Friday, April 24, 2009

Orang Siam Tolong Baca Ini

(Tulisan ini aku ambil daripada bahagian komen oleh saudara kita yang aku kira berharga, jujur dan ikhlas berdasarkan pengalaman. Terima kasih saudaraku)

Saya tertarik dengan isu ini...kalau tidak terlalu mencelah dan memesong, izinkan saya menumpang sedikit! BESAR MAKNA TAJUK INI!Namun sebelum saya mulakkan, saya juga ingin tegaskan bahawa sptman, Ustz...saya tidak memihak kepada sesiapa atau mana pihak!

Bagi saya selagi apa yang dilakukan adalah utk kepentingan bersama sebagai Siam secara menyeluruh (bukan berpihak) sptmana yang dikiblatkan oleh sesetengah Siam, maka isu ini tidak timbul bagi saya. Saya lalui sendiri secara peribadi...Kalau diizinkan, nak cerita sikit...cakap banyak sgt nanti org kata guna platfrom plak! Di web PBTM/PEKEMAS saya dituduh sbg Proxy kpd bekas Senator hanya kerana cuba mempertahankan isu2 yang berkaitan dgn PSM.

Saya hanya mahu mempertahankan PSM itu sendiri sbg satu organisasi dan memilih utk menceritakan tentang kebaikan2 yang org lain lakukan berbanding dgn keburukan dan apa yang org tidak atau belum lakukan. Ingin saya tegaskan bahwa saya juga tidak pernah mendapat apa2 habuan dari sesiapa termasuk bekas YB Siam (kalaulah ada yang pernah dapat).

Oleh itu, tiada isu itu bagi saya utk menjadi taksub kpd sesiapa. Saya independent dan cintakan kebebasan. Sbg seorang siam, saya dah cuba sedaya upaya utk moderate dan mediate semua pihak ke arah perpaduan umum (again, it is very subjective to some).Tapi org kita ni, kalau bab assumption memang pandai benar.

Isu kecil2 spt hal Siam Tasek jemput Bekas Senator p rasmi Songkran Tasek pun jadi isu bawah tanah. Aiseh! Jadi bagi saya isu siapa jadi anjing atau siapa dua kepala tak timbul di sini, isunya hanyalah berkisar kepada kegilaan sesetengah siam utk merelevankan Perjuangan masing2 agar diterimapakai. Yang menjadi amat sedih ialah apabila siam ini tidak pernah lekang di minda utk memburuk dan memperkecilkan siam2 yang lain.

Masing2 dengan dendam dan akkhatik! Dari situlah timbulnya isu2 lapuk spt 'vested interests, politically correct, character assasinations' dsb...bagi saya org2 macam inilah yang patut dipantau dan dibaca pergerakan mindanya. Menangguk di air yang keruh dsb wpun interprasi sebenarnya adalah mengikut definisi dan kefahaman masing2. Mengikut tahap exposure masing2.Saya ke web pekemas utk cuba mengajak kwn menjadi lebih rasional dalam memperjuangkan kepentingan org2 siam di Malaysia bukan atas dasar prejudis dan negatif. Bagi saya, menjadi rasional dan relevan amat berbeza sekali dengan apa yang dikatakan sbg menjadi betul atau salah. Jauh lebih penting drpd yg org kita risaukan sampai kekadang, melebihi kebajikan masyarakat kita secara umum (bukan berpihak).

Tidak sesekali berniat utk menidakkan mana2 pihak...cuma nak ajak kwn2 berfikir sedikit tentang kemungkinan2 atau kebarangkalian yang mungkin berlaku di sebalik apa yang kita fikir kita sudah tahu sptmana yang selalu dikhabarkan kepada kita oelh sesetengah pihak! Cerita satu pihak mungkin partisan dan kalau adil pun, hanya mampu membentuk satu ibu jari sahaja, bukan 5jari atau segenggam tangan; keseluruhannya! Tujuan saya hanyalah utk melihat adanya balancing berlaku dalam masyarakat kita! Tak kiralah kalau ketidakseimbangan itu berlaku di dalam PSM sendiri atau mana2 persatuan dan pertubuhan mahupun individu.

Kritikan haruslah membina bukan talk down sptmana biasa.Oleh itu, fokus saya hanya ke situ sahaja. Apa gunanya kita tubuhkan macam2 persatuan dan akhirnya berpecah menjadi lebih kecil. Sekali imbas, ia akan hanya menggambarkan bahawa kita bergerak ke arah satu haluan yang bertentangan...yakni, KEPENTINGAN PERIBADI dan kepentingan individu2 YANG BERKRONI dgn kita ataupun, KELOMPOK2 SIAM YANG BERKONGSI GERAM dengan KITA! Adakah itu yang kita mahu lihat di penghujung hayat nanti.

Satu PR Kecil saja dah keluar mcm2 persepsi dan, org kita juga menjadi semakin ambitious sampai sanggup membelakang matlamat BERSAMA yakni PERSATUAN2 seharusnya ditubuhkan utk merapatkan jurang yang ada sudah nampak tersasar laungannya. Ia lebih kpd UTK MENGIAKAN APA YANG KITA KATA SEBELUM ITU yakni, ORG DISEBERANG JUAL BANGSA DAN TAK GUNA SATU SEN dan mcm2 lagilah. Saya tidak menujukan kpd mana2 organisasi, tapi janganlah pula kita jadikan ia sepertimana yg saya umpamakan itu.Akan tetapi, kalau diamati dalam2…kita akan dapat lihat sendiri ke mana arah dan haluan perjuangan kita. Kita macam tidak akan hilang unsur berpuak dan akan terus ada, kelompok2 yang akan terus ergesel kepentingan dalam masyarakat kita!

Sepanjang pengamatan saya sejak dulu lagi yakni, setelah sedekad lebih berkecimpung dalam perihal masyakarat Siam ni… isu buruk memburuk dan cuba justify isu2 hangat dan sensasi ini bermula dengan pergeseran antara bbrp individu sahaja dlm komuniti elit Siam ini. Ia menjadi bertambah buruk apabila manusia2 tidak bertanggungjawab ini bertindak mempolitikkan pergeseran serta kepentingan antara mereka. Over the years, bilangan unitnya semakin bertambah kerana bertambahnya bilangan org yang tak sebulu menggunakan platform yang tercipta utk berlaga. Dari situ, maka tak sudah2 kedengaran pasaia isu…hang kata hang baik dia buruk, dia kata dia baik hang pulak buruk....maki hamun dlm media dah menjadi perkara biasa bagi masyarakat Siam. Wpun membuka mata namun, secara tak langsung kita juga sudah malukan bangsa sendiri di media.

Bangsa lain akan hilang hormati dan segan. Kalau ada pun org yg takut sikit kat kita…ia hanyalah bermusim. Kerana di sesetengah penempatan, Siam menjadi strategik kepada faktor politik! Itu je...Vote decider! Mungkin itu saja helain kad yang kita pegang la ni.Pada awalnya saya kurang bersetuju dgn cara utk men"SPRM"kan mana2 pertubuhan Siam termasuk yang masih wujud mahupun yang telah cuba di"padam"kan. Pendirian ini adalah atas dasar: Demi KEPENTINGAN BERSAMA, terutamanya kebajikan individu2 yang tidak "berkepentingan" seperti sdr mara kita di kampung yang tak tahu menahu langsung pasal politik dsb.

Kalau dulu, saya memang selalu buat dono bila org2 atasan persatuan mengajukan agar dibuat laporan mengenai satu persatuan yang kononnya sudah di"tidak-aktif"kan utk menutup penyelewengan. Kebetulan saya dan seorang kwn lagi jd audit. Saya tak layan sbb fikir ia tidak patut kerana hasilnya akan memusnahkan org lain atau sekurang-kurangnya nama baik siam sbg NGO player. Namun, apabila melihat perkara dah makin berceramuk dan saya pula di label sbg proxy org, seolah2 tak ada pendirian dan mendapat kepentingan drpd sesetangah pihak.

Gambarannya pula macam ditugaskan utk menokak org lain...maka saya rasa susah sikit skrg ni, utk menidakkan cadangan Tuan Blogger itu. Suka hati la. Tak kira mana persatuan atau pihak la...Tak guna pertahankan org2 yang mcm sengaja tidak tahu erti Samakkhi! Sekurang-kurangnya saya tidak lagi digambarkan sbg taksub kpd mana2 pihak atau individu tertentu! Kita nak satukan depa bagi duduk semeja last2 dilabel talam dua muka dsb. Cuba pula selam setiap isu utk cari kepastian, org kata defends kroni la, mcm2 lagi...Kalau macam tu, susahlah hidup mediator/org tengah ni! Sama susah macam Tok saya dok bgtahu dulu la...jadi lilin amat susah, bakar diri utk cahayakan org lain. Hari ni saya sgt paham dah kerana jadi org tengah lagi dahsyat, macam lilin dibakar kedua2 penghujung! Inti perjuangannya hanyalah ibarat hayat lilin mengharapkan "perjuangan" selesai atau mesej sampai sebelum api terakhir terpadam di tengah2 badannya.

Org Siam yang bergelar pemimpin sering melaungkan PERJUANGAN utk bangsa. Memang saya setuju, kerana kelompok yang diwakili kita/anda mungkin tersisih dan diabaikan, nama bangsa pula… Siam! Betul tu...namun, kita sendiri sbg pemimpin juga tidak harus hanyut dek bodekan dan pujian oleh segelintir yang dibela sehingga terfikir bhw kita dah Leading atau “yang di seberang” memang kena give in sebab kita ni betul, itu angkuh namanya! Biarlah org2 dipimpin dengan sedikit isu2 peribadi antara mereka. Isu2 mcm, aku tak suka cara dia pakai baju/berhias...aku tak suka cara dia bercakap dsb tidak begitu penting. Bagi peluang kat depa sikit, depa belum rasional lagi...Bagi masa kerana masa akan membetulkan keadaan mcm tu. Jangan pula kita sendiri yg jadikan isu2 seumpama itu sebagai isu Negara pula. Mcm sensasi.

Sbg pemimpin, kena lebih tinggi dr itu la minda dan tahap pemikiran kita kan? Kalau tidak, sampai bila2pun ia akan jadi isu dan akan sentiasa berdarah apabila dibangkitkan! Terus terang, saya dah mula penat melihat gaya pemimpin kita berlagak seolah-oleh dia dilahirkan utk membetulkan atau menongkat bangsanya. Ia bukan hak individu, bukan kerja yang mesti dilakukan sorang2, bukan kerja individu...ia kerja kelompok.

BUKAN TAK BOLEH fikir macam tu. BOLEH! Tapi biarlah berpada...Kita secara KELOMPOK ni, sama2 bertanggungjawab terhadap kebajikan anak bangsa kita! Kalau diindividukan semua itu, lunyai nanti! Lainlah kalau kita ni Ayatollah ke, prophet ke…atau mana2 Saint yang dilahirkan semula katuk betulkan dunia.

Itu pun kalau betul2 ada lagu tu...Dalam perit dan pening2 melalui semua ini serta kekadang berada di tengah2 sensasi dan isu hangat cthnya apabila gajah berlaga...ingin sekali saya tegaskan di sini bahwa….JAUH DI SUDUT HATI SAYA, AMAT MENGHARGAI SUMBANGAN SETIAP INDIVIDU yang terbabit dalam kegiatan masyarakat walapun sesetengahnya menganggap saya sebagai "bukan org depa".

Bagi saya, kalau takda tuan2 dan puan2… masyarakat kita mungkin masih mundur dan berjalan ke belakang. Sekurang-kurangnya, tuan puan telah berjaya membuka minda masyarakat Siam kita di negara tercinta ini. Paling tidakpun, kita sudah mampu mengajak mereka berfikir...Berbalik kepada perihal platform utk berkhidmat, bagi saya kewujudan PSM adalah amat penting. Ia centralized.

Begitu juga dgn Persatuan2 lain yang ditubuhkan utk memelihara kepentingan, kebajikan dan pengekalan budaya Siam kita di Negara ini! SETIA SAYA ADALAH BERPAKSI KEPADA PERSATUAN ITU SENDIRI SEBAGAI INSTITUSI/ORGANISASI dan BUKAN KEPADA MANA2 INDIVIDU sptmana digambarkan. Saya bukan buta! Pemimpin datang dan pergi, persatuan akan kekal sebagai Rumah/tempat teduh kepada pejuang2 serta lambang kepada wawasan perjuangan. Saya sekadar tidak bersetuju apabila mana2 persatuan diburukkan hanya kerana perlakuan segelintir individu dalam orgnisasi tersebut sbg tidak menyenangkan atau dgn kata lain, menyeleweng!

Dalam hidup yang selebih ini, sebagai org Siam yang sentiasa berada di PERSIMPANGAN...saya amat risau tentang masa depan dan halatuju perjuangan yang berpaksikan 'bangsa' kerana ia ditubuhkan atas tiket Kepentingan Bersama!Kalau saya diizinkan dan mampu merayu bersama angina perubahan, ingin sekali saya seru kepada dua atau lebih org yang masih bertelagah agar dapat mengurangkan sedikit dendam dan dengki serta berubah ke arah kebajikan bersama yakni Khwam Samakkhi sptmana yang tuan2 dan puan2 selalu Laungkan apabila berkesempatan.

Tak kira lah tuan puan adalah pemimpin dalam mana2 persatuan/pertubuhan yang berlainan dsb. Setelah mendalami bbpr isu berbangkit sejak dua tiga menjak ini, saya dapat simpulkan bahawa KITA SIAM INI TIDAK DIBELAKANGKAN ATAU DISIIH OLEH BANGSA LAIN. KITA SEBENARNYA DISISIH OLEH ANAK BANGSA KITA SENDIRI. SIKAP TERLALU CINTAKAN DIRI SENDIRI, TAMAK, ANGKUH DAN KEBUTAAN HATI MEMBUATKAN KITA MEMBELAKANGKAN SEMUA BENDA KERANA BARAMI! KITA TERSISIH KERANA SUARA KITA TIDAK BERPADU!!! SUARA KITA TIDAK KEDENGARAN BUKAN KERANA ORG LAIN PEKAK TETAPI KERANA KITA PAKAI RADIO BURUK!Banyak persatuan, banyak pemimpin, banyak juga wawasan...ia akan menjadi lebih relevan dan efektif sekiranya kita mampu mencari jalan tengah utk mengKOLEKTIFkan segala yang dicita demi kepentingan bersama.

Bukan hanya utk kelompok mahupun negeri2 tertentu sahaja!Lastly, maafkan saya kalau mana2 individu tersinggung dan sekiranya terkasar bahasa...Saya hanya mahu melihat perjuangan dipaksikan ke arah yang betul dan pembabitan adalah menyeluruh agar tiada siapa yang tersisih atau disisihkan drpd kebajikan!Kalau Likhit menzahirkan kita tidak mampu dilakukan jua akhirnya, ingatlah bahawa si kerdil ini masih menghormati dan menghargai perjuangan saudara2 semua seadanya!

Kalau tidak dapat ke laut dgn kapal besar dan bawa balik ikan yg byk utk dikonsi bersama……..Ke sungai pun jadi lah kerana hasilnya...walaupun sedikit, namun ia masih mampu mengisi perut2 yang menunggu kita di rumah!Justeru, janganlah hanya kerana perjuangan kita sekarang dalam keadaan serabut dan tidak focus… kita yang tinggal dua tiga ekor ini, bertindak meninggalkan perjuangan pula nanti. Fokuslah kpd kepentingan org2 yang diwakili dan biarlah kita bergesel sedikit kerana saya percaya, sekurang-kurangnya kita masih berjuang ke arah yang sama!

Kurangkan Thitthik dan kalau boleh, lupakan sedikit perkara lama yang tidak menyenangkan itu agar ruang utk bersemuka & bersama sentiasa terbuka!MASIH ADA CAHAYA DI PENGHUJUNG TEROWONG YANG AMAT GELAP INI! PERCAYALAH...Elakkanlah drpd memburukkan sesama manusia kerana tiada siapa yang baik dan buruk secara mutlak! Termasuklah juga diri saya yang kerdil ini. KITA MASIH dan SALING BERGANTUNGAN!

Terima kasih banyak2 kepada Tuan Blogger kerana memberi laluan kpd org spt saya utk berbahasa...yang buruk jadikan sempadan, baik jadikanlah tauladan.

Sawaddeekhrap!

Cha3

April 24, 2009 10:43 AM

Sunday, April 19, 2009

Minda Siam Masih Kolot?

Ada orang berkata, orang Siam juga, bahawa minda masyarakat Siam sama ada pemimpin atau pengikut; berpendidikan atau buta huruf; ada gelaran atau tanpa gelaran; kaki mabuk atau kaki kelentong; laki atau wanita; yang suka menonggeng bagi suami orang atau suami orang yang suka entot-entot isteri orang; yang tinggal dan makan percuma di wat atau yang membanting tulang setiap hari; yang bijak atau yang bodoh; yang senator atau yang mengidamkan jawatan itu; yang doktor atau yang sakit; yang datuk atau yang nenek - semuanya berfikiran kolot, katak di bawah tempurung dan pentingkan diri sendiri.

Jadi, Siam tak tahu berfikir di luar pemikiran di atas? Aku tidak menuduh, tetapi cuma bertanya. Orang Siam yang bijak tolonglah beri penjelasan. Aku tak berapa bijak dalam soal ini.

Thursday, April 16, 2009

SPRM Tidak Kenal Persatuan Siam?

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat bekerja. Orang kecil, orang besar disiasat tanpa pilih muka. Orang BN, orang PR semuanya berdiri bulu roma. Orang ternama, orang terlama, orang terbaru, lelaki, wanita tidak terkecuali. Pejabat kerajaan, pejabat swasta diserbu. Bekas Menteri Besar, Ketua Menteri, menteri kecil, pembantu menteri, saudara menteri, kroni menteri dibanci pendapatan dan perbelanjaannya. Ada menteri yang tidak dipilih semula, ada pemimpin yang tidak dilantik ke dalam kabinet gara-gara disiasat SPRM.

Pendek kata semua institusi sedang menggigil takut dikunjungi pegawai SPRM. Bila datang pegawai terlatih ini tidak pulang tangan kosong. Dokumen atau fail akan dibawa balik. Keterangan juga diambil, katanya untuk bantu siasatan. Sedikit sebanyak imej tercemar.

Beruntungnya jadi pemimpin Siam dan peneraju persatuan Siam. Walaupun terdapat dakwaan tentang kebas duit, kelentong duit, makan duit, tidur duit dan segala duit tetapi dakwaan itu tidak pernah dijawab oleh pihak berkenaan. Dan beruntungnya lagi kerana SPRM juga tak masuk dekat orang Siam dan persatuan Siam.

SPRM juga seperti Najib Razak tak kenal orang Siam. Atau pegawai SPRM takut sama bomoh Siam lalu tak berani usik pemimpin Siam?

Hello, jenguk-jenguklah sikit persatuan Siam wahai SPRM. Tolong tanya sama itu persatuan Siam berapa banyak kerajaan bagi bantuan dan berapa telah dibelanjakan dan berapa masih berbaki? Yayasan Siam yang mengemis sama Tok Than tu apa macam? Tanyalah sikit SPRM. Dengan menteri berani, takkan dengan Siam tak berani.

Kalau ada mana-mana ahli persatuan Siam tahu persatuan atau kepalanya kebas duit, beritahulah sama SPRM. Beritahu saja tak salah. Bawa bukti kes sekali kalau ada. Kalau tak ada air liur pun boleh. Biar pegawai SPRM sendiri siasat.

Buat laporan kepada SPRM tak bermaksud kita nak tuduh sesiapa tetapi cuma nak kepastian bahawa individu tersebut dan persatuan pimpinannya bersih dari makan duit.

Laman Web Rasmi SPRM, KLIK DI SINI

Tuesday, April 14, 2009

Najib Tak Kenal Siam?

Najib ucap selamat pada komuniti India

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh yang menyambut tahun baru masing-masing hari ini. "Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan penuh meriah kepada semua dan berharap anda mendoakan kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Selamat Menyambut Tahun Baru!," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Najib berkata, sambutan itu mengingatkan beliau akan betapa bertuahnya negara ini yang mempunyai pelbagai kaum.

Masyarakat Tamil menyambut 'Varusha Pirappu', Malayalee menyambut 'Vishu' dan Sikh menyambut 'Vaisakhi', hari ini.

(Berita Harian)

Orang Siam apa macam? Perdana Menteri tak tahu bila ke tahun baru Siam? Kenapa tak ada orang bagi tahu PM? Bagi tahulah PM, kita juga ada sambut tahun baru. Tahun kita juga bertukar baru seperti tahun orang lain. Atau PM dah tahu tapi tak berani berbaik-baik sama Siam takut minta jawatan senator, minta wakil setaraf menteri.

Kah, kah, kah, pekik sampai pecah tekak kata sokong Umno, sokong Barisan Nasional tapi sepatah jadah tak ada selamat tahun baru dari pemimpin Umno-BN. Agak-agak berapa nilai kita di kaca mata pemimpin Umno-BN? Satu kupang, dua kupang atau sama mahal dengan harga lembu-lembu yang disembelih masa pilihan raya umum lima tahun sekali?



Sunday, April 12, 2009

Jangan Jadi Ular Dua Kepala!

Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau telah berlalu. Calon PR telah menang. Masa berkempen ramai tokoh pemimpin Siam Kedah berkumpul di Bukit Selambau membantu jentera BN. Antaranya termasuk calon Senator dan mereka yang mengidamkan jawatan tersebut sehingga meleleh air liur. Bersabar, tidak akan lari gunung dikejar. Najib Razak juga ada mata seperti Pak Lah dan Che Det.

Berbalik kepada orang Siam yang sokong Umno dan sumpah setia sehidup semati dengan BN. Kekalkan pendirian tersebut. Jangan jadi ular dua kepala. Orang Siam ni ramai jenis ular dua kepala. Mulut berdegar-degar sumpah taat setia kepada BN, tetapi bila kerajaan PR nak bagi duit, dialah orang pertama yang pergi hulur tangan. Pandai pula dia bagi bermacam alasan. Jenis tak tahu malu. Muka tembok lagi tahu malu. Ini mesti muka tapak kaki kematu. Inilah ular dua kepala namanya.

Masa pilihan raya umum dulu pun sama. Pemimpin Siam berikrar sokong BN. Bila PR menang dan bentuk kerajaan negeri, maka dia jugalah orang pertama yang bawa geng pergi ziarah Menteri Besar. Main politik biarlah ada pendirian sikit. Malu orang Siam dibuatnya. Sokong mana-mana parti tidak salah kerana negara kita amalkan sistem demokrasi. Tetapi selalu tukar prinsip - masa undi sokong BN, masa terima bantuan sokong PR bukan sifat orang namanya tetapi sifat anjing kurap. Anjing tidak ada akal sebab itu makan tidak memilih. Pemimpin Siam ada akal. Oleh itu, kekalkan pendirian.

Pemimpin PR di Kedah jangan membuta tuli sepanjang masa. Buka sikit mata tu. Nak salurkan bantuan carilah orang Siam PR. Kalau tak ada persatuan, individu pun tak apa. Orang Siam BN, individu atau persatuan mana boleh percaya bahawa bantuan tersebut akan sampai ke sasaran. Ikut cara kerajaan Pas Kelantan. Semua bantuan kepada orang Siam dihulurkan melalui pemimpin Siam PR. Kalau pemimpin Siam PR tak ada di Kedah, hulurkan melalui pemimpin Melayu, India, Cina pun tidak apa asalkan jangan melalui pemimpin Siam BN jenis ular dua kepala itu.

Pemimpin mana-mana sekalipun kalau jenis ular dua kepala jangan harap akan dihormati. Orang bodoh sekalipun tak akan hormat pemimpin jenis ini. Jadilah orang yang teguh pendirian. Kita takut suatu hari nanti semua kaum di Malaysia hilang kepercayaan kepada kaum Siam gara-gara ular dua kepala ini. Jangan sampai lahir bidalan ini, "Bila jumpa ular senduk dengan orang Siam, bunuhlah orang Siam dahulu!"

Sesiapa kenal "ular dua kepala" tolong beritahu agar dapat kita sama-sama siat kulitnya!

Monday, April 6, 2009

Cukuplah Menipu Siam

SUNGAI PETANI 5 April - Masyarakat Siam yang merupakan pengundi minoriti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berjanji akan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Selasa ini.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Siam Malaysia (PSM), Boon Som Inong berkata, pihaknya tidak teragak-agak memberikan sokongan padu kepada calon BN kerana berpendapat parti tersebut telah menunjukkan rekod yang cemerlang sebelum ini. Katanya, pengundi masyarakat Siam juga akan meneruskan tradisi dengan menyokong BN kerana berpendapat hanya parti berkenaan dapat memperjuangkan nasib kaum tersebut.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Siri Neng Buah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Padang Sekawan, Enudeng Edin.

Boon Som yang merupakan bekas Pegawai Khas Menteri Besar Kedah. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menaruh harapan yang tinggi agar Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak terus membantu meningkatkan lagi aspek sosioekonomi, pendidikan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum menerusi gagasan Satu Malaysia.

(Utusan Merayau)

Waddee Kapppppp! Kah kah kah. Akhirnya keluar juga calon Senator Siam di pentas Bukit Selambau. Cakap calon Senator ni bukan cakap kosong. Cakap dia berisi. Isinya bukan angin, bukan air, bukan nasi bungkus. Isinya RM - Ringgit Malaysia. Calon Senator ni tak reti cakap kosong. Cakap dia berbayar. Ait liur dia bukan percuma. Bayaran dia lebih banyak dari pengundi Siam di Bukit Selambau.

Berapa Najib bagi kepada hang? Kasilah member hang tu sikit. Kesian dia. Kalau Najib bagi jawatan Senator hang share-sharelah sama dia. Hang ambil gaji, dia ambil pencen. Atau hang bagi dia gaji dan hang tunggu ambil pencen.

Dan jangan lupa jaga PSM baik-baik. Jangan sampai masuk keranda. Cawangan Kelantan dan Kuala Lumpur sudah masuk keranda. Cawangan lain dengar khabar tengah gergaji papan nak buat keranda juga. Kesian aku tengok hero dan heroin dalam PSM.

Di Kedah ranap PSM dipukul PSK yang baru setahun jagung. Di Kuala Lumpur hancus dibedal Pesila. Di Kelantan kena tendang macam anjing kurap. Dengar nama PSM ada orang Siam muntah-muntah kerana alergik.

Woit, cukuplah projek menipu bangsa sendiri. Dahlah bangsa kita miskin, pemimpinnya pula asyik menipu mereka. Pengikut diberi nasi bungkus sama air sirap. Pemimpin makan di restoran, duit poket dan projek mini!

Friday, April 3, 2009

Boon Som Senator Siam Ke-3

Seorang kawan dari Ampang telefon saya semalam. Dia ketawa berdekah-dekah: "Aku yakin Saudara Boon Som bakal jadi Senator Siam."

"Mana kamu tahu?"

"Kah, kah, kah. Aku tahulah."

"Kamu percaya cakap Boon Som?"

"Najib Razak bagi dia surat, minta dia pergi kempen di Bukit Selambau."

"Kalau gitu Datuk Seri Najib Abdul Razak kenal sama Boon Som. Ada peluanglah si Boon som kamu tu?"

"Cerah pelaung dia."

"Mana kamu tau semua ni?"

"Kawan baik aku bagi tau."

"Laaa. Ingat kamu dengar dari mulut Najib atau mulut Boon Som. Rupanya cerita dari kawan kepada kawan dan kemudian kepada kawan lagi."

"Najib bagi surat dia, minta dia kempen. Ini bukti Najib yakin pada Boon Som. Pengundi Siam di Bukit Selambau ada 300 orang lebih. Bila calon Umno menang, peluang Boon Som dilantik jadi Senator Siam cerah!"

Saya tak berapa pasti berita mulut ke mulut begini. Saya juga tak kenal orang yang nama Boon Som. Cuma yang pasti calon dari Kelantan akan gigit jari. Siri Neng Buah bukan orang Kelantan. Dia orang Terengganu. Boon Som orang Kedah. Orang Kelantan tunggu kucing tumbuh tanduk dulu baru dapat Senator. Sapa-sapa pun sama sajalah asalkan dia berjiwa Siam.

Ludah Ke Langit, Timpa Muka Sendiri

Istilah berdiri di atas pagar merujuk kepada individu yang tidak menyebelah mana-mana parti. Mereka ini bukan anggota parti. Mereka mengundi ikut keadaan semasa. Mana-mana parti yang pandai ambil hati dan bijak pengaruhi mereka, akan diberikan undi. Undi golongan ini fleksibel dan selalu menjadi pembunuh yang ditakuti.

Kalah menang sesebuah parti atau calon pilihan raya banyak bergantung pada pengundi di atas pagar ini. Oleh sebab itulah pemimpin parti sangat ambil berat terhadap golongan di atas pagar. Kesetiaan pada golongan ini tak usah dicari. Mereka tak kenal setia. Nama pun golongan di atas pagar, nak setia pada siapa. Mereka hanya kenal projek mi segera. Pada projek inilah kesetiaan mereka tumpah. Jalan raya, balai raya, baju raya, dan segala raya yang lain mesti disediakan serta-merta sebagai umpan undi.

Bagaimana pula dengan pemimpin di atas pagar? Mungkin jarang kita dengar istilah pemimpin di atas pagar, tetapi hakikatnya pemimpin jenis ini ada. Pemimpin di atas pagar ialah pemimpin yang tidak menyebelah mana-mana parti sama ada BN atau PR. Tidak ada sesiapa pakasa mereka berdiri di atas pagar. Mereka sendiri berikrar akan berdiri di atas pagar. Tetapi ikrar itu tak tahan lama. Bila dihulurkan sekeping dua, terus lompat turun dari pagar lalu berikan sokongan pada parti pilihan. Pemimpin begini ibarat meludah ke langit, kemudian menadah muka sendiri.

Siapakah pemimpin jenis ini? Sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin, sama ada pemimpin persatuan, kelab, adat, institusi agama atau apa-apa saja yang pernah berikrar TIDAK AKAN CAMPUR HAL POLITIK, tetapi bila diberikan habuan, lalu berkempen untuk calon tertentu.

Di kalangan masyarakat Siam pemimpin jenis TALAM DUA MUKA ini agak ramai. Di depan berkata: "Kami bukan badan politik dan tak akan campur urusan politik!" tetapi di belakang berbisik:"YB nak bagi berapa? Kalau kena dengan jumlahnya, kami boleh tolong kempen!"
Jadah punya pemimpin. Pendirian boleh dijual beli.

Wednesday, April 1, 2009

Woit, Jangan Pakai Kepala Bendul!

"Bila masa kita lapar pergi markas bilik gerakan mereka, kita kalau pakai baju KeAdilan, PAS dan DAP kita tutup sekejap. Makan-makan, dah kenyang kita pakai balik baju KeaDilan. Tapi masa makan pakai baju BN. Saya yakin kita orang bawahan boleh menang kalau kita cerdik. Kalau selama ini dengan segala sogokan, masa pilihan raya dia bagi RM200 dan sedikit projek, kita dipukau, ditipu kita sokong mereka. Tapi saya lihat orang Kedah ni dah cerdik," celoteh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Orang Siam memang pakar dalam strategi kempen "tipu makan" begini. Mereka akan "berubah rupa" mengikut keadaan. Bila di pos BN, mereka jadi orang BN. Masa di pos PR mereka jadi orang PR. Ini bukan hipokrit tetapi cerdik.

Seperti pesan Tok Guru Nik Aziz beberapa tahun dulu: "BN bagi makan, kita makan. BN bagi duit kita ambil. Tapi undi tetap undi PAS (PR)." Pesan Tok guru ini diterima pakai oleh rakyat Kelantan. Serik BN. Habis makanan, habis lembu, habis duit dan kering tekak tetapi undi hampeh.

Strategi sama akan diguna pakai di PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Calon PR bagi pilihan raya DUN Bukit Selambau. S. Manikumar berkata penduduk di kawasan itu terutamanya masyarakat India mesti memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka ada wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Ini kerana Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berjanji akan melantik S. Manikumar sebagai EXCO seandainya beliau menang.



Sebelum ini wakil tunggal dari kalangan masyarakat India, V Arumugam, calon bebas yang menyertai PKR dilantik sebagai ahli EXCO telah meletakkan jawatan kerana diugut dan ditawarkan wang jutaan ringgit, sebelum menghilangkan diri. V Arumugam juga ditugaskan menjaga hal ehwal masyarakat Siam.


Jadi, orang Siam yang sejemput di Bukit Selambau juga tak ada pilihan lain kalau mahu ada wakil dalam EXCO, selain memilih S. Manikumar. Mimpi manis sewaktu di bawah kerajaan BN harus dilupakan segera. Mimpi betapa manis sekalipun hanya mainan tidur dan tak akan jadi kenyataan. Sekarang Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Orang Siam akan rugi sekiranya terus dibuai mimpi-mimpi kosong.


Ambil iktibar dari orang Siam Kelantan. Dulu orang Siam Kelantan keras kepala tak nak tinggalkan BN. Hanya segelintir sahaja yang berani berubah sertai kerajaan PAS. Sekarang baru nak buka mata. Walaupun belum terlambat tetapi banyak projek kerajaan negeri yang tidak dapat dinikmati kerana keras kepala otak sendiri. Nasib baik pemimpin PAS jenis ada Tuhan di dada, orang Siam tidak dijadikan anak tiri, kalau tidak menunggeng dalam kubang babi orang Siam yang seciput itu.


Kerana kita minoriti, kita kena sokong kerajaan yang memerintah, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat. BN ialah pembangkang di Kelantan dan Kedah. Jangan terpengaruh dengan dakyah murahan yang selalu sebut Pakatan Rakyat pembangkang. Di peringkat Persekutuan memang ya, tetapi peringkat negeri PR ialah kerajaan.


Masa kempen masa terbaik orang Siam utarakan masalah dan tuntutan mereka kepada pemimpin. Tuntutan biarlah berpatutan dan masuk akal. Dalam politik, bantuan dihulurkan ikut jumlah penduduk. Oleh itu, tuntutan yang melampau akan memalukan orang Siam sendiri. Sejak akhir-akhir ini orang Siam suka buat tuntutan melampau dan tak masuk kepala. Perkara ini berlaku kerana Persatuan Siam tumbuh bagai cendawan dalam tahi lembu selepas hujan.

Pemimpin persatuan Siam gemar pakai kepala bendul untuk berfikir. Mereka main minta ikut suka hati. Senyum kambing pemimpin kerajaan mendengarnya. Orang Siam cuma seciput, tetapi tuntutannya menggunung. Malu orang Siam dibuatnya. Ukur baju harus di badan sendiri. Jangan tuntut ikut Melayu, Cina atau India. Kita sedikit, tuntut ikut sedikit. Melayu, Cina dan India ada wakil EXCO. Kita juga nak wakil Siam yang dilantik di kalangan Siam setaraf EXCO. Tuntutan yang ada kelas, tetapi masuk akalkah? Cukupkah? Kenapa tak minta setaraf Menteri? Woit, rasionallah sikit. Jawatan Senator pun entah masih ada, atau entah dilupakan. Jumlah kita seluruh Malaysia baru 60,000 orang. Itupun dicampur sekali dengan "selembu" anak kacukan seladang-lembu. Pakai kepala otak berfikir, bukan kepala bendul.



Seramai 35,140 pemilih berdaftar di DUN Bukit Selambau bakal menentukan wakil mereka pada 7 April ini.