Friday, June 26, 2009

Persatuan Sami Cacamarba

Menteri Besar Kelantan secara kiasan membandingkan perjuangan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin. Ini hanya kiasan. Sedangkan sami Siam Malaysia lebih teruk dari ajaran sesat. Golongan ajaran sesat tak berkelahi sesama sendiri. Tapi golongan sami Siam Malaysia berkelahi sesama sendiri. Kenapa sampai berkelahi sesama sendiri?

Aku jumpa dengan Phra Maha Sinchai. Aku tanya khabar tentang sami Siam tubuhkan persatuan baru? Kata Phra Maha, puncanya kerana Than Siprom tak mahu "lepaskan persatuan lama." Betulkah begitu?

Kalau betul, kah, kah, kah, rebut kuasa rupanya. Bagaimana andainya ada sami tertentu dalam persatuan baru juga tak mahu lepaskan persatuan kepada orang lain? Nak tubuhkan persatuan baru lagi? Berapa banyak akan ditubuhkan persatuan Sami Siam Malaysia?

Bukankah persatuan berdaftar tertakluk di bawah undang-undang Pendaftar Pertubuhan. Kenapa tak pergi selesaikannya di Pejabat Pendaftar Pertubuhan tanpa perlu menubuhkan persatuan baru?
Memecah-belahkan Sangha dianggap berdosa besar. Para sami mesti beringat. Jangan kerana terlalu ghairah sehingga terputus dari alam sami (parajik).

Sebenarnya ramai orang Siam, termasuk aku tertanya-tanya kerana tak berapa tahu perkara sebenar apa ke jadahnya semua ini. Oleh itu, aku rasa elok jika sesiapa yang tahu boleh beri penjelasan sikit agar kekeliruan dapat dirungkaikan. Aku tak mahu orang Siam salah faham terhadap golongan sami. Walaupun di dalam golongan sami ada alajji, tapi sami yang baik, jujur dan bermoral masih ramai. Jangan kerana seekor babi bawa najis, semua terkena busuknya!

Sunday, June 14, 2009

Yang Tulen Ditembak Mati, Yang Palsu Bila Lagi?

Yala - Seorang pembonceng motosikal bersenjatakan raifal AK-47 menembak dua sami kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan. Phra Sombat Sriwusan, 59, mati serta-merta di tempat kejadian dan Phra Thawatchai Chaiman, 23, dilaporkan cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Yala.

Ini mesti sami tulen. Sami palsu susah nak mati. Bertimbun-timbun sami palsu di Malaysia tapi tak pernah ditembak mati. Tembaklah, kenapa tak tembak. Tak ada siapa menyesal sami palsu ditembak mati. Dipotong kepala sekalipun tak ada siapa menangis. Barang tiruan siapa nak sayang.

Alangkah baiknya Phra Maha di Malaysia yang suka menyibuk dengan politik, kononnya mahu berbakti kepada masyarakat Siam dihantar ke tiga wilayah bergolak untuk berbakti kepada masyarakat di sana. Berbakti kepada masyarakat bererti mengajar Dhamma kepada masyarakat agar tidak saling membunuh dan berdendam. Pergi berjumpa dengan Menteri Besar atau Wakil Rakyat bukan cara yang betul untuk berbakti kepada masyarakat. Kiranya tidak dapat berbakti kepada masyarakat, dapat BERMATI untuk masyarakat pun jadilah, lebih baik daripada bersekongkol dengan ALAJJI (sami palsu).

Menteri Besar sendiri tak usahlah bodoh sangat. Tok Sami yang main politik bukan sami tulen. Itu sami tipu. Sejenis rumput yang sama seperti padi tetapi bukan padi. Sami penipu biarpun bergelar Phra Kru, Phra Maha, pakai kain kuning, cukur kepala, kening, tetap bukan sami. Lanun biarpun pakai kot tetap lanun. Jadi sampai Menteri Besar, YB jangan mudah diperbodohkan oleh Siam yang entah Siam tulen.

Sami betul dalam agama Buddha dipanggil Bhikkhu atau Sangkha. Ciri-ciri Sangkha tak boleh bias dan dilarang kecimpung dalam politik kepartian. Sami betul sangat disayangi dan dihormati oleh orang Siam. Tapi beliau tak campur soal politik kepartian.

Kalau jenis yang dicucuk hidung dan ditarik ke hulu ke hilir bukan sami. Itu lembu. Lembu kuning tidak sama dengan pulut kuning. Pulut kuning ada "power" kerana sedap dimakan. Lembu kuning tetap lembu - bodoh seperti lembu.

Sami penipu atau dipanggil Alajji tidak berharga satu sen pun. Walaupun namanya Phra Maha (orang Singburi panggil Phra Ma saja), tapi hati nurani dia bukan sami. Kepalanya penuh dengan perasaan tamak haloba, dengki, marah, dendam dan geram. Pengetahuan ada tapi tidak tahu gunakannya. Ini namanya pemusnah agama.

Kalau Kerajaan Negeri ingat dengan mendekati sami alajji dapat menarik sokongan orang Siam, itu kesilapan besar. Orang Siam sendiri pun mahu muntah dengan sami spesis pengemis kehormat ini. Orang Siam juga benci kepada Alajji ini tapi tak berani buka mulut. Telan mati bini tua, luah mati bini muda. Nak lempang, buat cemar tangan saja. Lempang sami penipu tak akan buat kita jadi cerdik. (Penganut Buddha dinafikan syurga bila khianat sami tulen, lempang sami palsu tak dosa).

Kerajaan Negeri kalau mahu dekati sami Siam, jangan dekati secara BABI BUTA kerana akan diketawakan budak-budak. Belajar dulu agama Buddha, kenal dulu ciri-ciri sami tulen (Sangkha) agar tidak silap beri hormat kepada penipu agama. Selagi tak kenal siapa sami, jangan pergi mengadap. Buang masa, buang tenaga. Kalau nak berbincang, cari yang tulen.

Kerajaan tak boleh diperbodohkan oleh orang berkepentingan diri. Sami tulen tak akan rela diri dijadikan alat. Yang dijadikan alat - terpulanglah alat untuk apa - bukan sami tulen. Sami tulen pun bila masuk politik kepartian, dengan automatik jadi sami palsu kerana Buddha tak ajar sami main politik Umno, Pas atau DAP.

INGAT SAMI TULEN TAK RELA DIRI DIPERALATKAN.





Saturday, June 6, 2009

Makhluk Asing Muncul Pada Hari Wesak

Manusia tak boleh jadi seperti itik - boleh jalan, lari, berenang dan terbang. Hanya makhluk asing yang boleh jadi seperti seperti itik.

Cerita makhluk asing yang aku paparkan ini cerita berbingkai. Aku dapat cerita daripada seorang kawan masa kami berbual tentang Hari Wesak dan sejarah perayaan itu di Kuala Lumpur. Kata sahibul hikayat daripada mulut si sahabat bahawasanya pada hari kebesaran penganut Buddha, satu mahkluk asing muncul di Wat Jayanti. Dia tak pasti sama ada makhluk tersebut ada muncul di wat lain seperti Wat Chetawan dan Wat Meh Liew, atau di wat di Kedah atau di Kelantan.

Makhluk asing ini ada pengetahun yang luar biasa. Manusia biasa mustahil dapat lawan dia. Mirip wajahnya seperti manusia, cuma fikiran dan pengetahuannya yang membezakan dia daripada manusia. Mengikut cerita, makhluk asing ini - orang menamainya "Sawat Dang" atau "Wat Dang" - sempena dengan suaranya yang kuat seperti bunyi tembakan meriam buluh "dang". Dahulukala, masa zaman ekonomi negara belum dirompak oleh Soros, gaya hidup dia gaya orang kaya. Tapi lepas Soros mengamuk, saham menjunam, dia juga menjunam. Kata empunya cerita dia hampir bankrupsi sehingga terpaksa bawa diri dari kampung halaman. Kata empunya cerita lagi, dia meniaga beras secara kecil-kecilan.

Aku tulis hari ini bukan nak cerita tentang makhluk asing berniasa beras. Aku ada cerita lain yang lebih hebat. Makhluk asing ini tahu srba-serba tentang persatuan orang Siam. Inilah kelebihan dia daripada manusia biasa. Sebutlah persatuan mana; Persatuan Siam Malaysia, Persatuan Siam di Kelantan, Kedah, Perlis dan Pinang semua dia tahu. Dia memang betul-betul tahu, tapi sejauh mana kebenarannya terpulang pada pengetahuan anda. Kalau anda jenis kaya ilmu, kaya pengalaman, anda akan tahu bahawa pengetahuan dan percakapan dia seperti tembakan senapang patah - "dang, dang, dang" bunyi membelah langit, tapi sekor haram burung tak gugur ke bumi.

Dia kata Senator Siam pertama makan duit berjuta ringgit. Banyak tuuuu. Duit sapa yang dikunyah makan oleh Senator itu? Duit persatuan atau duit wat. Persatuan mana, wat mana? Persatuan PSM sahih tak ada duit sebanyak itu. Wat Teluk Wanjah? Adakah wat ada duit berjuta-juta? Dia dakwa dia ada bukti. Kalau ada bukti kenapa tak bagi kepada SPRM? Pencegah rasuah tak akan ambil tindakan kepada pengadu yang ada bukti. Lainlah kalau pengadu kelentong dengan niat buat fitnah. Makhluk asing buat fitnah? Untuk apa?

Sebutlah tentang persatuan, NGO, parti politik atau gerakan bawah tanah semua dia tahu. Latar belakang Senator pertama dia juga tahu walaupun tak tepat. Betul-betul itik. Dia juga dakwa dia pejuang kaum Siam - pembangun minda golongan muda tahun 90-an. Dia aktif dalam persatuan masyarakat Siam (Thai) Kelantan. Aktif sangat sampai orang sekampung ketawa kekeh-kekeh sambil geleng-geleng kepala bila sebut nama dia.

Dia tambah, Senator Siam kedua bodoh. Aku tak tahu apa alasan dia tuduh orang lain bodoh. Dia sendiri pun tak berapa bijak juga. Kalau bijak dia tak cakap benda yang dia tak pasti kepada orang yang lebih pasti. Orang bodoh tak akan berebut jawatan Senator, tak akan menglembukan Tok Sami, dan tak akan putar belit fakta. Dia kata dia tahu semua perkara tentang PSM sejak mula-mula ditubuhkan. Dia kata dia kenal Khun Songkram, tapi tak kenal Khun Woon (Endin Win). Kah, kah, kah makhluk asing serta tahu tak kenal bekas Pengerusi PSM kepala berkilat itu.

Bila cakap berkenaan politik, dia juga nombor satu. Dia kata dia bawa Semangat 46 masuk kampung orang Siam Kelantan sehingga orang-orang Siam dapat jawatan Ketua Kampung. Rupa-rupanya dia bekas orang kuat S46 yang tercicir namanya dari senarai rasmi parti S46. Sewaktu aku pergi menghadap Tengku Razaleigh (selepas S46 dibubarkan), Tengku bangga kerana orang Siam Kelantan ada pemimpin di kalangan Siam. Dulu, kata Tengku pemimpin masyarakat Siam Kelantan ialah Gan Teck Lee. Habis, Si "Wat Dang" meriam buluh itu Tengku tak kenal? Macam mana dia bawa S46 masuk kampung orang Siam sehingga Presiden parti tak kenal? Kelentong lagilah si makhluk asing ini.

Banyak lagi cerita tentang makhluk asing ini, tapi cukuplah setakat ini. Makhluk asing begitu banyak dalam masyarakat Siam. Tahu semua perkara tetapi satu pun tak dapat dibuktikan kesahihannya. Semua yang orang buat tak baik. Hanya yang dia buat sahaja baik. Orang Siam mesti jaga-jaga. Makhluk asing ini akan muncul di mana-mana sahaja. Dengar boleh, percaya jangan!