Friday, May 29, 2015

4 Perkara Luar Biasa

Buddha lahir ke dunia membawa kebahagiaan kepada dunia. Buddha dhamma untuk kebahagiaan semua makhluk dari Barat ke Timur dan dari Utara ke Selatan. Pengaruh Buddha dhamma sangat kuat dalam kehidupan manusia yang bertamadun.

Kelahiran Buddha ke dunia mewujudkan 4 perkara yang luar biasa yang tidak pernah ada sebelum ini.

1. Masyarakat manusia tenggelam dalam nafsu deria, seronok dalam nafsu deria dan bergembira bersama nafsu deria. Apabila Buddha mengajar dhamma yang tiada kaitan dengan nafsu deria, mereka mendengar dengan kusyuk untuk memahaminya dengan menyeluruh. Ini sesuatu yang amat luar biasa yang pertama.

2. Masyarakat manusia tenggelam dalam ego (pentingkan diri), seronok dalam ego dan berpuas hari dalam ego. Apabila Buddha mengajar dhamma untuk menghapuskan ego, mereka mendengar dengan kusyuk untuk memahaminya dengan menyeluruh. Inilah sesuatu yang amat luar biasa yang kedua.

3. Masyarakat manusia berpuas hati dengan keadaan yang tidak tenteram (rohani) dan begitu seronok dengan keadaan tersebut. Apabila Buddha mengajar dhamma untuk mencari ketenteraman, mereka mendengar dengan kusyuk untuk memahami dengan menyeluruh. Inilah sesuatu yang amat luar biasa yang ketiga.

4. Masyarakat manusia berada bersama kejahilan, menjadi orang buta dan dibelenggu kegelapan. Apabila Buddha mengajar dhamma untuk menghapuskan kejahilan, mereka mendengar dengan kusyuk untuk memahaminya dengan menyeluruh. Inilah sesuatu yang amat luar biasa yang keempat.

Empat perkara yang amat luar biasa ini tidak pernah ada sebelum kewujudan Buddha. 

No comments: