Monday, August 11, 2014

Anicca

Selepas bhikkhu Sangha habis membaca Adhidhamma, mereka akan baca "Anicca". Orang Siam panggil "Anicca mati". Hakikatnya Anicca untuk orang hidup dengar agar mereka dapat menghayati maksud "Sangkhara". Adakah kita faham? (Di bawah saya terjemahkan sedikit maksudnya).


"Anicca vatasankhara, Uppatavayadhammino, Uppacchitva nirucchanti, Tesang vupasamo sukho."

Anicca vatasankhara = Segala yang terbentuk tidak kekal abadi.

Uppatavayadhammino = Wujud dan lenyap adalah perkara biasa.

Uppacchitva nirucchanti = Setelah wujud, kemudian akan lenyap.

Tesang Vupasamo sukho = Berjaya melenyapkan Sangkhara adalah kebahagiaan.


Nak lenyapkan Sankhara mesti tahu dulu maksudnya dengan jelas.


Sangkhara (1) Semua kelompok dalam Khandha 5 sebab berupa gabungan pelbagai elemen atau wujud kerana hetu-paccaya, termasuk Rupa-Dhamma dan Nama-Dhamma. (2) Keadaan yang mempengaruhi fikiran iaitu fikiran positif dan negatif; keadaan yang mempengaruhi hati iaitu baik atau jahat. Sankhara ini sama dengan Sankhara dalam Khandha 5. (3) Dunia juga sankhara kerana tempat menggabungkan sankhara. Ini antara maksud Sankhara. Kita menganggap Khandha 5 sebagai diri aku dan milik aku kerana Sankhara mempengaruhi minda. Lawan kepada Sankhara/Sankhata Dhamma ialah Asankhara/Asankhata Dhamma(Nibbana). Sifat Sankhara ialah Anicca, Dukkha dan Anatta. Melenyapkan Sankhara ialah melenyapkan kemelekatan terhadap Khandha 5.

No comments: