Monday, April 28, 2014

Minda Asal

Minda asal sewaktu dilahirkan adalah bersih suci. Minda asal ini dipanggil "Citta Papassara" (Thai: Citt Prapassorn).

 Minda jadi "kotor" sedikit demi sedikit apabila dimasuki kotoran @ Kilesa melalui panca indera (5 deria). Mata, telinga, hidung, lidah dan tubuh adalah 5 deria yang membawa Kilesa ke dalam minda. Apabila berlaku "kontaks" antara 5 deria dengan okjek di luar, maka terhasil Vedana atau perasaan suka, benci atau tidak suka dan tidak benci. Daripada Vedana timbul pula Tanha atau kemahuan terhadap Vedana tersebut. Kemudian berlaku Upadana atau kemelekatan. Dari tahap ke tahap minda dikotori hinggalah terjadi Dukkha atau kesengsaraan. Proses ini dipanggil Paticca-Samuppada (12 tingkat). 

Sekarang kita berusaha membersihkan semula minda daripada kotoran yamg membawa kepada kesengsaraan supaya minda kembali jadi bersih dan suci!

1 comment:

Anonymous said...

Tuan pena, saya tertarik kepada rajah paticcasamupada yang dilampirkan. Dalam tafsiran Ajahn Buddhadasa, ia tidak mungkin dipecahkan kepada tiga kelahiran (lampau, sekarang dan akan datang) kerana jika benar,maka ajaran ini tidak akan membawa kepada Nibbana. Di bawah adalah sumber penulisan Ajahn. Apa pendapat tuan pena?

http://www.dhammatalks.net/Books6/Bhikkhu_Buddhadasa_Paticcasamuppada.htm

~ pelajar agama