Saturday, August 30, 2014

Buddha Bukan Agama Pujuk Rayu!

Buddha: Lihat, Tuan Kamani! Umpama seorang lelaki mencampak seketul batu ke dalam perigi yang dalam. Masyarakat datang berkumpul, kemudian membaca mantra pemujukan dan puji-pujian (สวดวิงวอนสรรเสริญ), menyembah dengan kedua-dua belah tangan sambil berjalan mengelilingi perigi tersebut; mereka memohon ketul batu itu timbul: "Mohon batu timbul ke atas, mohon batu naik ke darat!" Adakah batu itu akan timbul dan naik ke darat kerana bacaan mantra pemujukan dan puji-pujian sambil berjalan mengelilingi perigi oleh masyarakat yang ramai?

Tuan Kamani: Tidak begitu, Tuan Yang Mulia!

Buddha: Lihat, Tuan Kamani! Begitulah kebenarannya. Sesiapa yang membunuh, mencuri, menyalahi hubungan kelamin, bercakap bohong, bercakap kasar, fitnah, tamak, berdendam dan berpandangan salah walaupun masyarakat berkumpul, membaca mantra pemujukan dan puji-pujian, menyembah dengan kedua-dua belah tangan sambil berjalan mengelilingi orang tersebut dengan harapan selepas mati dia akan ke syurga, tetapi hakikatnya selepas mati, orang itu akan ke neraka (abai, dukkhatik, vinibart, narok) kerana perbuatan salahnya itu!

Syurga(kebahagiaan) atau neraka(kesengsaraan) seseorang tidak bergantung pada "bacaan mantra dan pemujaan oleh masyarakat" tetapi bergantung pada perbuatan sendiri.

No comments: