Thursday, April 10, 2014

Dhamma untuk Pengantin Perempuan

Seorang Setti (hartawan) menjemput Buddha dan 3 orang bhikkhu datang makan di rumah. Selepas selesai makan, Setthi mohon Buddha memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya yang akan berkahwin dan pergi tinggal dengan keluarga suami.


1. Isteri mesti layan ibu dan bapa mentua dengan baik kerana mereka berdua adalah orang yang disayangi suami. Isteri yang sayang kepada suami juga mesti sayang kepada ibu bapa suami. Selain melayan suami dengan baik, ibu dan bapa mertua pun mesti dilayan dengan baik. Setiap pagi mesti bangun sebelum ibu dan bapa mentua bangun. Tidur malam selepas ibu dan bapa mentua masuk tidur. Mesti menjaga beliau berdua dengan baik, uruskan makan minum dengan sempurna dan bercakap dengan sopan dan manis.

2. Sesiapa yang merupakan invidivu yang dihormati suami, misalnya ibu dan bapa mentua, saudara mara suami, samana (bhikkhu) atau Barahamna apabila mereka datang ke rumah, si isteri mesti sambut mereka dengan sediakan tempat duduk dan air minuman. Isteri mesti hormat kepada orang yang dihormati suami.

3. Isteri mesti rajin melakukan kerja rumah, misalnya sapu rumah, memasak atau mencuci pakaian. Jangan berat tulang. Lakukan dengan bijak.


4. Isteri mesti ambil tahu perihal orang gaji atau orang kerja di rumah suami (jika ada). Jika kerja mereka selesai, katakan selesai. Jika kerja mereka belum selesai, katakan belum selesai. Makan minum mereka harus dijaga. Jangan kedekut. Berkongsi makanan dengan mereka.

5. Isteri mesti jaga harta benda suami, misalnya padi, duit atau emas yang dicari oleh suami. Jangan jadi kaki judi, kaki minum (arak), tidak boros dan tidak menghabiskan harta suami.

Begitulah nasihat ringkas Buddha kepada anak gadis setthi yang bakal berumah tangga. Nasihat ini boleh dijadikan amalan oleh para isteri sekalian. Buddha juga berkata bahawa isteri yang mengamalkan 5 perkara ini apabila mati akan dilahirkan sebagai devata Manapakayika.