Wednesday, May 7, 2014

Mokha Burut: Sunakkhatta Litchavibut

Sunakkhatta Litchavibut merupakan salah seorang putera keturunan Raja Litchavi. Dalam hayat yang lepas, beliau pernah jadi samana yang menyeksa diri. Oleh sebab itulah dalam hayat sekarang beliau juga berminat dengan samana aliran menyeksa diri. Beliau percaya bahawa samana yang menyeksa diri ialah Arahatta. 


Suatu masa Buddha datang berehat di Taman Mahavan, negeri Vesali. Ramai bhikkhu duduk mengelilingi Buddha, termasuk bhikkhu yang mengikut Baginda dan bhikkhu baru dari Vesali. 

Putera Sunakkhatta selalu mendengar para bhikkhu menyebut nama Buddha, beliau tertarik hati lalu ikut menjadi bhikkhu. Beliau menjadi "penjaga" Buddha selama 3 tahun. Beliau berbuat begitu dengan niat mahu melihat Iddhi Patihariya Buddha (Itthi Patihan). Beliau akan lebih gembira sekiranya mampu mempertontonkan Iddhi Patihariya beliau sendiri.

Malangnya Phra Sunakkhatta tidak pernah melihat Buddha mempamerkan Iddhi Patihariya langsung. Suatu hari beliau menghadap Buddha, memberitahu bahawa beliau akan "la sikkha", keluar dari bhikkhu sekiranya tidak dapat melihat Buddha menunjukkan Iddhi Patihariya. Buddha berkata jikalau beliau mahu keluar dari bhikkhu, keluarlah. Baginda menerima orang jadi bhikkhu bukan kerana mahu menunjukkan Iddhi Parihariya. Namun, Phra Sunakkhatta belum "la sikkha".

Suatu hari Buddha pergi pintapata (bintabart) di sebuah perkampungan orang Tulu di kawasan pedalaman. Phra Sunakkhatta ikut sekali. Di perkampungan tersebut terdapat seorang samana aliran lain (agama lain) bernama Korakkattiyak. Dia seorang samana bogel, mempunyai amalan mirip anjing iaitu berjalan 4 kaki (merangkak) seperti anjing. Makan dengan mulut di atas lantai seperti anjing. Tidur di atas abu dan arang kayu. Phra Sunakkhatta ternampak samana bogel tersebut, berbangga kerana menyangka dia seorang Arahatta. 

Buddha tahu fikiran yang bermain di kepala Phra Sunakkhatta lalu menegurnya: "Dengar sini, Mokkha Burut! Awak sedang tersalah faham. Korakkattiyak itu bukan samana, bukan Arahatta. 7 hari selepas ini, dia akan banyak makan lebih dari biasa. Perut jadi kembung dan mati kerana makanan tidak hadam. Selepas mati, dia akan dilahirkan sebagai Kalakanjika Asura (Asurakai) yang tingginya 3 khavut (1 khavut = 2000 depa), tubuh badan kering, tiada darah, tiada daging seperti daun yang tua. Mempunyai mata tergantung di atas kepala seperti mata ketam. Mempunyai mulut sekecil lubang jarum di atas kepala. Manakala mayatnya akan dibuang di kubur Virat Natthampakha."

Setelah mendengar penjelasan Buddha, Phra Sunakkhatta langsung tidak percaya. Sebaliknya, beliau kembali datang mencari Korakkattiya dan menasihatnya supaya menjaga pemakanan kerana Buddha telah meramal dia akan mati dalam masa 7 hari kerana perut berkembung.

Apabila mendengar penjelasan Phra Sunakkhatta, Korakkattiya pun berkata: "Kita jadi samana. Buddha juga samana. Kami jadi samana berlainan agama, maka kami adalah musuh. Musuh apabila bercakap sesuatu, tidak akan jadi kebenaran. Kita tak percaya!"

Walaupun begitu, Korakkattiya masih berwaspada. Dia tidur di dalam timbunan abu selama 7 hari tanpa makan sebarang makanan. Masuk hari ke-7, seorang pengikut berasa harian kerana tidak nampak Korakkattiya datang mengambil makanan. Dia pun membuat juadah berupa babi bakar dibawanya kepada Korakkattiya. 

Korakkattiya yang dalam kelaparan kerana banyak hari tidak makan bingkas bangun. Dia tidak peduli lagi ramalan Buddha. Sekiranya betul ramalan Buddha, dia rela mati kekenyangan daripada mati kelaparan. Dia makan dengan lahap.

Ramalan Buddha tidak pernah tidak tepat. Pada malam tersebut, samana bogel itu mati kerana makanan tidak hadam. Selepas mati, dilahirkan sebagai Asura sebagaimana dikatakan Buddha.

Pengikut yang lain cuba menutup kematian Korakkattiya kerana takut orang tahu dia mati betul dengan ramalan Buddha. Mereka mengikat mayat dengan akar kayu dan dibawa ke hutan belantara. Akar kayu putus lalu mayat dibuang di kubur Virat Natthampakha.

Phra Sunakkhatta mendapat tahu bahawa Korakkattiya telah mati tetapi belum terima kenyataan bahawa ramalan Buddha adalah betul semua kerana tidak dapat dibuktikan Korakkattiya selepas mati pergi mana. Buddha berkata kepada Phra Sunakkhatta bahawa sekiranya dia tidak percaya, dia boleh pergi ketuk mayat dengan tangan sebanyak 3 kali, Korakkattiya akan beritahu sendiri bahawa sekarang ini dia dilahirkan di mana.

Phra Sunakkhatta berbuat seperti disuruh Buddha sambil bertanya: "Sekarang Tuan berada di mana?"

Pada masa yang sama Buddha telah "memanggil" Korakkattiya masuk semula ke dalam badan (mayat) lalu mayat tersebut bangun duduk dan berkata: "Saya telah lahir jadi Kalakanjika Asura." Selepas berkata, mayat pun terjatuh dan berbaring semula. 

Phra Sunakkhatta pulang menghadap Buddha.

Buddha: "Awak sudah nampak bahawa ramalan kita benar terjadi?"

Phra Sunakkhatta: "Sudah nampak!"

Buddha: "Apa yang kita ramal itu Patiharita atau bukan Patihariya?"

Phra Sunakkhatta: "Patihariya!"

Buddha: "Mokha Burut! Adakah awak masih berkata kita tak menunjukkan Patihariya yang melebihi kuasa manusia? Mokha Burut, Patihariya sama ada kita tunjukkan atau tidak, ia tak dapat membantu sesiapa melepasi kesengsaraan. Dhamma yang kita ajar sahaja yang mampu menolong pengikut melepasi kesengsaraan!"

Phra Sunakkhatta memang original Mokha Burut. Beliau hanya minat dengan Patihariya. Beliau langsung tidak mempedulikan dhamma yang diajar Buddha.

Suatu hari Phra Sunakkhatta mahu mempunyai "Dibba Cakkhu" (penglihatan yang luar biasa). Beliau menghadap Buddha, minta Baginda tolong ajarkan. Buddha ajarkan. Beliau mengamalkannya sehingga berjaya mendapat "Dibba Cakkhu". Beliau mampu melihat devata di syurga. Beliau begitu tertarik hati tetapi hanya mampu melihat tetapi tidak mampu mendengar perbualan devata. Beliau mohon Buddha mengajarnya ilmu "Dibba Sota" (pendengaran yang luar biasa). Kali ini Buddha tidak mahu mengajarnya kerana pada hayat yang lepas beliau pernah memukul telinga seorang bhikkhu Ariya hingga pekak. Karma ini tidak mungkin membolehkan beliau mempunyai "Dibba Sota". 

Beliau berkecil hati dan marah. Beliau merasakan Buddha takut beliau akan setaraf dengan Buddha. Beliau juga keturunan raja seperti Buddha. Sekarang beliau sudah ada "Dibba Cakkhu". Kemudian ada pula "Dibba Sota". Kemudian beliau melepasi Kilesa lalu jadi seperti Buddha. Buddha pasti takut jika beliau jadi saingan Buddha. Sebab itulah tidak mahu mengajar beliau. 

Phra Sunakkhatta resah gelisah, marah lalu membuat keputusan "la sikkha", keluar dari bhikkhu dan kembali ke aliran lain sebagai samana bogel. 

(Mokha Burut = orang kosong, orang yang bercakap kosong, orang yang tidak mendengar ajaran/nasihat.)

(สุนักขัตตสูตร)
อรรถกถามหาสีหนาทสูตร มัชฌิมนิกาย มูลปัณณาสก์ สีหนาทวรรค








No comments: