Saturday, August 30, 2014

Keadaan Minda Masa Hampir Mati Itu Penting

Dalam Kusala Karma (pahala) dan Akusala Karma (dosa), Karma yang diingati sewaktu detik mahu mati, Karma itu dipanggil Yatha Sannakamma. 

Yatha Sannakamma akan memberi hasil lebih awal (cepat) walaupun ada Kusala Karma dan Akusala Karma yang lain kerana Yatha Sannakamma itu berada dekat dengan kematian.

Umpama seorang pemuda membuka pintu kandang lembu. Walaupun di dalam kandang itu terdapat lembu yang kuat, lembu yang terlatih, tetapi lembu yang berada di pintu kandang biarpun lemah akan keluar terlebih dahulu.

Di sebuah perkampungan, terdapat seorang lelaki penjaga pintu membawa pancing ke luar rumah sejak pagi. Dia memancing ikan. Hasilnya dibahagi kepada 3 bahagian. 1 bahagian ditukar dengan beras. 1 bahagian ditukar dengan kuih-muih. 1 bahagian lagi dimasak makan. Dia melakukan dosa membunuh ikan (Panatipata) selama 50 tahun. Apabila tua, dia jatuh sakit.

Seorang bhikkhu Maha Thera mendapat tahu keadaan si tua tersebut lalu datang ke rumahnya. Bhikkhu itu berdiri di depan tangga.

Si Isteri: "Maha Thera datang memberi pencerahan!"

Si Tua: "Selama 50 tahun, kita tak pernah pergi ke kediaman beliau, tak pernah buat baik dengan beliau. Tolong mohon beliau beredar pergi!"

Si Isteri: "Mohon pergi memberi pencerahan kepada rumah lain di hadapan sahaja."

Maha Thera: "Bagaimana keadaan kesihatan beliau?"

Si Isteri: "Sangat lemah."

Maha Thera memasuki rumah dan mendekati si tua yang sakit.

Maha Thera: "Mahu terima Sila?"

Si Tua: "Mahu. Tolong berikan Sila."

Maha Thera memberikan Tri Sarana. Si Tua mengucapkannya sehingga "Panca Silani" lidah menjadi kaku dan tidak boleh mengucap apa-apa lagi. Maha Thera pun meninggalkan rumah pesakit.

Setelah mati, Si Tua dilahirkan di syurga Catummaharajika sebagai devata. Beliau teringat kepada Maha Thera lalu datang ke dunia menghadap Maha Thera.

Maha Thera: "Itu siapa yang datang?"

Devata: "Saya. Penjaga pintu."

Maha Thera: "Sekarang Tuan lahir di mana?"

Devata: "Di Syurga Catummaharajika. Jika Maha Thera sempat memberi Sila 5 saya akan dilahikran di tingkat lebih tinggi."

Maha Thera: "Apa boleh buat. Deva Putra sendiri yang tak mampu terima Sila 5 itu."

Devata itu memberi penghormatan kepada Maha Thera, kemudian beredar ke syurga.

No comments: