Wednesday, March 25, 2009

Aku Tak Nak Bodoh Lagi

Pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah bakal membangkitkan cerita lama masyarakat Siam yang tak ada kesudahannya. Jalan tar, Kad Pengenalan Merah, Sijil Tanah Pertanian, dan 1001 jenis permasalahan yang tak jemu-jemu dibangkitkan sejak dulu. Setiap kali pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, perkara sama diulang-ulang. Permasalahan sama diungkit-ungkit minta penyelesaian.

Orang yang diminta menyelesaikan permasalahan orang Siam ialah orang UMNO/BN. Permasalahan yang sama dirayu-rayu kepada orang yang sama entah berapa lupuh tahun, tapi belum selesai juga. Masalah Kad Pengenalan Merah misalnya, sejak merdeka sampai kini dibangkitkan kepada kerajaan BN (dulu Perikatan), tapi penyelesaiannya haprak. Masa pancing undi, semua YB angguk - "Boleh, beres, okey, Insya-Allah, jangan risau, saya berjanji akan selesaikan, bla ... bla ... bla!" Selepas menang, kita dapati yang IC Merah tetap merah.

Cukuplah mengemis budi YB. Manusia kalau jenis tak boleh pakai nak jadi YB atau jadi apa tetap tak boleh pakai. Kita warganegara yang sah dan anak bumi di Tanah Melayu ini - ingat KITA ANAK BUMI - bukan pendatang dari mana-mana. Perkampungan Siam sama tua dengan perkampungan Melayu. Siapa nak menafikan kebenaran ini, itu hal dia. Siapa tak nak mengaku kita anak bumi, itu jadah dia. Tuhan Yang Esa ada mata. Bumi kita dipecah dan dipisahkan kepada dua negara - Thailand dan Malaysia - lalu kita dikelirukan oleh sejarah yang ditulis oleh penjajah laknat. Dulu British penjajah laknak, kini bangsa kita sendiri memainkan peranan British.

Kita bangsa yang ada maruah. Jangan melacurkan maruah kita kepada pemimpin yang tak boleh diharap. Kalau pemimpin itu boleh diharap mengapa masalah kita berpanjangan begini tanpa penghujungnya? Kalau benar UMNO/BN dapat tolong kita, sudah lama masalah kita selesai. Masalah lebih besar seperti Darurat, 13 Mei, kegawatan ekonomi 1998 dan sebagainya dapat diselesaikan. Masalah remeh-temeh yang selubungi orang Siam tak boleh diselesaikan? Bukan tak boleh, tapi mereka tak mahu selesaikannya. Mereka mahu perkara ini boleh dijadikan umpan politik setiap kali pilihan raya. Pemimpin Siam sendiri subahat.

Kenapa saya kata pemimpin Siam subahat? Mereka tahu banyak masalah Siam digantung tanpa tali, tapi mereka tetap berdiam diri dan terus sokong BN. Barua Siam ini punca masalah tak selesai.

Cukuplah mengemis kepada UMNO/BN. Kalau mereka jujur nak bantu kita, sudah lama mereka bantu tanpa biarkan masalah kita berjela-jela seperti ekor layang-layang. Mengemis perkara yang sama kepada orang yang sama memalukan sekali. Ini bukan malu biasa. Malu yang besar kepada semua orang Siam.

Sedarlah diri. Kita minoriti betul. Minoriti pun ada maruah diri yang wajib dijaga dan dipertahankan. Lebih baik kita "tidak mendapat apa-apa" daripada melacurkan maruah bangsa kita.

Bila orang bertanya saya kenapa sokong Pakatan Rakyat, saya berkata: "Saya meluat dengan kerajaan yang membiarkan masalah asas rakyat tanpa penyelesaian sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya!"

Sunday, March 22, 2009

Ekonomi Siam Okey!

Ekonomi Amerika Syarikat merudum teruk. Ekonomi Jepun jatuh menjunam. Ekonomi dunia terjejas sakan. Malaysia satu-satunya negara yang ekonominya boleh tahan. Kah, kah, kah, biar betul, beb!

Ekonomi UMNO langsung tak kena apa-apa. Setakat guris-guris biasalah. Masa negara lain jatuh miskin, UMNO masih bising pasal politik wang. Ada yang kena tendang keluar dari senarai calon. Inilah buktinya ekonomi UMNO tak jejas.

Takut apa. Petronas banyak minyak, KWSP kaya duit. Betulkah KWSP masih ada duit? Jangan-jangan sudah dilesapkan Mat Silap Mata?

Orang Siam beruntung kerana berlindung di bawah ketiak UMNO. Ekonomi UMNO tak jejas, ekonomi Siam juga tak jejas. Peluang kerja dalam jabatan kerajaan berlambak. Isi boranglah woi Mat Siam. Minta tandatangan YB UMNO. Gerenti beres. Peruntukan RM60 billion takkan tak dapat sikit.

Kah, kah, kah, ekonomi Siam okey! Ekonomi Siam cantik! Ekonomi Siam selamat!

Duit Yayasan Siam yang kutip duit Wat tu ada berapa lagi? Atau akaunnya telah dikosongkan oleh mangkuk hayun tu?

Friday, March 20, 2009

Pemimpin Bodoh Pemusnah Bangsa

Pemimpin Siam suka ikut perasaan bila bercakap untuk surat khabar. Pemimpin Siam selalu membuat kenyataan akhbar bahawa orang Siam Malaysia tak ada kaitan dengan orang Thailand, kecuali budaya yang sama. Bukan sekali tetapi banyak kali. Bukan seorang tetapi banyak orang. Semuanya nak pisahkan orang Siam Malaysia dengan orang Thailand. Kenapa? Kerana kepentingan politik.

Betulkah kita tak ada kaitan dengan orang Thailand? Anda mungkin ya, tapi saya tidak. Saya masih ada ramai saudara mara di Selatan Thailand. Luang Phor di Wat kampung saya masih terima anugerah Phra Kru atau Chao Khun dari Raja Thailand. Pelantikan semua jawatan sami Siam di Kelantan, Kedah, Perak, Perlis dan sebagainya mesti disahkan oleh Thailand. Apakah ini belum cukup kuat bahawa kita masih ada ikatan dengan Thailand?

Malah bila Ketua Sami mati, api yang akan digunakan untuk membakar sami itu mesti dibawa secara simbolik dari Thailand - Api Diraja Thailand. Kenapa tak minta api dari Putrajaya?

Hendak menunjukkan semangat patriotisme biarlah bijak. Semangat patriotisme bodoh memalukan kesemua masyarakat Siam.

Beberapa hari lalu, seorang kawan beritahu bahawa pihak Konsulat Thailand membawa remaja Siam Malaysia "melawat" ke Thailand. Setiap kampung dipilih 3 orang. Mereka bangga dan gembira dapat pergi makan angin. Kenapa pemimpin-pemimpin kita biarkan perkara ini berlaku? Bukankah malu kerana kita tak ada apa-apa kaitan dengan Thailand?

Dalam setahun, tahulah kita berapa banyak "permintaan" yang kita, orang Siam Malaysia mohon kepada kerajaan Thailand berkaitan agama dan budaya? Setiap kali diadakan peperiksaan agama (Nakh Dham), peruntukan tu datang dari mana? Gaji Phra Kru dan Chao Khun siapa bayar?

Jangan jadi bodoh kalau nak jadi pemimpin masyarakat. Cakap biar betul, bukan sekadar sedapkan telinga orang tertentu dan untuk kepentingan tertentu sahaja.

Tuesday, March 17, 2009

Siam Cakap Kosong

Orang Melayu ada buku "Dilema Melayu" hasil tulisan Tun DR. Mahathir Mohammad dan kin dikemaskini yang membicarakan masalah orang Melayu yang mundur. Orang Melayu juga ada buku "Orang Melayu - Masalah & Masa Depan oleh Syed Husin Ali yang membangkitkan masalah masyarakat Melayu. Orang Cina juga ada buku "Dilema Cina" yang mengupas dan mengulas masalah Cina di Malaysia. Orang India juga ada buku yang menyingkap sejarah masyarakat India sejak zaman sebelum merdeka sehingga sekarang. Orang Asli juga ada buku yang ditulis khas untuk menyorot masalah mereka.

Orang Siam bagaimana? Saya belum jumpa sebuah buku pun yang membicarakan dilema orang Siam yang ditulis oleh orang Siam. Orang Siam tidak ketandusan ilmuwan. Ramai yang berkelulusan tinggi dan menjawat jawatan tinggi. Setiap tahun berbakul-bakul orang Siam keluar universiti. Tetapi tiada sebuah buku pun yang ditulis tentang masalah orang Siam. Dalam mesyuarat persatuan, dalam perjumpaan tertentu, dalam internet dan sebagainya cakap berdegar-degar.

Segala persoalan masyarakat Siam dibincangkan di luar gelanggang tanpa sebarang kajian ilmiah. Dalam bahasa ilmu dipanggil cakap kosong. Di mana para siswazah, sarjana dan PhD kita? Kenapa tidak berusaha membuat kajian ilmiah tentang dilema masyarakat kita dan jadikan buku untuk tatapan dan rujukan generasi akan datang? Tanpa kajian ilmiah hantu mana nak percaya cakap kita? Atau sudah jadi keturuan kita suka cakap kosong?

Friday, March 13, 2009

Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Sami Buddha keturunan Sri Lanka di Buddhist Vihara, Brickfield, Kuala Lumpur menderma kepada Tabung Kemanusiaan Gaza. Haruskah sami Siam Malaysia mencontohi usaha ini?
Sebagai makluman, Buddhist Vihara begitu aktif dalam program kebajikan dan kemanusiaan sejagat. Tetapi Wat Siam begitu lesu dalam hal ini. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tuesday, March 10, 2009

Siam Mesti Muhasabah Diri

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak menghentikan perbalahan dan demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum. Baginda bertitah demikian pada perasmian persidangan pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

(Berita Harian)

Ini titah Baginda Sultan. Jangan ada sesiapa buat-buat tak dengar. Sudah dengar, balik fikir baik-baik. Dalam berfikir pakailah akal dan pengetahuan. Jangan bebal sangat sehingga kalut tak tentu pasal. Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang berbeza dengan sistem dahulu kala. Ini penting difahami. Silap faham yang ini, maka tuduh-menuduh, derhaka-menderhaka tak akan berhenti. Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam Rukunegara faham betul-betul. Konsep "Kedaulatan Undang-Undang" sering diputar belit apabila berhadapan dengan kes tertentu. Fahami betul-betul maksud Kedaulatan undang-Undang dan Raja Berperlembagaan.

Orang Siam sendiri pun mesti faham juga supaya tidak menjadi bebal. Kalau tak faham, bertanyalah kepada mereka yang faham. Tetapi jangan tanya orang politik, tanya pakar undang-undang yang bebas. Kalau tak faham benda ini, kepala otak tak dapat fikir dengan rasional apabila berbual dengan orang tentang raja dan negara.

Tahun 2009 merupakan tahun orang Siam buat muhasabah diri - nilai diri dari segi politik semasa. Dulu kebanyakan orang Siam sokong BN, jadi ahli BN, pikul bendera BN, makan lembu BN, minum tuak BN, tipu duit BN (duit rakyat, bodoh), sumpah orang BN (bila permintaan ditolak), berak pun keluar BN, tetapi masa pilihan raya tetap pangkah BN. BN parti keramat yang tak ada parti lain lagi bagi orang Siam melainkan BN.

Bukan semua orang Siam suka BN. Ada yang nampak pekung BN, tapi tak berani buka mulut. Setakat main acah-acah pun, Ketua Kampung sudah datang ke rumah, lalu berkata dengan tegas: "Dengar khabar kamu, Din Dee, nak undi PAS? Kamu nak hidup terpencil seorang diri dalam kampung?"

Celaka punya Ketua Kampung siap dengan ugutan. Kecut telur Din Dee. Macam-macam ugutan dilemparkan ke muka Din Dee. Baja padi, air paip, elektrik dan telefon jangan nak mimpi kalau undi selain dari BN. Dajal sungguh Ketua Kampung BN ketika itu. Kalau ada sekarang, aku rasa kena sepak pemimpin babi macam ini. Nasib baik zaman aku tak ada pemimpin kurang ajar kerana takut anak-anak muda yang terlebih ajar bagi siku muaythai.

Kerana takut diugut, niat nak pangkah parti lawan BN terpaksa dilupakan. Maka menang begaya BN setiap kali pilihan raya. Sejak tahun 90-an orang Siam disuntukkan keberanian. Ramai yang pilih jadi ahli parti lawan BN. Mereka ini aku namakan manusia yang berfikiran ke depan melampaui masa dan tidak rela dibelenggu ideologi sempit.

Umno ditubuhkan untuk membela Melayu. Tetapi parti itulah yang jadi minat orang Siam. Orang Siam tak dapat bezakan antara tanggungjawab kerajaan dan parti. Mereka ingat yang tolong mereka ialah Umno. Sebenarnya yang banyak tolong mereka ialah kerajaan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat. Kebetulan orang kerajaan dan orang Umno adalah orang yang sama, maka orang Siam yang kepala udang, jadi keliru. (Jangan pula ada sesiapa tak dapat bezakan antara kerajaan dan Umno).

Umno bukan pandang tinggi sangat orang Siam. Tetapi desakan daripada pembangkang dan parti komponen seperti MCA dan Gerakan, maka Umno terpaksa "terima" orang Siam. Jawatan Ketua Kampung yang diperolehi oleh orang Siam Kelantan kerana desakan daripada parti Gerakan dan MCA. Parti Gerakan dan MCA desak BN Kelantan berikan jawatan tersebut kepada orang-orang bukan Melayu kerana tak adil hanya orang Melayu yang dapat jawatan Ketua Kampung. BN Kelantan ketika itu diketuai Annuar Musa yang terkenal sombongnya dengan orang bukan Melayu terpaksa akur apatah lagi tekanan PAS begitu hebat.

Sejarah orang Siam bersama BN cukup lama, sejak belum merdeka lagi melalui Parti Perikatan. Tetapi apakah yang orang Siam dapat? Duit berbakul-bakul, kilang, gudang, lesen kontraktor, permit teksi, permit bas, peluang pelajaran, pinjaman tanpa bayar balik seperti Mara, projek mega, usahawan kecil dan sederhana atau sekadar kacang hijau yang ditaburkan untuk rebutan burung-burung merpati di tepi jalan?

Lihat dan perhitungkan kenyataan. Siapa yang mendapat hasilnya daripada kesetiaan orang Siam kepada BN? Semua orang Siam mendapat hasil yang sewajarnya? Baguslah kalau begitu. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, misalnya hanya segelintir sahaja mendapat hasilnya, sedangkan yang ramai sekadar dijadikan alat atau batu loncatan, orang Siam wajib membuat muhasabah diri dan mencari pokok lain untuk berteduh.

Jangan takut untuk berubah. Hanya orang yang berani mengambil risiko yang berjaya. Apakah gunanya kita membiarkan diri dijadikan tangga untuk dipanjat untuk mendapatkan madu. Orang-orang tua di kampung mungkin tak sedar tentang ini. Oleh itu, anak-anak mereka - kita yang berpelajaran inilah harus menjadi pembuka mata mereka!

(Aku petik dari e-mail seorang kenalan yang tak mahu dedahkan namanya)

Sunday, March 8, 2009

Otak Siam (Lama) Sebesar Kelingking

Orang otak kecil tak fikir panjang. Siapa kemukakan sebarang perkara dia sahut lantang - sama ada sokong atau bangkang. Bila perkara itu serasi hati dia, dia sokong, kalau canggah dia bangkang. Dia tak fikir panjang secara logikal sama ada perkara itu boleh terjadi atau tidak.

Aku terima e-mail dari seseorang bahawa ada Siam nak jadi calon bebas. Aku tak terkejut kerana lidah tak bertulang. Ceritanya bermula bila Dun Bukit Selambau, Kedah kosong maka ada penggatal mulut lontarkan idea calon Siam sebagai calon bebas. Maka berduyun-duyun orang Siam berikan sokongan, kononnya untuk buka mata kerajaan. Soal wang pertaruhan yang bakal hilang tak kisah kerana Siam sekarang kaya-raya. Soal akan dipinggirkan kerajaan negeri (PRP dan kerajaan pusat (BN) bukan soal besar kerana orang yang kaya-raya tak perlukan pertolongan sesiapa.

Kata pengirim e-mail lagi, pemikir Siam yang otaknya sebesar kelingking itu pun bermulalah kemukakan hujah masing-masing. Bla, bla, bla ... habuk belaka. Idea bertaraf budak tadika siapa nak peduli. Nak buka mata kerajaan konon. Kerajaan mana, PR atau BN? Nak mimpi pun tengoklah pada masa dan ketikanya. Orang India ada berapa juta di Malaysia. Golongan profesional mereka ramai. Orang Siam ada berapa ketul. Golongan profesional Siam ada berapa kerat. Idea pemimpin Siam paling hebat hanya tahu hulur tangan minta subsidi kerajaan. Idea pengikutnya pula paling bernas minta kaumnya masuk bawah ketiak UMNO. Bau mulut pun belum habis dari bau kentut UMNO ada hati nak jadi calon bebas. sebelum buka mata kerajaan, buka mata sendiri dulu. Kalau mata sendiri katup 24 jam, bolehkah mata orang dibuka. Tolol sungguh otak Siam. Belajar sampai U tapi kepala sondol tanah.

Belajarlah berfikir secara bernas. Tektik membuka mata kerajaan dengan masuk jadi calon bebas tak berikan sebarang keuntungan. Mesej tak akan sampai kerana pengundi Siam sendiri tak akan undi calon Siam. Hantu-hantu dan setan-setan yang dibela oleh Umno akan pengaruhi orang Siam agar memulaukan calon Siam. Akhirnya, calon Siam yang berjiwa besar itu akan dianjingkurapkan.
Aku berani bertaruh, tak akan ada calon bebas dari kalangan Siam di Bukit Selambau atau di mana-mana bukit, lembah, dataran, sungai atau danau. Jangan kata jadi wakil orang, jadi wakil hantu pun belum tentu hantu terima. Isu ini sebenarnya sengaja disensasikan.

Enam Jahanam

Dia ini seorang siswazah tetapi bangang, bodoh dan dungu. Belajar tinggi-tinggi tetapi rela ditarik hidung. Dia biarkan dirinya dilembukan. Kalau semua siswazah seperti dia, jahanam negara kita. Nak main politik, nak bela bangsa konon, tetapi hakikatnya dijadikan lembu. Pembela bangsa mesti bijak dan berani. Kalau bodoh dan penakut, bela pacat dalam belukar belakang rumah lagi elok.

Kerana kebodohan, dia menuduh bangsanya sendiri bodoh. Dia marah bangsanya berpecah-belah. Dengan angkuh dia berkata: "Hanya parti aku pembela bangsa. Parti lain tak bela nasib bangsa kerana mereka main politik untuk kepentingan diri!" Dia ini bukan bodoh kelas biasa, tetapi kelas kepala habuk gergaji.

Kerana kebodohan juga, dia dicalonkan untuk bertanding kerusi tinggi dalam parti. Apa nak jadi apabila parti utamakan orang bodoh. Dan orang bodoh ini apabila menang akan duduk kerusi pemimpin negara. Bolehkah orang bodoh uruskan negara dan rakyat. Jahanam, jahanam! Enam jahanam!

Friday, March 6, 2009

Nama Besar, Kepala Kecil

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) merupakan sebuah pertubuhan berteraskan membela bangsa dan mengangkat raja sebagai pemimpin dan perlu ditaati oleh semua lapisan masyarakat.

Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali berkata, raja adalah tunjang negara dan simbol perpaduan negara Malaysia. "Kita harus hormat dan mentaati raja kerana baginda pemimpin negara kita. Kita tak boleh menganggap institusi raja sebagai mainan kerana kepentingan politik semata-mata," kata Ibrahim Ali.

Kah, kah, kah! Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. Gahnya nama. Berapa ketul ahlinya? Jangan anda keliru. Aku orang Kelantan tapi aku bukan orang MTRK. Aku cukup meluat pertubuhan yang menggunakan nama "negeri" atau "bangsa" tapi nafasnya tidak ada bau citarasa negeri atau bangsa langsung.

Membela rakyat dan mengangkat raja. Hormat dan taat raja. Sudah lupakah siapa yang perkenalkan kerabat raja dari Pasir Mas untuk menggantikan Sultan Kelantan masa krisis Umno - Perpaduan Ummah dulu? Nak mengangkat raja sampai ke mana? Raja sudah diletakkan di tempat tertinggi. Tiada lagi tempat lebih tinggi daripada tempat raja sekarang, kecuali tempat Tuhan. Takkan nak samakan raja dengan Tuhan.

Masa tanding pilihan raya pakai nama PAS, bila sudah menang pilihan raya pakai nama BN. Apa punya manusia. Nama Yang Berhormat. Hormatnya mana?

Mujurlah tiada pemimpin bangsa aku berfikiran seperti Yang Berhormat ini. Kalau tidak, hilang hormat pemimpin bangsa aku? Pemimpin bangsa aku tak akan hilang hormat kerana mereka tak pernah ada hormat. Semuanya kelentong, tipu, hipokrit dan bahlul. Tunggu sehingga nama senator diumumkan, anda akan faham apa yang aku kata!