Saturday, May 3, 2014

Ariya Sacca 4, Parivatta 3 dan Nanadassana 12

Ariya Sacca 4, Parivatta (pusingan) 3 dan berkeadaan 12.

"Bercakap mengikut asas Ariya Sacca bahawa melihat Ariya Sacca No.1 nampak Dukkha (kesengsaraan), mengamalkan Ariya Sacca No.4 mendapat Sukkha (kebahagiaan)."

Phra Dhammapitaka (P.A Payutto) - "Dukkha untuk dilihat, Sukkha untuk dikecapi!"



Buddha menegaskan bahawa: "Selagi kita tiada Yantassana (Nanadassana) yang mempunyai Parivatta 3, berkeadaan 12 dalam Ariya Sacca 4, selagi itulah kita tidak boleh mengatakan kita sudah Trassaru. Setelah kita mempunyai Yantassana (Nanadassana) tersebut, barulah kita mengatakan kita sudah Trassaru!" (Yantassana ialah pengetahuan sempurna).

Maksudnya, Trassaru Ariya Sacca 4 mesti mencakupi 3 sudut iaitu (1) tahu apakah maksud Ariya Sacca 4, (2) apakah tugas kita terhadap setiap Ariya Sacca 4 dan (3) kita sudah menjalankan tugasan terhadap Ariya Sacca 4 dengan sempurna. Inilah yang dipanggil Parivatta 3. (3x4=12)

Yan 3 (Sacca-yan, Kicca-yan, Khata-yan) yang berkaitan dengan Ariya Sacca dipanggil "Yantassana@Nanadassana yang mempunyai 3 pusingan terhadap Ariya Sacca 4, maka terhasil Yantassana 12 atau keadaan 12. Yantassana 12 ini dijadikan ukuran sejauh mana kita memahami Ariya Sacca 4. Sesiapa yang mengetahui Ariya Sacca 4 setiap satu mencukupi Parivatta 3 dan Yantassana 12, maka orang itu boleh dikatakan tahu Ariya Sacca 4 dengan betul. (Yan@Nana ialah pengetahuan sempurna).

Pengetahuan tentang Ariya Sacca 4 berlainan daripada pengetahuan biasa. Biasanya kita menganggap pengetahuan dengan pengamalan adalah 2 perkara yang berbeza. Sebaliknya, pengetahuan tentang Ariya Sacca 4 ini, Buddha menetapkan "perbuatan/amalan" sebagai asas di setiap Parivatta 3. Oleh itu, pengetahuan tentang Ariya Sacca 4 mesti didapati melalui amalan sebab itulah dianggap pengetahuan yang mulia dan sempurna.

Contoh, seseorang yang tahu tentang ubat. Pengetahuan itu lengkap sekiranya dia tahu bahawa itu adalah ubat, tahu bahawa ubat ini perlu dimakan dan tahu bahawa ubat yang perlu dimakan telah dimakan.

Selain Ariya Sacca 4 sempurna dalam teori dan praktikal, mesti juga sempurna dalam hasil praktikal. Hasil praktikal ialah Nirodha@Nirod (Nibbana).

Kita boleh menyusun bahagian teori, praktikal dan hasil praktikal dalam Ariya Sacca 4 supaya berada dalam Yantassana 3 dan Parivatta 3 seperti berikut:

1. Sacca-Yan (Sacca-nana)

Mendalami kebenaran iaitu mendalami kebenaran tentang Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Magga. Mesti nampak mengikut kebenaran bahawa Dukkha begini, Samudaya begini, Nirodha begini dan Magga begini. Mesti melihat Dukha sebagai Dukkha, bukan Dukkha sebagai Sukkha. Samudaya punca kepada Dukkha, bukan punca kepada Sukkha. Nirodha memadamkan Dukkha, bukan tidak boleh memadamkan Dukkha. Nirodha Atta, bukan Nirodha Anatta. Magga ialah kaedah menghapuskan Dukkha, bukan kaedah mencari faedah lain.

Sacca-Yan ini muncul dalam Parivatta pertama. Belum masuk bahagian praktis. Sekadar mengetahui Aricca Sacca 4 mengikut keadaannya yang sebenar. Oleh itu, masih di bahagian teori.

2. Kicca-Yan (Kicca-nana)

Mengetahui tugasan iaitu mengetahui keadaan Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Magga. Mesti tahu tugasan terhadap Ariya Sacca 4 iaitu:

Dukkha mesti dikenal pasti,
Samudaya mesti ditinggalkan,
Nirodha mesti dicerahkan,
Magga mesti disuburkan atau dimajukan.

Oleh itu, tugasan terhadap Ariya Sacca 4 mesti tepat dengan kaedahnya.

Kicca-Yan muncul dalam Parivatta pusingan kedua tetapi belum mendapat hasil. Sekadar mengetahui cara-cara amalan yang sesuai dengan Ariya Sacca 4. Oleh itu, diletakkan di dalam bahagian amalan atau praktikal.

3. Khata-Yan (Khata-nana)

Mengetahui Ariya Sacca 4 sudah selesai. Praktikal terhadap Ariya Sacca 4 pun sudah selesai iaitu; Dukkha sudah dikenal pasti; Samudaya sudah ditinggalkan; Nirodha sudah dicerahkan dan Magga sudah disuburkan.

Khata-Yan muncul dalam Parivatta ketiga iaitu hasil yang diperolehi daripada praktikal. Hasil yang sempurna yang mempunyai Yantasana (Nanadassana) yang suci yang tidak akan kembali ke asal. Inilah hasil daripada praktikal atau tugasan terhadap Ariya Sacca 4.















No comments: