Wednesday, June 3, 2015

Kenapa Buddha Larang Bhikkhu Minum Arak?

Pada suatu masa Buddha mengembara menuju ke pedalaman, ke Daerah Ban Rua Ngam. Pembela lembu, pembele haiwan, pesawah, para musafir melihat Buddha dari jauh lalu memberi sembah hormat sambil memohon agar Buddha tidak berangkat ke di sebuah tempat yang bernama Tha Mak Muang kerana di situ terdapat Naga menumpang di kediaman Chadin. Naga itu sangat berkuasa dan jahat. Mereka bimbang Naga akan mengganggu Buddha. Buddha diam. Sebanyak tiga kali mereka memohon kepada Buddha tetapi Buddha tetap diam. Buddha terus berangkat sehingga tiba di Daerah Ban Rua Ngam.

Pada masa yang sama seorang bhikkhu bernama Sakkhatak (Thera Sagata) berjalan menuju ke Tha Mak Muang, ke kediaman Chadin. Apabila tiba, beliau masuk ke ruang puja api (golongan Chadin suka puja api) dan duduk bersila dengan tubuh yang tegap.  Sang Naga apabila terlihat Sakkhatak berjalan masuk, terus menjadi garang. Dia meniup asap keluar. Sakkhatak pun meniupkan asap juga. Sang Naga menjadi marah, menyembur api keluar. Sakkhtak masuk samabat api (meditasi), mengeluarkan api, menahan api Sang Naga. Berlaku pertarungan api. Akhirnya Sakkhatak berjaya menewaskan Sang Naga. Kemudian beliau beredar pergi ke Daerah Ban Rua Ngam.

Manakala Buddha telah meninggalkan Daerah Ban Rua Ngam lalu menuju ke Kota Kosampi. Ubasok (kaum lelaki Buddhist) di Kosampi mendapat tahu khabar bahawa Sakkhatak berjaya menewaskan Naga. Mereka menghadap Buddha, memberi penghormatan, kemudian pergi menziarahi Sakkhatak. Mereka mahu meraikan Sakkhatak. Mereka bertanya kepada Sakkhatak apakah benda yang sukar dicari dan yang disukai oleh Sakkhatak? Mereka mahu menyediakan barang tersebut. 

Bhikkhu Chappakhi memberitahu kepada puak ubasok bahawa arak merah jernih seperti kaki burung merpati sukar dicari dan disukai oleh para bhikkhu. Beliau minta mereka sediakan arak tersebut. (Dalam cerita Mahayana, kata arak putih.)

Maka puak ubasok di Kosampi pun menyediakan arak merah jernih seperti kaki burung merpati di setiap buah rumah. Apabila mereka melihat Sakkhatak datang bintabart (pintapata), mereka pun menjemput beliau minum arak tersebut. Sakkhatak pun minum dari rumah ke rumah. Ketika beliau mahu keluar dari Kota Kosampi, beliau terjatuh dan terguling di pintu kota kerana mabuk. Kebetulan Buddha bersama sekumpulan bhikkhu mahu keluar dari Kota Kosampi, ternampak Sakkhatak tidur terguling di pintu kota lalu minta para bhikkhu mengusung Sakkhtak pergi.

Para bhikkhu mengusung Sakkhatak ke vihara dan menidurkannya dengan kepala ke arah Buddha. Namun, kerana mabuk Sakkhatak memusingkan badan, tidur dengan kaki ke arah Buddha. 

Buddha bertanya kepada para bhikkhu: "Bukankah Sakkhatak hormat dan segan kepada kita?"

Para bhikkhu: "Ya!"

Buddha: "Adakah sekarang Sakkhatak masih hormat dan segan kepada kita lagi?"

Para bhikkhu: "Tidak lagi!"

Buddha: "Bukankah Sakkhatak pernah berlawan dengan Saga?"

Para bhikkhu: "Ya!"

Buddha: "Adakah sekarang Sakkharak masih boleh berlawan dengan ular air?"

Para bhikkhu: "Tidak!"

Buddha: "Adakah minuman yang diminum boleh menyebabkan tidak sedar diri wajar diminum?"

Para bhikkhu: "Tidak wajar!"

Buddha: "Wahai bhikkhu! Perbuatan Sakkhatak tidak wajar, tidak sesuai, bukan perilaku bikkhu, tidak boleh pakai. Perbuatan Sakkhatak tidak mendatangkan kepercayaan (Saddha) di kalangan masyarakat yang belum ada kepercayaan atau tidak menambahkan kepercayaan (Saddha) masyarakat yang sudah ada kepercayaan."

Kemudian Buddha mengeluarkan arahan melarang bhikkhu minum arak (sura dan merai)  

Sura = arak yang dimasak. Merai = arak daripada jeruk buah-buahan.


(Huraian tentang Vinaya larangan minum arak saya kekalkan dalam bahasa Thai mungkin ada bhikkhu yang mahu baca perinciannya.)

  ดูกรภิกษุทั้งหลาย ก็แลพวกเธอพึงยกสิกขาบทนี้ขึ้นแสดง อย่างนี้ ว่าดังนี้:-
พระบัญญัติ
             ๑๐๐. ๑. เป็นปาจิตตีย์ ในเพราะดื่มสุราและเมรัย.
สิกขาบทวิภังค์
             [๕๗๖] ที่ชื่อว่า สุรา ได้แก่สุราที่ทำด้วยแป้ง สุราที่ทำด้วยขนม สุราที่ทำด้วยข้าวสุก สุราที่หมักส่าเหล้า สุราที่ผสมด้วยเครื่องปรุง.              ที่ชื่อ เมรัย ได้แก่น้ำดองดอกไม้ น้ำดองผลไม้ น้ำดองน้ำผึ้ง น้ำดองน้ำอ้อยงบ น้ำดองที่ผสมด้วยเครื่องปรุง.              คำว่า ดื่ม คือ ดื่ม โดยที่สุดแม้ด้วยปลายหญ้าคา, ต้องอาบัติปาจิตตีย์.
บทภาชนีย์
ติกะปาจิตตีย์
             [๕๗๗] น้ำเมา ภิกษุสำคัญว่าน้ำเมา ดื่ม, ต้องอาบัติปาจิตตีย์. น้ำเมา ภิกษุสงสัย ดื่ม, ต้องอาบัติปาจิตตีย์.              น้ำเมา ภิกษุสำคัญว่ามิใช่น้ำเมา ดื่ม, ต้องอาบัติปาจิตตีย์.
ทุกะทุกกฏ
             ไม่ใช่น้ำเมา ภิกษุสำคัญว่าน้ำเมา ดื่ม, ต้องอาบัติทุกกฏ.              ไม่ใช่น้ำเมา ภิกษุสงสัย ดื่ม, ต้องอาบัติทุกกฏ.
ไม่ต้องอาบัติ
             ไม่ใช่น้ำเมา ภิกษุสำคัญว่าไม่ใช่น้ำเมา ดื่ม, ไม่ต้องอาบัติ.
อนาปัตติวาร
             [๕๗๘] ภิกษุดื่มน้ำที่มีกลิ่นรสเหมือนน้ำเมา แต่ไม่ใช่น้ำเมา ๑; ภิกษุดื่มน้ำเมาที่เจือลง ในแกง ๑, ... ที่เจือลงในเนื้อ ๑, ... ที่เจือลงในน้ำมัน ๑, ... น้ำเมาในน้ำอ้อยที่ดองมะขามป้อม ๑, ภิกษุดื่มยาดองอริฏฐะซึ่งไม่ใช่ของเมา ๑, ภิกษุวิกลจริต ๑, ภิกษุอาทิกัมมิกะ ๑, ไม่ต้องอาบัติแล.
สุราปานวรรค สิกขาบทที่ ๑ จบ.
-----------------------------------------------------

No comments: