Saturday, April 26, 2014

Jangan Sumbat Kebodohan ke Dalam Otak Anak

Sekarang ini... ada ibu bodoh-bodoh ramai....Apabila ibu bodoh, dia pun mewariskan kebodohan itu kepada anak cucu. Masa jaga anak kecil...anak sangat nakal, berjalan melanggar meja. Anak terjatuh lalu menangis wa wa wa. Ibu segera mendapatkan anak kecil dan mendukungnya dengan kasih sayang.


 Ibu mahu anak berhenti menangis lalu ambil kayu pukul meja di depan anak sambil berkata: "ambil kau, ambil kau, buat anak mak sakit...mak pukul dia...pukul dia...berhenti nangislah nak!"
Anak pun berhenti menangis sebab ibu telah hukum meja.
Tapi tahukah bahawa sewaktu anak berhenti menangis, ibu telah menyumbat kebodohan ke dalam otak anaknya tanpa disedari!
Meja terletak di situ sahaja. Anak yang berjalan melanggarnya sendiri. Sepatutnya ibu berkata kepada anak: "Lain kali jalan hati-hati supaya tak langgar meja!"
Tapi ibu bodoh pergi pukul meja di depan anak. Anak pun dilazimkan, "sesiapa yang buat aku tak puas hati, orang itu mesti salah. Ibuku akan hukum dia!"

(Dhamma Phra Phayom Kalayano)

No comments: