Thursday, August 7, 2014

Ilmu Menghapuskan Kesengsaraan

Buddhadasa Bhikkhu mengatakan bahawa agama Buddha ialah "Ilmu Menghapuskan Kesengsaraan". 

Ilmu menghapuskan kesengsaraan yang dijumpai oleh Buddha berbeza daripada sifat "agama" mengikut pemahaman pada zaman tersebut. Ini kerana sifat agama pada zaman tersebut mesti mempunyai ikatan dengan Kuasa Supernatural, misalnya kepercayaan kepada Tuhan atau Phra Phrom". Putera Siddharta pernah menjalani kehidupan bersama kepercayaan begini. Dalam sejarah Buddha, dikisahkan bahawa Baginda telah belajar hingga tamat Kitab Brahmana, pernah mengamalkan Jhana-Samabat dan amalan menyeksa diri seperti Resi. Akhirnya berjaya melepaskan diri daripada kepercayaan bersifat agama apabila menjumpai "kebenaran melalui pengalaman". Inilah asas agama Buddha yang yakin bahawa kebenaran mesti boleh dibuktikan melalui pengalaman. Sedangkan kepercayaan terhadap Tuhan atau Kuasa Supernatural tidak boleh dibuktikan melalui pengalaman. Oleh sebab itulah agama Buddha tidak menjamin bahawa kepercayaan begini sebagai kebenaran.

(Oleh sebab agama Buddha tiada ikatan dengan Kuasa Supernatural inilah menyebabkan ilmuwan Barat mengatakan agama Buddha bukan "religion" tetapi sekadar "philosophy of life".)

Sekiranya kita terima kenyataan bahawa "menjumpai kebenaran" yang kita panggil Trassaru atau Enlightenment oleh Buddha iaitu "menjumpai kebenaran melalui pengalaman" maka kita seharusnya menerima kenyataan bahawa agama Buddha lebih kepada "ilmu" daripada "religion" seperti kepercayaan Barat. Oleh itu, ritual agama tentulah bukan sifat agama Buddha. Jika agama Buddha dianggap "religion" tentulah "religion" yang jauh lebih tinggi dan sempurna daripada "religion" Barat.

Inilah sebabnya Buddhadasa Bhikkhu mengatakan agama Buddha ialah "Ilmu Menghapuskan Kesengsaraan".

No comments: