang memberi dana@sedekah  (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana) dengan berfikir mahu jadi pemberi dana (penderma) seperti yang pernah dilakukan oleh para resi dahulu, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Nimmanarati. Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran akan kembali ke sini lagi (lahir semula ke dunia).

6. Sesiapa yang memberi dana@sedekah (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana)dengan berfikir bahawa apabila memberi dana maka akan melahirkan kepercayaan, keyakinan, kebanggaan dan kegembiraan hati, apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Paranimmitavasavasti. Selepas kehabisan Karma, akan kembali ke sini lagi (dunia).

7. Sesiapa yang memberi dana@sedekah  (berupa nasi, air, kain, bunga, tempat berehat, tempat tidur, pelita dan barang keperluan lain kepada Samana atau Brahmana) dengan berfikir bahawa memberi dana boleh "membaiki minda", apabila mati akan lahir jadi sahabat Devata di syurga Brahma (Phrom). Selepas kehabisan Karma, kehabisan kuasa, kehabisan pangkat dan kehabisan kebesaran, tidak perlu kembali ke sini lagi (tidak lahir ke dunia lagi).

Dana Sutta

(Tipitaka Thai: Buku ke-37, m.s. 139)

1. Ini Sutta yang diperjelaskaan oleh Buddha kepada Phra Saribut. Dalam Sutta ini tidak disebut memberi dana untuk "uthit" kepada orang mati seperti yang orang Siam selalu buat.

2. Memberi dana boleh "membaiki minda" maksudnya memberi dana boleh membersihkan minda@hati daripada Kilesa, iaitu membuang sifat kedekut dan tamak haloba.

1 comment:

Anonymous said...

Sathuk !
Tradisi Siam vs. Kebenaran ajaran Buddha dalam kitab Traipidok.
Tapi bila tanya makcik dan mak kenapa saibart, kata nak pi syurga bila mati.